Monday, July 22, 2013

#PRKkualabesut Cipta Sejarah, Pilihan Raya Paling Tenang! @Zahid_Hamidi @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Menteri Dalam negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai pilihan raya paling tenang kerana tiada kes jenayah dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, sejak penamaan calon sehingga semalam, polis hanya menerima empat laporan termasuk satu laporan mengenai kejadian yang berlaku di Kuala Besut tetapi ia dibuat di Kuala Lumpur oleh seorang pemimpin parti pembangkang.

"Ini termasuk satu kes aneh iaitu membakar dua bendera politik yang bertanding di kawasan DUN Kuala Besut dan kita tidak menolak kemungkinan kes itu bukan dilakukan penyokong kedua-dua parti, sebaliknya mereka yang sengaja ingin cetuskan provokasi.

“Kita berharap keadaan dan suasana tenang ini berlarutan sehingga hari pembuangan undi dan keputusan PRK diumumkan Rabu ini,” katanya ketika ditemui selepas melawat ke Martek PDRM dan mendengar taklimat mengenai keselamatan PRK Kuala Besut, di sini, petang tadi.

Zahid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan sebanyak RM10.4 juta untuk menjaga keamanan seluruh penduduk dan penyokong kedua-dua parti sepanjang tempoh berkempen pada PRK Kuala Besut.

Katanya, perbelanjaan itu diperuntukan untuk penyediaan makan minum kepada 2,789 pegawai dan anggota polis daripada seluruh negara yang dipilih menjalankan tugas pada PRK Kuala Besut, selain digunakan bagi kemudahan logistik.

Sementara itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menggesa pengundi supaya tidak terpedaya dengan 'perangkap' PAS sepanjang kempen PRK Kuala Besut kali ini.

Sambil menyifatkan kempen yang dilancarkan PAS sebagai perang saraf bagi memerangkap keadaan politik Terengganu, Zahid berkata, pengundi harus bijak menilai kesan sekiranya berlaku kerajaan tergantung di negeri ini.




GR kata: Kuala Besut gelombang biru

No comments:

Artikel pelbagai