Showing posts with label MH17. Show all posts
Showing posts with label MH17. Show all posts

Friday, August 22, 2014

#PrayForMH17: ALLAH S.W.T LEBIH SAYANGKAN AYAH WAHAI ANAK KECIL! #MalaysiaBerkabung


Khutbah khas bertajuk 'Hakikat Luh Mahfuz', di Masjid Putra di sini sempena Hari Perkabungan Negara pada Jumaat, memberi pengertian besar dalam kehidupan umat Islam yang wajib percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan daripada Allah SWT.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, pemilihan tajuk itu telah dibincangkannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan kewajaran kandungannya dengan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

"Sesungguhnya manusia tidak boleh lepas daripada Qada' dan Qadar Allah SWT dan bagi kita umat Islam, kita kena percaya bahawa Qada dan Qadar Allah SWT sememangnya wujud. Malah, rezeki kita, mati kita semua ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Kalau berlaku apa-apa, bukanlah seharusnya kita  patut runsing kerana ini adalah ketetapan Allah SWT dan seharusnya kita kena terimanya dengan hati yang terbuka," katanya  kepada Bernama di sini, Jumaat.

Syaikh Ismail berkata, pengertian Luh Mahfuz itu sendiri bermaksud satu ketetapan Allah SWT yang tidak dapat diramal atau diduga oleh manusia.


Sebelum itu, belia mengimamkan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib di Masjid Putra di sini.

Turut menunaikan solat itu ialah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 5,000 jemaah.

"Saya berharap waris dapat menerima insiden yang menimpa keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Bahawasanya Allah lebih  menyayangi mereka (mangsa MH17)," katanya.

Kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pagi Jumaat sebelum diberi istiadat penghormatan tertinggi negara.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama Islam.


Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur  Ukraine  berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh, namun setakat ini,  tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.







GR kata: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga anak kecil ini tabah meneruskan kehidupan tanpa seorang ayah. Ya Allah, tempatkanlah mereka di kalangan orang-orang yang Engkau kasihi. Al Fatihah...Amin.

Monday, August 4, 2014

#MH17: APA SEBENARNYA ZAHID BUAT DI UKRAINE? @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia @KBAB51 #prayforMH17


Lihatlah gambar-gambar di atas yang GR perolehi dari Facebook Zahid, dalam kesulitan memikirkan cara bagaimana untuk mendapatkan kebenaran memasuki kawasan pemberontak di Ukraine...masih terlakar senyuman di muka Pak Menteri nie.

Walaupun sekarang masih dalam mood berhari raya, namun beliau sanggup korban masa beliau bersama anak-anak serta isteri demi menjalankan tanggungjawab pada rakyat dan negara. Tapi masih ada yang mulut-mulut sumbang kenapa Zahid yang pergi selesaikan untuk melakukan siasatan terperinci insiden MH17. Jawapannya setiap negara ada undang-undang sendiri, kenapa negara luar semua hantar Polis dan tidak Tentera? Pada yang bijak pandai tu fikirkan sendiri lah yer.

Ada juga yang GR dengar, PM Najib bagi pilihan pada Zahid untuk ke Belanda atau pun ke Ukraine. Best betul siapa yang sebarkan cerita macam nie kan. Boleh nak Claim Millage la yer?? Senang betul kerja korang yer, amik kesempatan atas orang lain.

Untuk pengetahuan semua, PM Najib yang ARAHKAN Zahid ke Ukraine untuk selesaikan insiden ini. Ini adalah satu misi besar dan risikonya tinggi. Menteri kita nie pergi sorang-sorang bertemankan IGP ke Ukraine. Persoalannya kenapa takder menteri-menteri lain ikut? Jangan hanya pandai lantang suara dalam dewan ke dalam media sosial. Fikirlah sendiri yer....

Untuk pengetahuan semua, misi Zahid pergi atas arahan PM Najib bukan saja untuk menyampaikan surat ucapan terima kasih dari PM dan kerajaan Malaysia pada Ukraine. Tapi misi untuk membuat rundingan dengan puak pemberontak untuk mengambil serpihan MH17 yang hancur ditembak dan bahagian tersebut jatuh di bawah kawasan jagaan pemberontak. Di situ jugalah kita perli ambil bukti dan membuat siasatan.

Kawasan sedang bergolak dan berperang, Zahid berani ambil tanggungjawab demi rakyat dan negara. Ada ker menteri yang berani buat sorang-sorang macam tu?? Ini adalah tugas berat dan kita sebagai rakyat Malaysia haruslah berikan sokongan penuh dan doa kita mengiringi keselamatan mereka semua pergi dan balik.

KUALA LUMPUR: Petugas Pasukan Siasatan Khas Malaysia dijangka memasuki lokasi nahas tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Donetsk, timur Ukraine pagi Isnin untuk memulakan tugas siasatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dalam kenyataan pada Ahad berkata jika keadaan keselamatan memberangsangkan, pasukan itu akan masuk untuk membuat penggeledahan di kawasan nahas pesawat bersama-sama pasukan Belanda dan Australia.

"Sebuah 'Combined Task Force' (Gabungan Pasukan Petugas) di Karkiv telah memutuskan, pasukan Malaysia seramai 21 orang akan digerakkan ke FOB (Forward Operation Base) (Pangkalan Operasi Hadapan) di Solidar, kira-kira 4 jam perjalanan dari Karkiv, pada 2 petang hari ini," katanya dalam kenyataan.

Katanya, kawasan nahas pesawat adalah satu jam perjalanan dari FOB. Tambahnya Malaysia akan memberi kerjasama penuh kepada pasukan keselamatan antarabangsa dalam misi siasatan nahas itu.

Terdahulu, hari ini Ahmad Zahid dalam rakaman video yang dihantar kepada Bernama meminta seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan petugas pasukan negara dalam menjalankan siasatan di lokasi terhempasnya pesawat MH17.

Ini kerana kawasan pesawat terhempas itu dilaporkan masih tegang dengan insiden perang antara tentera Ukraine dan puak pemisah.

Beliau dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengetuai 68 anggota polis daripada pelbagai unit berlepas ke Ukraine pada Rabu lepas untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa, termasuk Belanda dan Australia, bagi melakukan siasatan lanjut nahas berkenaan.

Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh di Donetsk pada 17 Julai. - Bernama

 Doakan keselamatan mereka dalam menjalankan tugas demi negara






GR kata: Semoga selamat pergi dan balik!!

Thursday, July 31, 2014

DISAAT KITA SIBUK BERHARI RAYA, PEMIMPIN KITA KORBAN MASA MEREKA DEMI NEGARA! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA #prayforMH17


Hari Raya Ketiga, apa yang biasa kita buat dan lakukan pada hari tersebut. Sudah tentu kita masih dalam mood kegembiraan bersama sanak saudara dan sahabat handai makan ketupat rendang dan pelbagai juadah Aidifitri yang sedap-sedap.

Pada hari tersebut juga, ada yang membuat rumah terbuka menyambut kegembiraan Syawal yang datang. Dalam kegembiraan tersebut, adakah kita berfikir dengan nasib yang menimpa saudara mara kita? Adakah kita turut serta berasa sedih meratapi nasib yang menimpa mereka sekeluarga?

Pada hari tersebut juga kita masih ziarah menziarahi sanak saudara kita tak kira di mana mereka berada. Amalan tersebut adalah yang baik dan dituntut dalam Islam untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita.

Dalam kita sibuk bergembira di Aidilfitri ini, pujian dan doa yang kita berikan pada pemimpin negara kita. Ini kerana mereka sanggup korbankan masa Aidilfitri mereka bersama keluarga dan rakyat. Mereka sanggup pergi bertugas untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara sekarang ini iaitu pengurusan mangsa serta menyiasat tragedi MH17.

SEPANG, 30 Julai (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar malam Rabu berlepas ke Kiev, Ukraine, dalam misi siasatan lanjut nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ahmad Zahid berkata beliau bersama KPN akan mengetuai 68 anggota polis dari pelbagai unit untuk bersama pasukan keselamatan antarabangsa bagi melakukan siasatan lanjut.

"Setakat ini tiga negara menganggotai siasatan insiden MH17 iaitu Belanda, Malaysia dan Australia. Saya dijadualkan akan menemui Presiden Ukraine Petro Poroshenko untuk mengemukakan surat rasmi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Surat berkenaan sebagai tanda terima kasih Malaysia atas kerjasama yang diberikan oleh kerajaan Ukraine kepada anggota pasukan siasatan khas MH17 yang berada di negara berkenaan baru-baru ini," katanya pada sidang media di sini.

Pasukan Siasatan Khas MH17 Malaysia itu terdiri daripada pegawai forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan pegawai perubatan, katanya.

Ditanya berapa lama pasukan PDRM itu akan berada di Ukraine, Ahmad Zahid berkata tiada tempoh masa ditetapkan kerana proses penyiasatan itu sangat sukar dijalankan berikutan keadaan tidak aman di sana.

Beliau berkata pasukan PDRM akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum menuju ke lokasi MH17 yang terhempas di Donetsk, wilayah timur Ukraine.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya akan mengawal lokasi nahas dan mengumpul bahan bukti termasuk barangan peribadi milik mangsa, serpihan bahagian pesawat dan cebisan tulang mangsa. Menurutnya, semua anggota pasukan diminta menggunakan peralatan keselamatan termasuk baju kalis peluru, topi balistik dan topeng keselamatan ketika berada di lokasi nahas.

Khalid berkata berdasarkan laporan media yang terkini melaporkan bahawa tentera Ukraine sedang bertempur dengan pemberontak bagi menguasai lokasi kejadian nahas MH17.

Justeru, katanya Ahmad Zahid akan mengadakan pertemuan khas dengan pihak berkuasa bagi membincangkan soal keselamatan anggota polis sebelum mereka memasuki lokasi.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas dipercayai ditembak jatuh ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai lepas. -- BERNAMA

Rakyat Malaysia menyokong 100% usaha PM Najib dan beberapa menteri kabinet dalam menyelesaikan tragedi MH17 secepat mungkin sekali gus mayat-mayat rakyat Malaysia dapat dibawa balik dengan sempurna.

GR yakin doa rakyat Malaysia mengiringi PM Najib dan DS Zahid Hamidi dalam menjalankan amanah tugas yang dipertanggungjawabkan pada mereka. Kita doakan mereka selamat pergi dan balik dan usaha murni ini dipermudahkan perjalanannya.


GR kata: Nak tutup mulut manusia lagi susah dari nak tutup mulut binatang. Tak gitu??

Artikel pelbagai