Tuesday, March 12, 2013

KISAH BENAR #lahaddatu: PERWIRA NEGARA DISEKSA, DIBUNUH PENGGANAS SULU!


Kisah di bawah adalah kisah benar yang diceritakan oleh seorang anggota keselanatan yang terselamat. Kini belaiu lumpuh ke dua belah tangannya kerana ditetak oleh pengganas Sulu di Lahad Datu. Nama beliau terpaksa dirahsiakan atas permintaan.

Pihak Terengganu Today terlebih dahulu ingin memohon maaf kepada semua pembaca yang mungkin tersinggung dengan kisah ini. Namun kami merasakan ianya perlu diceritakan supaya menjadi iktibar kepada semua bahawa apa yang berlaku bukan satu sandiwara sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Kami di Terengganu Today juga mengucapkan Takziah kepada seluruh ahli keluarga wira-wira negara yang terkorban di batasan. Hanya ALLAH yang akan membalasnya dan semoga wira-wira negara ini ditempatkan bersama para syuhada’ – Amin.

———————————————————————————————————————

Dia ditembak,  namun dia bernasib baik kerana tembakan  itu tidak tepat kepadanya  Sebaliknya tembakan itu tepat mengena Tuan Ibrahim. Tiba-tiba datang pengganas Sulu dengan parang lalu cuba menetak beliau beberapa kali. Dia menggunakan tangannya untuk menahan tetakkan menyebabkan jari-jari dan ke dua tangannya hampir putus.

Dia menceritakan bahawa sebenarnya yang meninggal cukup sifatnya hanyalah Superitenden Ibrahim. yang lain semuanya terkorban dalam keadaan yang amat ngeri. Pengganas seolah-olah hilang ingatan, walaupun ada anggota kita yang telah mati ditembak tetapi mereka datang lalu memenggal kepala dan merodok perut mayat dengan parang.

Ada antara mayat anggota yang dipotong kaki tangannya. Malah dikoret mata jasad yang terbujur kaku itu.Mereka mahu pastikan musuh mereka benar-benar mati. Zalim dan kejam itu perkataan yang paling sesuai untuk perbuatan mereka.

Dia bernasih baik kerana dalam kesakitan itu, dia melarikan diri ke dalam rumah orang kampung. Dia juga dapat melihat mayat Tuan Ibrahim, diheret oleh seorang anggota yang terselamat ke dalam sebuah rumah yang lain. Dua puluh jam dia bertahan menunggu bantuan sehingga darahnya hampir kering. Dia dapat melihat dengan jelas bagaimana semut datang menghurung luka-lukanya. ALLAH MAHA BESAR, diturunkan hujan dan dia hanya minum air hujan itu.

Akhirnya dia diselamatkan. Ke dua-dua belah tangannya yang hampir putus telah dijahit semula. Namun sehingga kini dia masih tidak dapat menggerakkan tangannya itu.

Airmatanya berlinang, dia tidak akan melupakan peristiwa pasukannya diserang hendap tempoh hari. Dia juga tidak akan melupakan kekejaman yang dilakukan oleh pengganas-penggans itu. Mereka terlalu zalim.

Al-Fatihah buat Pejuang-pejuang yang yg pergi.. semoga arwah ditempatkan dikalangan para syuhada…

Sumber

Monday, March 11, 2013

UPDATE NEWS #lahaddatu: HAPUSKAN PENGGANAS SULU HABIS-HABISAN! JANGAN BIARKAN SEORANG PUN TERLEPAS - @Zahid_Hamidi


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Barisan Nasional dan Badan Bukan Kerajaan kawasan Gopeng di sini, Ahad.

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.

"Dalam undang-undang peperangan sekalipun tidak ada yang membenarkan mana-mana penceroboh atau anggota yang terlibat dalam peperangan boleh mencungkil mata, boleh penggal kepala atau memotong anggota tubuh badan.

"Apa yang mereka lakukan ini tidak boleh diterima rakyat Malaysia kerana perbuatan ini tiada belas kasihan," katanya.

Beliau berkata polis bertindak mengikut undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pengganas militan itu.

"ATM (Angkatan Tentera Malaysia) apabila kita berada di barisan hadapan, kita harus musnahkan musuh...kita hormati bidang kuasa yang ada pada polis dan kita serahkan kepada polis dalam menjalankan tugas mengikut perundangan," katanya.

Ahmad Zahid menegaskan mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM dalam insiden pencerobohan itu.

"Kita mahu memperlihatkan kepada masyarakat bahawa di dalam keadaan yang memerlukan polis dan ATM adalah pasukan yang bergerak bersama-sama sebab itu pada sidang akhbar Panglima ATM dan Ketua Polis Negara sentiasa bersama," katanya.

Mengenai tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram III, didakwa dalang pencerobohan itu, beliau berkata Malaysia tidak akan berkompromi dengan pihak tersebut kerana tiada tanda-tanda mereka akan bertindak demikian.

"Saya telah berada di ground zero dan saya dapat merasakan bahawa mereka memang berhasrat untuk terus menduduki kawasan-kawasan diceroboh kerana mereka (pengikut) telah dijanjikan sejumlah wang dan dijanjikan dengan tanah untuk ladang-ladang di Sabah oleh Jamalul Kiram dan pemimpin-pemimpin lain," katanya. - BERNAMA


GR kata: Cari sampai lubang cacing....

80,000 Unit Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat #PR1MA @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik untuk golongan berpendapatan sederhana di Lembah Klang dan Wilayah Persekutuan.

Najib berkata daripada jumlah itu, 50,000 unit rumah akan dibina di Lembah Klang menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), manakala baki 30,000 unit lagi bakal dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di seluruh Wilayah Persekutuan.

"Ini bererti 80,000 unit kesemuanya yang akan dilaksanakan di bawah identiti rumah mampu milik," katanya ketika berucap melancarkan PR1MA Alam Damai Cheras di sini, Ahad.

Perdana Menteri memberi jaminan harga bagi setiap unit rumah yang ditawarkan di bawah projek tersebut adalah dalam lingkungan yang mampu dibeli oleh kumpulan sasar iaitu mereka yang mempunyai pendapatan antara RM2,500 hingga RM7,000 sebulan.


 "Program untuk kategori sederhana ini perlu kerana mereka biasanya terlepas daripada program kerajaan sebelum ini...untuk golongan miskin kita ada program seperti Rumah Rakyat dan kita juga ada program untuk mereka yang tinggal di luar bandar," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa setiap keluarga di Malaysia ingin memiliki kediaman sendiri namun kadang kala hasrat itu dibatasi oleh kemampuan kewangan.

"Impian untuk memiliki rumah ini bukan sesuatu yang tidak realistik atau tidak wajar, malah ia merupakan satu hak rakyat yang mesti dipenuhi di bumi Malaysia yang bertuah ini," katanya.

Najib berkata menyedari akan hakikat itu maka kerajaan telah sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memenuhi impian setiap rakyat termasuk dengan menubuhkan PR1MA yang bertanggungjawab melaksanakan program Rumah Mampu Milik.

"Bila kita kaji perkara ini secara mendalam kita dapati mereka ingin memiliki rumah dan rumah itu mestilah dalam kategori mampu dimiliki oleh mereka.


 "Jika terpaksa bayar ansuran bulanan terlalu tinggi meskipun jika pendapatan besar secara relatif tapi akan hadapi kesempitan daripada segi kewangan pada setiap bulan terutama hujung bulan," katanya.

Najib berkata soal beban kos hidup tidak hanya dihadapi oleh golongan miskin atau berpendapatan rendah, malah ia turut dialami oleh mereka yang berpendapatan pertengahan lebih-lebih jika hidup di bandar.

"Mereka yang menerima pendapatan RM5,000 mungkin hingga RM10,000 pun pada tiap hujung bulan akan hadapi apa yang kita sifatkan 'financially stress' (tekanan kewangan).

"Dalam erti kata lain mereka ini tidak mendapat kelebihan untuk hidup selesa pada setiap hujung bulan," katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian apabila berkata rakyat tidak seharusnya melihat pelaksanaan projek perumahan terutama oleh PR1MA sebagai projek untuk memiliki rumah semata-mata, sebaliknya ia boleh dianggap sebagai 'wealth creation programme' atau 'program pewujudan kekayaan'.

"Jarang ada projek seperti ini. Kalau kita beli kereta hari ini esok akan susut nilai, tapi jika kita dapat rumah PR1MA hari ini esok kita bakal untung 20 hingga 30 peratus...sebab itulah projek ini dapat sambutan yang cukup hangat," katanya.


Mengenai PR1MA Alam Damai, Najib berkata ia merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat penduduk Bandar Tun Razak khasnya dan Wilayah Persekutuan amnya kerana ia membuktikan komitmen kerajaan untuk meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah di bandar.

Malah, Perdana Menteri berkata ia juga seiring dengan pelaksanaan Model Baharu Ekonomi yang diperkenalkan di bawah agenda transformasi negara yang menekankan beberapa prinsip termasuk pengagihan kekayaan dan kemakmuran negara secara sama rata.

"Pertumbuhan ekonomi negara, kesan dan nikmatnya mesti bersifat inklusif dalam erti kata lain tidak ada kelompok sama ada di desa mahupun di bandar, tidak ada komuniti besar atau kecil yang terkecuali daripada mendapat manfaat melalui transformasi negara.

"Orang bandar juga nak rumah yang mampu dimiliki, selesa, berkualiti dan hidup dalam komuniti di mana keperluan disediakan seperti tempat rekreasi, tempat kenduri-kendara dan yang paling penting selamat," katanya.

Najib berkata projek di PR1MA Alam Damai itu yang melibatkan 2,078 unit akan dibangunkan secara usahasama antara PR1MA, Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS) dan pemaju swasta iaitu Transgreen Sdn Bhd. - mStar


GR kata: Terima kasih PM...Janji Ditepati

TERKINI #lahaddatu: 22 MAYAT PENGGANAS DIBAWA KELUAR!


Update terkini pada jam 12,00 tengahari, pasukan keselamatan mengeluarkan kira-kira 22 lagi mayat pengganas Sulu dari kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu dan Semporna serta seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mayat itu dihantar ke Hospital Tawau dan Lahad Datu untuk siasatan forensik dan bedah siasat.

Lelaki tersebut ditembak mati di Kampung Tanjung Batu pada Ahad selepas dua anggota polis cedera dalam insiden berbalas tembakan.

Jumlah anggota keselamatan yang cedera kini meningkat kepada lima orang.

Hamza berkata, enam lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan pengganas itu ditahan, menjadikan jumlah tahanan kini 97 orang.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sementra itu, seramai 125 individu lagi turut ditahan kerana cuba memasuki kawasan operasi.

Hamza berkata, operasi menggeledah di Kampung Tanduo telah selesai dan pasukan keselamatan kini berada pada peringkat akhir untuk mengesan saki-baki pengganas Sulu.


ADUN TEJA BODOH PIANG! PANDAI KONDEM #BL1M TAPI TAK BERANI BUAT!


Haaaaa...sebab apa pemimpin pakatan haprak ini dikatakan sebegini rupa dan memang sepatutnya mereka diberikan gelaran ini. Apa saja perkara yang baik yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat ada saja yang cuba untuk menabur fitnah supaya rakyat akan menjadi curiga.

Ini adalah kerana mereka berasa cemburu sebab tak dapatkan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hanya yang mereka tahu KONDEM, fitnah, ceramah sana sini itu lebih penting. Kebajikan rakyat jatuh diperingkat bawah sekali asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai.

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk golongan muda memiliki sekurang-kurangnya lesen motosikal. Ini adalah kerana masih ramai golongan muda yang tidak mempunyai lesen motosikal disebabkan yuran pendaftaran yang tidak mampu mereka membayarnya.

Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan ini membuatkan puak pakatan haprak panas punggung. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Teja dalam portal menipu rakyat KeadilanDaily ternyata tidak berasas langsung. Kenyataan yang langsung tidak mempunyai fakta dan hentam kromo ini adalah untuk menutup isu kemusnahan negara yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di Lahad Datu. Pengiraan yang dinyatakan oleh ADUN Teja juga tidak masuk akal, ternyata pelik ADUN Teja ni tak buat kerja dulu ker sebelum mengeluarkan suatu kenyataan. 


Di manakah datangnya RM261dan kononnya BL1M ini mengkayakan kroni UMNO? Sedangkan syarikat MYEG ini adalah sebuah syarikat bertaraf Bhd dan sudah lama menjalankan perniagaan mereka. Untuk pengetahuan semua, tiada sebarang kroni dalam program ini. Proses pemilihan melantik vendor untuk menjalan program BL1M ini juga melalui pelbagai tapisan dan tawaran yang diberikan oleh pihak MYEG sangat memberi keuntungan kepada rakyat.

Sehingga hari ini seramai 262,000 telah pun mendaftar dan akan dipanggil untuk menduduki ujian mengambil lesen tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Malaysia dan SHEB yang dipengerusikan oleh Tengku Azman Tengku Zainol Abidin kerana berjaya menjalankan program yang berfaedah untuk golongan muda.

GR ingin cabar pada ADUN Teja dan Anwar Ibrahim. Jika betul ada penyelewengan tunjukkan bukti yang sah. Biar rakyat semua tahu jangan main cakap sedap ikut. PKR diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO.

Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.

Sebanyak 5 ribu dalam sehari maklumat pendaftaran BL1M dikemaskinikan


GR kata: U tak berani Bang Non...I saman U!! Kih kih kih

Artikel pelbagai