Thursday, October 13, 2011

Artis Malaysia join UMNO???


Dah banyak kali kita dengar Artis Malaysia join parti politik... Kenapa mereka tak melibatkan diri dari dulu lagi ek??? Mungkin golongan artis kini dah mulai sedar akan kekuasaan politik yang membuat keputusan dan menentukan masa depan hala tuju sesebuah negara...

Sebelum ini kita dengar Bob lokman masuk PAS dan beberapa hari lepas gempar beliau telah ditahan pihak JAIS kerana memberi ceramah tanpa 'tauliah'... alahai kesian jugak kat dia yaaa... lepas ni jangan lupa buat permit ya... Kita juga pernah dengar Dato' AC MIZAL dan Isteri masuk UMNO Perak dan Mamat Khalid pengarah HKLBR masuk UMNO Bahagian Gopeng dan beberapa lagi artis lain yang telah menggemparkan tanahair kerana ingin melibatkan diri dalam parti politik...Industri Muzik / filem tanahair dah tak boleh cari makan ker??? ;p

Hari ini difahamkan Awie, Zek Zaidi, Adam AF telah menyerahkan borang kemasukan ahli UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn..

Harapan agar artis Malaysia dapat membantu mencorakkan politik ke arah yang lebih baik dan menunjukkan contoh yang berguna kepada masyarakat... TAHNIAH!!!

No comments:

Artikel pelbagai