Thursday, February 9, 2012

PANAS: Isu Eli Wong...MB Selangor Tunggul Kayu!!!


Kerajaan Negeri Selangor akan menunggu keputusan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneliti dan membawa laporan penahanan lelaki yang dikaitkan dengan parti itu di Indonesia dalam Mesyuarat Biro Politik PKR, minggu ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mesyuarat tersebut yang dijadualkan berlangsung semalam ditunda kerana ketiadaan Ketua Pembangkang itu.

“Sehingga kini Kerajaan Negeri masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan baru, kita akan berbincang dengan Biro Politik PKR dalam minggu ini,” katanya kepada media, semalam.


Kelmarin, Kerajaan Negeri memberitahu bahawa pihaknya akan bertindak jika isu ini memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.

Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar berkata, adalah tidak beretika sekiranya wujud sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Indonesia dilaporkan menahan seorang warga Malaysia yang menghilangkan diri tiga tahun lalu setelah dikaitkan dengan skandal gambar lucah Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong tiga tahun lalu.

Individu berkenaan dikatakan berlindung di Indonesia setelah gambar-gambar lucah itu disebarkan meluas menerusi Internet dan menimbulkan krisis kepimpinan dalam kerajaan negeri Selangor dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang diwakili Elizabeth.

Individu berkenan di petik berkata bahawa keluarga beliau dan PKR membiayai kos sara hidup beliau di Batam selama ini. Beliau ditahan oleh pihak imigresen setelah visanya tamat tempoh, menurut laporan itu.

Pihak imigresen Batam mendapati individu terbabit mempunyai alamat rumah di Malaysia yang sama dengan Hilmi Malik, yang dikatakan bekas kekasih Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan.

Skandal Wong tercetus apabila gambar-gambar lucah beliau diedarkan oleh pihak yang tidak dikenali. Bagaimanapun Wong mendakwa beliau telah menjadi mangsa fitnah jahat pihak tertentu dan gambar-gambar itu diambil tanpa kebenarannya.

Justeru Wong didesak meletakkan jawatan, namun beliau terus dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor. PKR juga tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap beliau.

Penahanan individu terbabit oleh pihak imigresen Indonesia kini mendatangkan kemungkinan Wong dan PKR berdepan dengan pusingan baru skandal itu yang membawa persoalan mengenai pendirian parti itu bersabit isu-isu moral.

Jika pihak Indonesia menghantar balik suspek itu ke Malaysia, beliau sudah tentunya menjadi sasaran siasatan baru polis.


GR kata: Itu pun tunggu Anwar, nampak sangat MB hanya kuda pada Pakatan Haprak!!

No comments:

Artikel pelbagai