Thursday, July 31, 2014

DISAAT KITA SIBUK BERHARI RAYA, PEMIMPIN KITA KORBAN MASA MEREKA DEMI NEGARA! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA #prayforMH17


Hari Raya Ketiga, apa yang biasa kita buat dan lakukan pada hari tersebut. Sudah tentu kita masih dalam mood kegembiraan bersama sanak saudara dan sahabat handai makan ketupat rendang dan pelbagai juadah Aidifitri yang sedap-sedap.

Pada hari tersebut juga, ada yang membuat rumah terbuka menyambut kegembiraan Syawal yang datang. Dalam kegembiraan tersebut, adakah kita berfikir dengan nasib yang menimpa saudara mara kita? Adakah kita turut serta berasa sedih meratapi nasib yang menimpa mereka sekeluarga?

Pada hari tersebut juga kita masih ziarah menziarahi sanak saudara kita tak kira di mana mereka berada. Amalan tersebut adalah yang baik dan dituntut dalam Islam untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Dalam kita sibuk bergembira di Aidilfitri ini, pujian dan doa yang kita berikan pada pemimpin negara kita. Ini kerana mereka sanggup korbankan masa Aidilfitri mereka bersama keluarga dan rakyat. Mereka sanggup pergi bertugas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang ini iaitu pengurusan mangsa serta menyiasat tragedi MH17.

SEPANG, 30 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar malam Rabu berlepas ke Kiev, Ukraine, dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ahmad Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut.

"Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Surat berkenaan sebagai tanda terima kasih Malaysia atas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Ukraine kepada anggota pasukan siasatan khas MH17 yang berada di negara berkenaan baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini.

Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia itu terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan, katanya.

Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.

Beliau berkata pasukan PDRM akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menuju ke lokasi MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa. Menurutnya, semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi nahas.

Khalid berkata berdasarkan laporan media yang terkini melaporkan bahawa tentera Ukraine sedang bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lokasi kejadian nahas MH17.

Justeru, katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak berkuasa bagi membincangkan soal keselamatan anggota polis sebelum mereka memasuki lokasi.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas. -- BERNAMA

Rakyat Malaysia menyokong 100% usaha PM Najib dan beberapa menteri kabinet dalam menyelesaikan tragedi MH17 secepat mungkin sekali gus mayat-mayat rakyat Malaysia dapat dibawa balik dengan sempurna.

GR yakin doa rakyat Malaysia mengiringi PM Najib dan DS Zahid Hamidi dalam menjalankan amanah tugas yang dipertanggungjawabkan pada mereka. Kita doakan mereka selamat pergi dan balik dan usaha murni ini dipermudahkan perjalanannya.


GR kata: Nak tutup mulut manusia lagi susah dari nak tutup mulut binatang. Tak gitu??

Sunday, July 27, 2014

GR UCAPKAN SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN #Aidilfitri #RamadanAlMubarak


Pertama sekali GR ingin mohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog Gossip Rakyat tak kira di mana korang berada. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata harap dimaafkan sepanjang penulisan di blog ini.

Kepada pemimpin-pemimpin tak kira dipihak Kerajaan mahu pun pembangkang GR juga ingin mohon ampun dan maaf jika selama penulisan ini ada yang tersinggung dengan artikel yang dikeluarkan.

Kepada rakan-rakan blogger GR ingin mohon ampun dan maaf jika sepanjang perkenalan kita ada yang bersalah pendapat, terlanggar bahu dan macam-macam lagilah. Mohon ampun dan maaf zahir dan batin.

Kepada semua berhati-hatilah memandu. Mengantuk berhentilah jangan sibuk nak cepat sampai tapi fikirkan orang tersayang yang menunggu kita di kampung. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan diterima Allah S.W.T

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. 0-0 yer kawan-kawan semua ;)



Thursday, July 24, 2014

IMIGRESEN KENA SERBU, @Zahid_Hamidi PUNYA PASALLAH NIE! @KDNPUTRAJAYA @imigresenmy

Apa sebenarnya yang berlaku di Imigresen hari ini, adakah pegawai Imigresen tak buat kerja? GR difahamkan banyak laporan yang diterima katanya Imigresen tak buat kerja. Imigresen tak pandai berikan layanan dan perkhidmatan terbaik pada masyarakat.

Betul ke begitu? Permohonan passport dan prosesnya bukankah lebih kurang 1-2 jam kita akan perolehi passport, adakah hanya hangat-hangat tahi ayam?

Bila jadi macam nie, masyarakat dengan senang tunding jari salahkan Pak Menteri KDN...katanya pemalas dan tak pantau anak buah di bawah buat kerja.

Kita lihat gambar-gambar di atas yang GR kongsikan. Suasana tersebut di Imigresen salah sebuah ibu kota. Kenapa jadi begini? Adakah salahnya 100% pada Imigresen dan KDN?

Persoalannya senang...kenapa kita tak datang awal-awal untuk selesaikan urusan di pejabat kerajaan? Kenapa urusan perlu ditangguh-tangguh? 

Kalau buat urusan semuanya awal..kan senang. Renew passport ke, buat IC ke..kalau semuanya awal dan pandai uruskan masa..hasilnya kan lebih mudah serta baik.

Bila buat urusan semuanya LAST MINIT, apa jadi? Macam gambar di atas lah. Mulalah nak maki hamun pegawai-pegawai dan staff yang bertugas. Mulalah salahkan kerajaan kata malas nak buat kerja.

Sebenarnya salah siapa??? Lu pikirlah sendiri...


GR kata: Banyak pahala dapat bulan puasa nie kalau kita kuat bersabar....


Sent from Samsung Mobile

Friday, July 18, 2014

YA ALLAH, MAYAT PESAWAT MH17 BERKECAI! #PRAY4MH17

Pegawai Kementerian Kecemasan Ukraein berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya.

Pesawat tersebut terhempas di kawasan konflik antara puak pemisah Ukraine yang pro Rusia dengan tentera Kerajaan Ukraine berhampiran Donetsk dan adalah rumit untuk sampai ke lokasi di mana ia terhempas.

Tambah sumber, pesawat itu dikhautiri ditembak jatuh ketika ia terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

Kementerian Dalam Negeri Ukraine dalam satu kenyataan ringkas berkata, kesemua 295 orang penumpang dan krew dalam pesawat itu kini dikhuatiri terkorban.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam.

Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News/CNN


GR kata: Adakah perang dunia ke 3 bakal berlaku?


Sent from Samsung Mobile

Monday, July 14, 2014

PENCEROBOHAN DI SABAH: SALAH SIAPA ATAU KITA SUKA PERLEKEHKAN MEREKA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA

Apa sebenarnya dah terjadi dengan negara kita? Adakah Malaysia bakal menjadi tempat 'transit' pengganas atau penjenayah dunia? Adakah Malaysia akan tersenarai dalam kalangan negara yang tidak selamat untuk dikunjungi?

Bila terjadinya kes pencerohan lagi selepas Lahad Datu, banyak pihak cuba menyalahkan sebelah pihak saja. Rasanya mereka tahu prosedur yang pihak keselamatan sedang jalankan sekarang ini.

Kenapa perlu menghentam, bukankah baiknya kita menyalurkan pandangan yang baik pada Kerajaan demi keselamatan rakyat dan negara terutama sekali di Sabah.

GR harap sangat PM Najib Razak baca dan fikirkanlah cadangan ini untuk dibawa ke dalam mesyuarat kabinet seterusnya dapat satu keputusan yang bijak.

Pandangan ini sudah banyak kali diutarakan malah berkali-kali sudah diutarakan oleh masyarakat di platform media sosial dan lain-lain lagi.

KERAJAAN SABAH HARUS SEDIAKAN PENEMPATAN BARU UNTUK MASYARAKAT PERKAMPUNGAN AIR!!

Pertama sekali GR ingin berterima kasih ke atas segala tindakan kerajaan selama ini dalam mengawal keselamatan negara terutamanya di  Sabah yang sering dicerobohi oleh pengganas.
Sebagai rakyat Malaysia kita semua mempunyai tanggungjawab dalam menangani segala perkara bagi memastikan negara senantiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

GR berpendapat penceroboh ini bukannya hanya datang dari luar sabah (Malaysia). Akan tetapi ianya ibarat bom dalam simpanan negara yang mana suis atau remotenya berada dalam tangan musuh.

Agak mustahil jika kita fikir bahawa setiap serangan dibuat oleh penceroboh adalah datang dari luar negara, kerana pemantauan yang dilakukan oleh pihak keselamatan adalah cukup ketat. Besar kemungkinan pengganas ini telah bersarang di Sabah disetiap pelusuk Sabah terutamanya di daerah Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sandakan.

GR ingin mencadangkan pada pihak Kerajaan agar ke semua PERKAMPUNGAN SETINGGAN di negeri Sabah terutama di daerah yang  disebutkan di atas HARUS DIMUSNAHKAN secepat mungkin kerana 99% rumah setinggan atau perkampungan tersebut adalah di huni oleh pendatang dengan izin dan tanpa izin. 

GR yakin masyarakat tempatan di daerah tersebut bersetuju jika rumah setinggan itu di robohkan.

Kita boleh tidak merobohkan dengan cara mengeledah setiap rumah di kesemua rumah setinggan sekerap yang mungkin. Akan tetapi ianya membahayakan pihak keselamatan yang membuat pengeledahan. Hampir 99% rumah setinggan di setiap daerah tersebut banyak masalah sosial.

Di antara perkara yang sering berlaku di perkampungan stingan ialah seperti berikut:

1. Menjadi Pusat penjualan Dadah seperti syabu.
2. Menjadi Pusat penyeludupan barang terkawal negara seperti minyak dan barang lain.
3. Menjadi kawasan hitam untuk dimasuki oleh orang lain yang mereka tidak kenali. Budaya ini bukan seperti berada di Malaysia, budaya negara yang tidak bertamadun.
4. Menjadi sarang PTI, jikalau sarang PTI.maka faham-fahamlah. Apa itu PTI dan bagaimana mentaliti mereka. Membunuh itu seperti makan nasi saja.
5. Menjadi sarang penceroboh.
6. Kawasan tersebut juga menjadi kotor oleh sampah sarap.

Kita masih lagi ingat kejadian di kampung Simunul di mana peristiwa beberapa angota keselamatan kita terperangkap di perkampungan tersebut dan ada yang terkorban.

Kami sangat berharap agar tindakan tegas dan segera ke atas perkampungan setinggan, yang agak mencurigakan juga gerak geri tindakan pasukan keselamatan kita seperti bocor, macam ada duri dalam daging. Seperti yang berlaku di pulau mabul. Waktu rehat angota keselamatan kita mereka seperti tahu jam berapa mereka rehat jam berapa mereka bertukar syif.

Pertukaran setiap angota keselamatan yang bertugas terlalu lama di satu satu  kawasan ESSCOM perlulah ada reshuffle.

GR yakin dengan kepimpinan yang ada kerajaan mampu lakukan sesuatu demi keselamatan rakyat. Jangan ingat Polis sekarang macam zaman sebelum nie, duduk diam goyang kaki jer.

Kalau semua benda nak kasi heboh satu dunia, bukan kerja Polis namanya, baik kita tengok CSI ke Gerak Khas ke kan!!


GR kata: Nak cuci taik bukannya senang, nak cipta nama pun petik jer jari kan!!


Sent from Samsung Mobile

Artikel pelbagai