Friday, February 10, 2012

PERHATIAN: ANWAR TAK LAYAK JADI PEMIMPIN NEGARA!!!


Wakil perikatan pimpinan Ikhwan Muslimin yg berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang yg tidak layak menjadi pemimpin Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Pengarah Institut Pemikiran Politik Islam (IIPT) itu berkata, seorang pemimpin Islam tidak seharusnya menyatakan pendirian yg bertentangan dalam kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.

Azzam yg merupakan penganalisis isu Palestin dan Timur Tengah turut mengemukakan perkara asas yang perlu difahami berhubung isu Palestin-Israel iaitu:
  • Palestin merupakan kawasan Arab Islam yang diserang kuasa Barat yang menubuhkan negara Zionis bagi menyelesaikan masalah Yahudi yang teruk di Eropah.
  • Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya, sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
  • Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.
  • Masyarakat Islam sedia bekerjasama dengan semua bangsa termasuk Amerika Syarikat dan Eropah, namun Islam tidak akan bertoleransi atau memberi pengiktirafan kepada apa yang tidak sah dalam usaha toleransi untuk keamanan.
  • Perjanjian damai yang dipersetujui oleh beberapa negara Arab seperti Mesir dan Jordan dengan Zionis di Palestin tidak adil dan tidak sah kerana dilakukan secara tidak demokrasi tanpa mengikut kehendak rakyat. Rakyat negara terbabit seharusnya diberi hak menyatakan pendirian mengenai perjanjian tersebut.
  • Masyarakat Islam tidak menerima pengepungan haram yang dikenakan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Kami tidak mensesiakan sebarang usaha yang boleh mengakhiri pengepungan itu.


GR kata: Kita sebagai umat Islam harus membela nasib umat Islam itu sendiri bukannya menyokong bangsa Yahudi yang sememangnya dilaknat Allah S.W.T. Renung-renungkan....

1 comment:

HeroTamil said...

Bro,

Masalah penduduk Palestin bukan dgn Yahudi...seperti di katakan oleh Dr. Azzam Tamimi

Masalah di Palestin tidak berpunca daripada persengketaan antara penganut Islam dan Yahudi kerana kedua-dua komuniti hidup aman sejak berabad lamanya,


Tapi...ZIONIS, rejim yang memimpin Israel sekarang...Dan ini lah yang Anwar hendakkan pertahankan...dan ini lah yg kita tentang.


sebaliknya masalah timbul apabila Zionis menghalau penduduk Palestin dan menubuhkan sebuah negara yang bermusuhan dengan rakyat Palestin.
Zionis merupakan sebuah entiti rejim yang perkauman (apartheid) yang jelas memberi ancaman kepada manusia sejagat.

Artikel pelbagai