Tuesday, April 24, 2012

INFO: EKUITI BUMIPUTERA MENINGKAT!! @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera kepada 23.09 peratus bernilai RM167.7 bilion pada 2010 berbanding dengan tahun 2008 pada 21.9 peratus bernilai RM127.4 bilion.

Selain itu, beliau turut mengumumkan kolaborasi Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dengan dua syarikat induk di bawah program TeraS iaitu Ahmad Zaki Resources Bhd dan MITC Ancasa Hotel (M) Sdn Bhd, yang bakal melibatkan pemberian kontrak pembekalan bernilai RM500 juta kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam masa dua tahun.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata peningkatan ekuiti tersebut adalah berdasarkan pelaksanaan program untuk memperkasakan agenda bumiputera sebagai agenda utama negara yang dilaksanakan kerajaan. Beliau berkata dasar itu telah dapat mengembangkan peranan agensi-agensi Amanah Bumiputera dan juga badan-badan yang layak diiktiraf sebagai bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan juga kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Ini semua telah menambah kepada ekuiti tambahan kepada bumiputera dengan peningkatan begitu baik sekali, kita juga melihat kemampuan syarikat-syarikat bumiputera kian bertambah dan mereka juga ada menyumbang kepada peningkatan peratusan syarikat bumiputera," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Agenda Bumiputera yang berlangsung selama kira-kira dua jam di sini, Isnin.

Mengulas mengenai keyakinan untuk mencapai sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus pada tahun 2020, Najib berkata ia tertakluk kepada beberapa faktor termasuk suasana dan iklim ekonomi dalam dan luar negara.

"Mengikut analisa kita, kalau ekonomi boleh berkembang seperti setahun dua kebelakangan ini dan jika kita dapat meneruskan momentum ini, ada harapan besar, Insya-Allah, matlamat 30 peratus itu dapat dicapai menjelang 2020," kata perdana menteri. Peningkatan pemilikan ekuiti pada 2010 adalah berasaskan keseluruhan ekuiti yang berjumlah RM726.4 bilion pada 2010 berbanding RM581.8 bilion pada 2008, kata beliau.

Najib berkata pemilikan ekuiti bumiputera itu termasuk pemilikan individu-individu, Institusi Kepentingan Bumiputera seperti Lembaga Tabung Haji dan LTAT dan Agensi Amanah (yang diberi mandat oleh kerajaan) seperti PNB, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).

Di bawah program TeraS, perdana menteri berkata sebanyak 130 syarikat bumiputera telah dikenalpasti dan kolaborasi TERAJU, Ahmad Zaki dan MITC Ancasa di bawah program itu, bakal memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada syarikat bumiputera yang lebih kecil ke arah menjadi juara korporat bumiputera pada masa hadapan. Ahmad Zaki bakal bekerjasama dengan TERAJU untuk memperkenal program pembangunan rantaian pembekalan dalam industri pembinaan di mana syarikat itu akan menawarkan kontrak pembekalan bernilai RM500 juta.

MITC Ancasa Hotel pula akan melabur RM100 juta dalam jangka masa tiga tahun untuk merealisasi pelan perkembangan perniagaannya secara agresif, yang bakal memberi peluang kepada syarikat Bumiputera yang lain melalui pewujudan perniagaan sampingan, termasuk makanan halal, logistik serta persembahan kebudayaan.

Sementara itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam satu kenyataan berasingan, berkata pemilikan ekuiti Bumiputera tertinggi mengikut sektor terdiri daripada industri kewangan, insurans dan takaful, yang telah meningkat kepada 37.56 peratus bagi tahun 2009 dan 38.97 peratus pada tahun 2010.

Dari segi nilai, pemilikan ekuiti Bumiputera dalam industri berkenaan meningkat daripada RM53.35 bilion pada tahun 2009 kepada RM65.37 bilion pada tahun 2010, iaitu peningkatan sebanyak 22.5 peratus. Industri perdagangan borong dan runcit merupakan industri yang mempunyai bilangan syarikat Bumiputera tertinggi berbanding industri lain, katanya. - BERNAMA


GR kata: Tahniah...semoga Bumiputera semakin maju.

1 comment:

Anonymous said...

memang bumiputra dah lama maju,tp hanya sedikit saja bilangan becnding bukan bumi,kerajaan sentiasa suap bukan bumi yg kebanyakannya pandai,maju,berkemahiran percuma keluar negara,tp tetap juga dia org benci kerajaan dan membangkang,lebih baik bantu yg benar perlu,dia org keras,kita keras,kita amal perpaduan,dia org amal menghina agama,menghina pemimpin,menghina raj,kenapa kita diam..ajar kan ckit,kenapa kita takut,kebanyakan dia org nak tukar kerajaan,sblum dia org guna kempen kaum,hina islam,kita ajar mereka dulu..renung renungkan.

Artikel pelbagai