Monday, June 11, 2012
TAHNIAH! CAROLINE & ELLA JUARA MENTOR 6!!
Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah , protege Ella, Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi. Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.
Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000.
Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, Zatul (Pawana dan Pelesit Kota - Search) dan Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith).
Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional dimana Anas membawakan lagu Selamat Malam (nyanyian Faizal Tahir) dengan Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.
Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam. Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini. Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan lagu Kisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.
GR kata: Tahniah...memang rocklah. He he he
WELCOME TO SELANGOR - @Khalid_Ibrahim
GR yakin mesti pemimpin dan puak-puak Pakatan Haprak suka 'layan' video ni...betul tak Pak Anwar dan Pak MB Selangor?? Apa lagi...jom layannnn :
GR kata: Mr Ronnie Liu, lu jangan buat BODOH haaa...
Sunday, June 10, 2012
MENTERI PERTAHANAN PERKUKUHKAN HUBUNGAN BAIK INDONESIA - MALAYSIA! cc: @Zahid_Hamidi
Persaudaraan Serumpun Indonesia Malaysia (Persim) akan menjadi pengikat dan menyemarakkan lagi perhubungan antara kedua negara serumpun. Majlis Pelancaran Persaudaraan Serumpun Indonesia-Malaysia telah berlangsung pada hari Jumaat lepas dan disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Malaysia YB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan adanya ikatan yang kukuh antara kedua negara ini menjadi landasan penyelesaian masalah yang wujud. Beliau menegaskan Persim mampu menjadi pengikat antara Indonesia dan Malaysia.
“Dengan adanya ikatan yang kukuh ini jika kita menghadapi sebarang masalah dapat diselesaikan dengan hujung jari sahaja. Kita boleh gunakan kemudahan telefon, rangkaian media sosial seperti Facebook atau Twitter untuk berhubung dengan cara mudah,” katanya.
Menurut Zahid, hubungan persahabatan Malaysia dan Indonesia boleh diperkasakan menerusi kegiatan spiritual. Melalui pendekatan pemberdayaan sumber manusia seperti program latihan Emotional Spiritual Quetient (ESQ), Ahmad Zahid berkata, keakraban dua negara serumpun itu boleh dipereratkan.
“Persim perlu bebas daripada perbezaan politik, melintas budaya, sempadan dan agama. “Persim harus dilihat bukan hanya berdaftar secara sah, tetapi turut terpahat dalam minda dan jiwa,” katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Persaudaraan Serumpun Indonesia dan Malaysia (Persim) di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, malam tadi.
Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abu
Kassim Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil; Penerbit Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi dan wakil Persim Indonesia, Djendri Djusman.
Turut serta, Pengerusi Panel Syariah dan Akidah ESQ, Datuk Mustafa Abd Rahman. Dalam majlis pelancaran itu, Piagam Penubuhan PSIM yang menggariskan tujuh nilai dasar ditandatangani oleh Hussamuddin mewakili PSIM Malaysia dengan Pengasas ESQ, Dr Ary Ginanjar Agustian mewakili PSIM Indonesia sebagai lambang hubungan antara kedua negara serumpun.
Piagam tersebut hasil inisiatif Alumni pelatihan ESQ sebagai aktiviti susulan menterjemahkan harapan kedua pemimpin kedua negara untuk meningkatkan hubungan antara Indonesia dan Malaysia sebagai negara serumpun. Tujuh nilai dasar yang menjadi landasan piagam berkenaan adalah jujur, tanggungjawab, berwawasan, disiplin, kerjasama, adil dan prihatin.
Lihat gambar sekitar majlis pelancaran PSIM di bawah :
Baca juga DI SINI
GR kata: Tahniah...teruskan hubungan baik demi masa depan negara yang lebih baik.
MALAYSIA vs SINGAPORE - INI SEBENAR YANG BERLAKU!!
Kedatangan Ultras Malaya telah menyemarakan suasana perlawanan dua musuh ketat Malaysia dan Singapura, yang diwakili kesebelasan utama dari LIONSXII. Kehadiran para penyokong setia Malaysia ini telah mencetuskan kekecohan dua jam sebelum perlawanan apabila pergaduhan antara dua pihak telah dilaporkan hingga menyebabkan pegawai anti rusuhan mula bertindak tegas.
Suasana hangat ini reda seketika dengan laungan 'Negaraku' lebih 500 peminat Malaysia yang hadir. Malangnya, begitu juga rentak perlawanan yang bermula agak perlahan dengan kedua-dua pasukan tidak dapat menembusi barisan pertahanan lawan masing-masing. Sejurus itu, Agu Casmir berjaya mengatasi Aidil dan dihadiahkan tendangan sudut pada minit ketiga hingga memaksa Khairul Fahmi untuk menepis bola seminit kemudian dengan tandukan kuat ke arah pintu gol.
Pada minit ke 43, pemain gantian Azamuddin Akil membuka tirai jaringan dengan melakukan hantaran cantik kepada Safee yang telah menggelecek masuk ke dalam kotak penalti sebelum dihantar semula kepada penyerang Pahang itu.
Separuh masa kedua telah menyaksikan kedua-dua pasukan dirombak dengan pemain gantian dan Mustafic Fahrudin mencetuskan kemarahan pemain Malaysia apabila memaksa rakan sepasukan untuk terus mara walaupun Safee Sali kelihatan dalam kesakitan setelah diasak oleh pemain Singapura pada minit ke 65. Kapten pasukan Malaysia, Safiq Rahim, menebus kemarahan dengan rembatan ke sudut kanan gawang hasil tendangan percuma empat minit kemudian untuk memberi kelebihan 2-0 untuk Malaysia.
Pasukan Singapura memperoleh peluang keemasan pada minit ke 82 apabila Khairul Fahmi mengasari Khairul Nizam di dalam kotak penalti dan pengadil dari Hong Kong Ng Kai Lam memberi tendangan penalti yang kemudian diambil oleh Mustafic sebelum ia diselamatkan penjaga gol Kelantan itu. Walaubagaimanapun Ng telah memberi Aidil kad kuning dalam minit kontroversi dan menghadiahkan pasukan tuan rumah tendangan percuma dalam kotak yang disepak masuk oleh Shahdan Sulaiman.
Shahdan sekali lagi bertindak baik pada minit terakhir dengan hantaran lintang kepada Qiu Li yang terus merobek pintu gol Malaysia untuk gol penyamaan.
Dato' K Rajagobal pula telah berkata: " Kami sepatutnya menang." sebelum menambah "Saya tidak sabar untuk kembali beraksi di Shah Alam."
Aidil telah menjelaskan tentang minit kontroversi yang melibatkannya : "Saya tidak faham dengan keputusan pengadil walaupun penjelasan telah diberikan. Saya hanya menyambut aksi Khairul yang telah menyelamatkan pintu gol kami. Saya tidak faham dengan kesalahan undang-undang yang telah saya lakukan."
Pemain itu juga telah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Malaysia yang tidak putus untuk memberi sokongan sehingga wisel penamat dibunyikan. Pasukan Singapura akan kembali bertembung dengan Malaysia di Shah Alam pada 12 Jun. - Sumber
GR kata: Pengadil ni dah habis kursus belum ek?? Macam puak DAP takut dikalahkan jer... He he he
PANAS: ORANG LAIN JADI AHLI PARLIMEN, ORANG LAIN BUAT KERJA! #bn4wp @Rosnah_ARS
Kejadian yang berlaku tengahari semalam telah memusnahkan lebih kurang 50 buah rumah. Pihak Bomba agak sukar memadamkan kebakaran kerana tekanan air yg rendah di Pili Bomba yang berdekatan.
Mangsa-mangsa telah di tempatkan di Dewan Komuniti DBKL Taman Sri Segambut dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ditempatkan di dewan tersebut bagi mendaftar keluarga2 yang terlibat bagi memudahkan urusan menyalurkan bantuan.
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Segambut telah turun menghantar bantuan kepada mangsa berbentuk makanan, bantal, selimut, pakaian terpakai dan juga keperluan toiletries.
Sumber: Segambut Princess
GR kata: MP Pakatan Haprak semuanya pemalas...hanya pandai janji berbakul-bakul!!!
Sent from Samsung tablet
Subscribe to:
Posts (Atom)







