Tuesday, April 24, 2012

MESTI BACA: INI JANJI PM @NajibRazak BUKAN JANJI ANWAR IBRAHIM!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan mencari jalan bagi mengurangkan kesannya terhadap rakyat menerusi proses transformasi. Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa bekerja keras memastikan usaha menjana pertumbuhan ekonomi yang konsisten tidak akan menjejaskan kepentingan golongan miskin dan pekerja.

''Rakyat Malaysia yang komited melakukan pekerjaan mereka tidak sepatutnya dibebankan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. ''Justeru, inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kos Sara Hidup merupakan cara saya untuk memastikan isu-isu berkaitan pendapatan rakyat ditangani dengan sewajarnya," katanya dalam entri terbaru bertajuk NKRA Kos Sara Hidup menerusi laman blognya di http://www. 1Malaysia.com.my hari ini.

Beliau memberitahu, pelbagai langkah telah diperkenalkan di bawah NKRA itu bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat terutamanya golongan miskin dan pekerja yang berpendapatan di bawah RM800 sebulan. Kata Najib, kerajaan telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan berjumlah RM36.7 bilion kepada rakyat sepanjang 2010 hingga 2011.

Menurut beliau, kerajaan menanggung subsidi agar harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter selain memberi subsidi untuk minyak masak, gula dan barang keperluan lain. ''Saya juga telah mengumumkan pakej bantuan kewangan yang lebih dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. Seramai 4.78 juta orang menerima manfaat daripada pakej bantuan tersebut.

''Manakala bantuan 'kembali ke sekolah' sebanyak RM530 juta disumbangkan oleh kerajaan kepada rakyat di mana ibu bapa layak menerima RM100 bagi setiap anak yang masih bersekolah," ujarnya. Najib berkata, langkah-langkah lain yang diambil di bawah inisiatif NKRA Kos Sara Hidup adalah mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik 1Malaysia.

Dalam entri sama, beliau memberitahu, banyak kampung di negara ini telah dilawati dan sebahagian daripada kampung-kampung berkenaan dihuni penduduk berpendapatan rendah serta mengamalkan gaya hidup hampir primitif.

''Salah sebuah kampung yang paling saya ingat ialah Kampung Bantal. Penduduk kampung tersebut hanya bergantung kepada kemudahan asas dan pendapatan mereka yang rendah menyebabkan kehidupan mereka lebih sukar," katanya. Tegas Najib, sebagai seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, beliau tidak akan membiarkan rakyat, misalnya penduduk Kampung Bantal, Pahang tercicir daripada arus kemajuan negara. - Utusan


GR kata: Terima kasih PM kerana sentiasa memberikan yang terbaik kepada rakyat...

No comments:

Artikel pelbagai