Tuesday, July 23, 2013

HARAP MUKA JER LAWA, LEBIH NAK GLAMOR DARI TAKUT HUKUM ALLAH!


Inilah pemikiran manusia zaman sekarang, mahukan glamor kerana yakin itu yang akan membawa mereka berjaya dan cita-cita mereka tercapai.

Memang betul rezeki itu Allah SWT yang tentukan, tapi kita sebagai hamba-Nya haruslah berusaha untuk mendapat yang terbaik tanpa melanggar perintah yang telah ditetapkan-NYA. Rezeki yang kita perolehi itu haruslah halal kerana ia akan dihisap di akhirat kelak.

GR lihat mereka ini cakap saja pandai, kononnya takkan berpakaian seksi bila masuk suatu pertandingan...apatah  lagi nak cari glamor. GR nak tanya, aweks-aweks cun melecun yang masuk pelbagai rancangan realiti atau pun jadi model pada asalnya macam tu lah. Tapi bila nak glamor cepat mulalah tayang sana sini. Sebelum cakap apa-apa, cukupkan ilmu agama tu dulu yer.

Kita perlulah hormat agama kita yang suci murni ini, bukannya terus melenting bila kehendak nurani kita dihalang oleh seseorang. Ingat pada yang Pemberi Rezeki dan Pencipta kita dulu, barulah kita tahu bagaimana diri kita sebenarnya.

DUA daripada empat gadis Muslim yang digugurkan daripada senarai finalis pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 iaitu Wafa Johanna De Corte, 19, dan Sara Amelia Bernard, 20, mempertikaikan dan mempersoalkan keputusan melarang penglibatan mereka dalam pertandingan itu.

Nama mereka dan dua lagi finalis iaitu Kathrina Rizuan, 23, dan Miera Sheikh, 19, digugurkan daripada menyertai pertandingan itu selepas penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan tersebut telah ditegur oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh.

Mereka menyifatkan keputusan itu adalah sebagai salah satu daripada diskriminasi berlandaskan agama.

Menurut Wafa Johanna, “saya sangkakan akhirnya peserta Muslim akan dibenarkan menyertainya sekaligus mewakili Malaysia. Saya juga menyangkakan perkara ini (sertai pertandingan ratu cantik) adalah okay, sebab pertandingan akhirnya akan diadakan di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam iaitu di Indonesia.

“Saya tidak akan memakai pakaian renang ataupun bikini sebaliknya akan memakai pakaian sukan yang bersesuaian,” katanya.

Menurut fatwa yang telah dikeluarkan pada 1996, mana-mana wanita yang beragama Islam adalah dilarang sama sekali untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Kali terakhir wanita Muslim terlibat dalam pertandingan sebegitu ialah penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira yang telah memenangi gelaran Miss Malaysia pada 1992.

Selain Wafa, seorang lagi finalis, Sara Amelia Bernard turut menyatakan perasaan terkejut serta berasa terkilan di atas penguguran namanya sebagai finalis daripada 20 peserta akhir yang telah disenarai pendekkan.

“Kami dibenarkan menyertai pertandingan ini selagi tidak mendedahkan mana-mana bahagian badan, sebaliknya yang ingin ditonjolkan adalah personaliti setiap finalis yang bertanding.

“Kalalu mereka mahu melarang kami, kenapa mereka tidak melarang wanita Muslim yang mewakili negara dalam sukan renang dan gimnastik?” katanya.

Selain itu, Sara juga berharap agar fatwa tersebut dikaji semula supaya membenarkan wanita Muslim bertanding dalam pertandingan ratu cantik.

“Saya berasal daripada ibu bapa yang berkahwin campur dan saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya tidak ada sebarang prejudis terhadap agama sendiri, tetapi nama digugurkan atas alasan tersebut adalah sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.

Jangan nak sibuk kata, hal kubur ini adalah hak masing-masing. Dalam Islam kita digalakkan nasihat dan berkongsi tentang perkara baik antara satu sama lain. Sedarlah diri tu, sebelum kita disedarkan kelak.


GR kata: Muka cantik tapi kalau ilmu agama tak der memang sayang....

PATI MENYUSAHKAN RAKYAT MALAYSIA! TUNGGULAH NASIB KORANG LEPAS NIE..! @Zahid_Hamidi @imigresenmy

Isu pendatang asing tanpa izin ini sering kali kita dengar sudah bertahun-tahun lamanya tapi masih tak dapat diselesaikan dengan begitu telus. Apa yang menjadi kerisauan rakyat Malaysia ialah jumlah mereka semakin bertambah, malah ada yang besar kepala seolah-olah tidak takut dengan pihak berkuasa yang melakukan serbuan.


PATI ini makin hari makin naik tocang, disebabkan mereka sebelum ini hanya diberikan 'amaran' supaya jangan lakukan sebarang perkara yang tidak baik. Asyik diberikan amaran semua orang naik lemak betul tak?

Kali ini tiada maaf bagi mu wahai PATI. Tahniah di atas tindakan tegas yang diarahkan Menteri KDN, DS Zahid Hamidi supaya pihak Imigresen segera lakukan operasi besar-besaran pada PATI ini. Sapu bersih semua kegiatan haram mereka harus dipatahkan. Terima kasih pada Imigresen dan KDN serta Menterinya yang sentiasa mengambil berat tentang keselamatan rakyat Malaysia.

Satu gerakan operasi bersepadu bagi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini akan dilakukan secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, gerakan itu akan melibatkan Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta agensi-agensi penguatkuasaan lain.

"Operasi bersepadu secara besar-besaran ini bertujuan supaya Jabatan Imigresen dapat melaksanakan operasi yang lebih efektif dan menyeluruh.

"Ia bukan sahaja untuk mencari kesalahan berkaitan Akta Imigresen tetapi merangkumi kesalahan undang-undang di Malaysia. Selain kesalahan jenayah, antara masalah lain yang menjadi fokus Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah dadah dan Pati," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Imigresen di sini, Isnin.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha KDN, Datuk Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad.

Zahid berkata, Jabatan Imigresen telah menjalankan operasi secara besar-besaran, termasuk pada bulan Ramadan bagi mengesan Pati yang menjalankan perniagaan di bazar-bazar Ramadan.

"Setakat ini, sebanyak 120 tangkapan telah dibuat yang melibatkan Pati di bazar-bazar Ramadan.

"Di musim perayaan nanti kita akan terus memantau termasuk pihak majikan yang menggaji Pati ini tanpa mempunyai permit dan majikan yang melindungi Pati, juga akan dikenakan tindakan," katanya.

Menurut Zahid, antara lokasi gerakan operasi bersepadu bagi memburu Pati itu adalah di pusat-pusat hiburan, kawasan perladangan dan perkilangan.

Beliau menambah, menerusi Program Penyelesaian Menyeluruh Pati (Program 6P) yang dilaksanakan oleh KDN sebelum ini, seramai 1.3 juta Pati telah didaftarkan dan daripada jumlah itu, 500,000 Pati telah menjalani proses pemutihan serta 330,000 telah pulang ke negara asal mereka secara sukarela.

"Sepanjang operasi (Ops) 6P yang dijalankan sejak 20 Oktober 2011 sehingga 18 Julai tahun ini, kita telah membuat penangkapan seramai 40,730 Pati dan hampir 1,000 majikan.

"Daripada jumlah tersebut, 318 majikan telah didakwa dan 46 majikan telah dipenjarakan," katanya.
- mStar


GR kata: Jangan kasi chan...kasi pulun habis depa ni semua. Menyusahkan rakyat Malaysia saja! Cari rezeki biar cara yang betul.

Monday, July 22, 2013

Pemimpin Seperti Ini lah Yang Kami Mahukan! @Zahid_Hamidi @umnoonline


Ciri kepimpinan yang bagaimana kita mahukan, rakyat Malaysia harus tepuk dada, tanyalah diri kita sendiri. Adakah kita mahukan pemimpin yang lebihkan kepada bersifat protokol atau pun pemimpin yang sempoi dan senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat? Fikirkanlah sendiri....

PRU13 menyaksikan BN sekali lagi memerintah negara. Mungkin ada yang tak puas hati, kecewa dengan keputusan yang diumumkan. BN menanag untuk memerintah negara demokrasi ni, PR menang di hati rakyat. He he he....

Untuk kali ini, semua parti politik akan menunjukkan sekali lagi 'kekuatan' mereka dalam PRK Kuala Besut. Rakyat menilai sendiri parti manakah yang akan mereka pilih dan yang paling penting pemimpin yang mereka pilih boleh menjaga hak serta kebajikan mereka. Pemimpin yang pertahankan agama, bangsa dan negara. Pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat bukannya pemimpin yang pandai tabur janji sana sini.

Sebenarnya, dari pra-sekolah lagi kita dah diasuh untuk jadi pemimpin kan? Alah macam melantik ketua kelas kan. Ape pun yang kita buat mesti ada ketua even dalam keluarga ayah adalah pemimpin and ketua keluarga. Pemimpin nih penting untuk menggerakkan dan membuat sesuatu keputusan. Seperti gambar di atas, pemimpin seperti inilah yang harus kita hargai dan sanjungi.


7 ciri pemimpin yang baik:

  1. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap terlalu kasar.
  2. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
  3. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain atas kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
  4. Beliau harus bersikap luhur dan tidak mementingkan kepujian.
  5. Beliau patut tahu bagaimana untuk mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif atas sensitiviti orang lain.
  6. Beliau perlu bersedia untuk melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kempimpinan melalui teladan.
  7. Beliau perlu bijak dan pintar sekurang-kurangnya berbanding orang di bawahnya.



Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasulullah dan kepada ‘Ulil Amri’ (orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada kitab Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (Surah an-Nisaa’, ayat 59)


GR kata: Pemimpin yang pertahankan agama, bangsa dan tanahair adalah pemimpin yang berani dan sayangkan negaranya.

#PRKkualabesut Cipta Sejarah, Pilihan Raya Paling Tenang! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai pilihan raya paling tenang kerana tiada kes jenayah dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, sejak penamaan calon sehingga semalam, polis hanya menerima empat laporan termasuk satu laporan mengenai kejadian yang berlaku di Kuala Besut tetapi ia dibuat di Kuala Lumpur oleh seorang pemimpin parti pembangkang.

"Ini termasuk satu kes aneh iaitu membakar dua bendera politik yang bertanding di kawasan DUN Kuala Besut dan kita tidak menolak kemungkinan kes itu bukan dilakukan penyokong kedua-dua parti, sebaliknya mereka yang sengaja ingin cetuskan provokasi.

“Kita berharap keadaan dan suasana tenang ini berlarutan sehingga hari pembuangan undi dan keputusan PRK diumumkan Rabu ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat ke Martek PDRM dan mendengar taklimat mengenai keselamatan PRK Kuala Besut, di sini, petang tadi.

Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan sebanyak RM10.4 juta untuk menjaga keamanan seluruh penduduk dan penyokong kedua-dua parti sepanjang tempoh berkempen pada PRK Kuala Besut.

Katanya, perbelanjaan itu diperuntukan untuk penyediaan makan minum kepada 2,789 pegawai dan anggota polis daripada seluruh negara yang dipilih menjalankan tugas pada PRK Kuala Besut, selain digunakan bagi kemudahan logistik.

Sementara itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menggesa pengundi supaya tidak terpedaya dengan 'perangkap' PAS sepanjang kempen PRK Kuala Besut kali ini.

Sambil menyifatkan kempen yang dilancarkan PAS sebagai perang saraf bagi memerangkap keadaan politik Terengganu, Zahid berkata, pengundi harus bijak menilai kesan sekiranya berlaku kerajaan tergantung di negeri ini.




GR kata: Kuala Besut gelombang biru

Sunday, July 21, 2013

HOT: SUAMI OSTAJAH ABBY ABADI AHLI UMNO, BIAR BETUL?


Heboh sana sini orang dok hebohkan pasal Ostazah Segera Abby Abadi yang membawa suami baru dinikahi 12 hari yang lalu.

Tahniah diucapkan kepada Abby dan suami barunya dan takziah diucapkan kepada mana-mana pemimpin & penyokong PAS yang ada terniat di hati untuk tackle Ostazah Segera ini.

Ramai orang bercerita sana sini, semalam saya sempat pergi ke ceramah Dato Takiyuddin di Kuala Besut. Berborak dengan seorang kenalan baru berkenaan suami muda Abby yang berusia 24 tahun tersebut.

Katanya suaminya itu merupakan student yang baru lepas graduate dan paling memeranjatkan beliau adalah seorang ahli UMNO di dalam Pemuda.

Jeng jeng jeng....

Adakah kisah ini benar ataupun tidak, saya tak tau lah nak nafikan ataupun tidak. Tapi mungkin Abby sendiri boleh memberi jawapannya kelak kepada seluruh rakyat Malaysia melalui Instagram nya. Betul tak Ostajah Abby? Hi hi hi - RH


GR kata: Pucuk muda ubi kayu....keh keh keh

Artikel pelbagai