Friday, November 18, 2011

LUAHAN: Pakatan Rakyat telah modenkan orang Melayu!!!

Mungkin pembaca semua ingin tahu kenapa GR menaikkan isu ini, kerana GR sedih masih ada lagi di zaman moden ini orang Melayu menganjingkan bangsanya sendiri..GR ingin meminta maaf terlebih dahulu jika apa yang GR katakan menyinggungkan sesetengah pihak..

GR sedih sebab hal ini berlaku di depan mata GR sendiri semalam bersama rakan2 GR..Ianya berlaku di sebuah restoran di Seksyen 8 Shah Alam, mungkin pembaca tahu restoran mana yang GR maksudkan..Betullah orang tua2 kata Melayu Mudah Lupa!!! Sedih dan rasa terhina bila GR tengok bila 2 orang pekerja Melayu restoran tersebut ingin makan tengahari...Salah seorang dari mereka mengambil ikan bakar yang saiznya agak kecil, bolehlah kongsi berdua.

Lauk pauk tengahari yang mewah

Kebetulan taukey restoran tersebut di depan GR mengira harga makanan kami..Boleh taukey tersebut ambil ikan bakar tue dan bagi tau pekerjanya lauk nie tak boleh makan..kalau nak makan kena bayar RM5...Kenapa mesti macam tue?? Kenapa mesti taukey berkira dengan pekerjanya?? Tak boleh kt sini, nak makan kena pegi belakang. Restoran bukan 5 star pun GR tengok.. Anak Melayu sendiri dilayannya macam tidak berperikemanusiaan...takkan bagi mereka makan nasi berlaukkn telur dan sayur saja...Ada salah seorang pekerjanya juga air mineral pun bawak bekal sendiri...

Taukey restoran mamak pun bagi pekerja mereka makan lauk mewah skit..bukannya ambil semua lauk utk makan sampai taukey boleh bankrap...Inilah lumrah hidup manusia..bila dah senang skit dipandang hina orang yang di bawah...Bukankah rezeki yang kita kecapi selama hidup di dunia nie semuanya dari Allah SWT dan Allah SWT sentiasa menguji hamba2Nya...Janganlah kedekut sangat dengan pekerja-pekerja kita...bukankah pekerja tue aset kepada syarikat...1 day nanti manalah taukan Allah SWT tarik balik rezeki tue...kan payah tue!!! Fikirkan lah...

Lihatlah gambar di bawah, inilah restoran yang GR maksud di Seksyen 8, Shah Alam..makanannya sedap..tapi taukeynya....


p/s: Pakatan Rakyat hanya pandai tabur kata2...tunaikannya TIDAK..Apa pun tak boleh!!

No comments:

Artikel pelbagai