Tuesday, October 18, 2011

Kes Raba: Ketua Puteri UMNO Malaysia bersuara!!!

Manusia zaman sekarang...senang lenang semuanya dengan duit $$$... Pada mereka duit boleh selesaikan semua perkara... Tapi pada mereka yang Allah kurniakan bijak pandai boleh menilai serta berfikir, mana yang baik dan mana yang buruk... Masyarakat sekarang dah pandai menilai tipu daya atau pun sebaliknya...

Jangan ingat dengan sogokan RM200 ribu yang VVIP nie bagi pada keluarga mangsa raba boleh menutup segala cerita apa yang anak beliau lakukan...Mulut manusia boleh tutup sampai bilakan??? Ini soal maruah, soal harga diri dan soal martabat... sampai bila keluarga mangsa nak berdiam diri... sedangkan si 'peraba' terbang bebas... JANGAN INGAT SEMUA MASALAH BOLEH DISELESAIKAN DENGAN DUIT!!!


Hari nie Ketua Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dengan lantang bersuara. Beliau berkata sewajarnya pihak berkuasa menyiasat kes tersebut memandangkan ia melibat kehormatan seorang gadis yang telah dicabuli. Kata beliau lagi :

“Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku, tidak kira sama ada anak VVIP atau anak Ketua Menteri sekali pun, dia perlu di bawa ke muka pengadilan."

“Undang-undang di negara ini tiada pengecualian kepada sesiapa sekali pun,” katanya kepada Mynewshub.my ketika dihubungi di sini hari ini.

Terima kasih kepada Ketua Puteri UMNO Malaysia kerana lantang dalam menyatakan pendirian beliau dalam pembelaan terhadap kaum wanita.

Kepada pihak berkuasa siasatlah…jika terbukti benar dakwa sahaja…Tunggu apa lagi???

No comments:

Artikel pelbagai