Sunday, January 29, 2012

PANAS: Anwar Nak Terajang Budak Sebut 1Malaysia???




Kenapa Anwar tak boleh dengar orang menyebut 1Malaysia?? Dia tau rakyat sudah mula menerima transformasi yang dibawa oleh YAB PM dan Kerajaan. Apa saja program yang dibawakan oleh Kerajaan baik dari segi produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Sara 1Malaysia dan pelbagai lagi produk yang khususnya untuk dirasai oleh rakyat.

Sebab tu Anwar dok pening kepala macam mana nak buat lagi. Tak abis-abis kata UMNO/BN kuat rasuah...Nak tanya puak Pakatan Rakyat semua 'clean' ker?? Kalau nak manakan semua kaya raya yer, cam ner tu???

GR tak nak mengulas banyak sebab sama saja Anwar ni, apa dia buat semuanya betul 100%, 'Anugerah Tuhan' la katakan yer tak!!! Pembaca lihatlah video di atas... renung-renungkan...

Rujuk Pisau

Saturday, January 28, 2012

Video: PAS kata Bagi 'Chance' La MB Pegang Exco Agama, Ok Apa!!




Perlantikan Exco Agama di Selangor yang kita tahu MB sendiri melantik diri beliau sebagai exco yang baru. PAS yang nampaknya putih mata terpaksa anggukkan saja disebabkan kepentingan politik mereka sendiri.

Rakyat sebenarnya sudah nampak kepincangan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Apakah MB Khalid Ibrahim boleh memikul tanggungjawab sebagai Exco Agama di Selangor?? Jawatan yang dipikul terlalu banyak sekarang pun tidak dijalankan dengan baik...kalau nak dipersoalkan satu persatu sampai esok pun tak habis...Pembaca nilailah sendiri...


GR kata: PAS dah tak relevan hanya jadi kuda PKR dan DAP jer tu...

Motor dan Teksi Dibakar Angkara Khianat!!!


PETALING JAYA – Sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi terbakar dipercayai angkara perbuatan khianat yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki di kawasan letak kereta Apartmen Desa Mentari, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu disedari sendiri oleh penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, sebaik api berjaya dipadamkan oleh sepasukan bomba dan penyelamat, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menyiasat punca kebakaran berlaku.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu adalah bermotifkan balas dendam dan pergaduhan diantara dua kumpulan.

“Difahamkan, sebelum kejadian sekumpulan lelaki yang menaiki sebuah kenderaan datang ke lokasi tersebut lalu bertindak melontarkan sebuah objek dipercayai botol yang diisi petrol ke kawasan itu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, hasil siasatan, polis telah mengenal pasti kumpulan yang disyaki terlibat dalam kejadian itu kerana mereka pernah ditangkap sebelum ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - Mynewshub


GR kata: Kawasan kubu PKR tu, kenapa selalu jadi perkara macam ni yer???

Video: Kisah Ust Harun Din Mimpi Jumpa Rasulullah S.A.W




Rujuk di sini


GR kata: Sedih dan sayup Ust Harun Din berjumpa dengan Rasulullah...Masih ingat perjuangan beliau dalam Islam dan ilmu yang disampaikan tidak ada tokok tambah pun...

PANAS!! Mesti Baca!! Penjawat Awam SABOTAJ Kerajaan???

Di sini GR ingin sambut arkitel dari sahabat blogger Rezqeen Hill menemui ketidaktulusan kakitangan penjawat awam DBKL dalam melaksanakan kerja mereka. Apakah mereka ini bersikap sambil lewa dalam menjalankan tugas?? Diaorang ni makan gaji buta ker?? Nak sabotaj Kerajaan ker?? Pada hal mereka bekerja dan berkhidmat dengan Jabatan Kerajaan.

GR mohon agar pihak pengurusan tertinggi dan Datuk Bandar K.Lumpur ambil serius perkara ini sebab ini masalah yang dihadapi oleh rakyat. Ditimpa masalah balik Kerajaan yang kena pada hal ini salah segelintir individu yang tidak amanah dalam menjalankan kerja mereka. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Diharap pembaca dapat baca isu yang GR ingin sharekan bersama dan nilailah sendiri apakah mutu kerja yang sebegini kita inginkan dalam Kerajaan, sedangkan YAB PM sudah berkali-kali kata Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan!!!


Menariknya Tahun Baru Cina kali ini, saya telah menerima segulung notis bil² sewa rumah daripada Jabatan Pengurusan Perumahan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yg dicampakkan ke dalam tong sampah rumah saya dan telah dijumpai oleh abg saya yg juga seorang blogger - PembelaWira

Hah lagi menarik, sepatutnya bukan saya yg harus menerima bil² tersebut. Sebab..
1- Alamat tersebut bukanlah di dlm tong sampah
2- Saya bukan pekerja DBKL

Kesilapan si pelaku meletakkan segulung bil² ini di dalam tong sampah rumah saya sangatlah best kerana dia tak menyedari siapa tuan rumah ini. Malangnya bagi si pelaku dan DBKL, bil² ini dijumpai di rumah blogger pro UMNO dan BN hehe.

Bil yg bertarikh bulan Disember 2011, mempunyai 3 jenis variasi color ini tertulis AMARAN, PERINGATAN dan RAMPASAN. Alamat bil² ini di Perumahan Awam (PA) Seri Johor 4A, Bdr Tun Razak. Ia terletak 1.5 KM dari rumah saya.

Utk info, PA Seri Johor merupakan kawasan yg dilawati oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak dalam Program Turun Padang pada Jumaat lepas. Rujuk sini.

Persoalannya, apakah motif di sebalik perkara ini?

Segulung notis bil² dijumpai dalam tong sampah hmmm..

Perkara yg bermain dalam fikiran pembaca sekalian tentulah si penghantar ini PEMALAS orangnya. Dalam erti kata lain, dia mungkin mempunyai agenda tersendiri. Ini notis bil bulan Disember 2011, adakah bulan² sebelumnya dan akan datang juga dicampak dalam tong sampah rumah orang atau dibakar?

Perkara ini, DBKL perlu ambil perhatian dan Datuk Bandar wajib ambil tahu.

Untuk makluman, sekadar perkongsian bersama. Kawasan PA Seri Johor merupakan salah satu kawasan yg akan dibangunkan dalam Program Perumahan 1 Malaysia (PR1MA). Antara kawasan² sekitar yg akan dibangunkan ialah Seri Melaka, Seri Pulau Pinang, Tmn Seri Ikan Emas dan lain²


Seterusnya pembaca boleh baca di sini

GR difahamkan dari sumber dalaman DBKL sendiri beritahu bil-bil bulanan (gambar di atas) yang sebelum ni pun pegawai DBKL tersebut buang juga. Apa kejadah buat keja memain macam ni...Sabotaj namanya ni dan menyusahkan rakyat akhirnya. Mohon DBKL ambil tindakan yang sewajarnya.

GR kata: Datuk Bandar KL tolong jawab perkara ini seberapa segera, jangan buat sambil lewa...rakyat akan salahkan Kerajaan juga akhirnya sebab tak buat keja!!!

Artikel pelbagai