Showing posts with label BL1M. Show all posts
Showing posts with label BL1M. Show all posts

Monday, March 11, 2013

ADUN TEJA BODOH PIANG! PANDAI KONDEM #BL1M TAPI TAK BERANI BUAT!


Haaaaa...sebab apa pemimpin pakatan haprak ini dikatakan sebegini rupa dan memang sepatutnya mereka diberikan gelaran ini. Apa saja perkara yang baik yang mendatangkan kebaikan kepada rakyat ada saja yang cuba untuk menabur fitnah supaya rakyat akan menjadi curiga.

Ini adalah kerana mereka berasa cemburu sebab tak dapatkan berikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hanya yang mereka tahu KONDEM, fitnah, ceramah sana sini itu lebih penting. Kebajikan rakyat jatuh diperingkat bawah sekali asalkan matlamat mereka untuk ke Putrajaya tercapai.

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk golongan muda memiliki sekurang-kurangnya lesen motosikal. Ini adalah kerana masih ramai golongan muda yang tidak mempunyai lesen motosikal disebabkan yuran pendaftaran yang tidak mampu mereka membayarnya.

Disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan ini membuatkan puak pakatan haprak panas punggung. Kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN Teja dalam portal menipu rakyat KeadilanDaily ternyata tidak berasas langsung. Kenyataan yang langsung tidak mempunyai fakta dan hentam kromo ini adalah untuk menutup isu kemusnahan negara yang dibuat oleh Anwar Ibrahim di Lahad Datu. Pengiraan yang dinyatakan oleh ADUN Teja juga tidak masuk akal, ternyata pelik ADUN Teja ni tak buat kerja dulu ker sebelum mengeluarkan suatu kenyataan. 


Di manakah datangnya RM261dan kononnya BL1M ini mengkayakan kroni UMNO? Sedangkan syarikat MYEG ini adalah sebuah syarikat bertaraf Bhd dan sudah lama menjalankan perniagaan mereka. Untuk pengetahuan semua, tiada sebarang kroni dalam program ini. Proses pemilihan melantik vendor untuk menjalan program BL1M ini juga melalui pelbagai tapisan dan tawaran yang diberikan oleh pihak MYEG sangat memberi keuntungan kepada rakyat.

Sehingga hari ini seramai 262,000 telah pun mendaftar dan akan dipanggil untuk menduduki ujian mengambil lesen tersebut. Tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Malaysia dan SHEB yang dipengerusikan oleh Tengku Azman Tengku Zainol Abidin kerana berjaya menjalankan program yang berfaedah untuk golongan muda.

GR ingin cabar pada ADUN Teja dan Anwar Ibrahim. Jika betul ada penyelewengan tunjukkan bukti yang sah. Biar rakyat semua tahu jangan main cakap sedap ikut. PKR diberi masa seminggu untuk memohon maaf dan menarik balik tuduhan pemimpin-pemimpin parti itu kononnya program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) adalah projek memberi kekayaan kepada kroni UMNO.

Pemuda UMNO dan syarikat vendor yang mengendalikan BLIM, MYE.G. Services Bhd. (MYEG) akan merujuk kepada peguam masing-masing untuk mengambil tindakan undang-undang jika PKR gagal berbuat demikian.

Sebanyak 5 ribu dalam sehari maklumat pendaftaran BL1M dikemaskinikan


GR kata: U tak berani Bang Non...I saman U!! Kih kih kih

Monday, October 22, 2012

#BL1M: Anak Muda Boleh Dapat Lesen PERCUMA! @NajibRazak @SHEBMALAYSIA @umbkl


PEKAN 21 Okt. - Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah ini menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.

Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.

"Saya ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO menerusi SHEB yang diketuai Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang menjalankan program perintis ini," katanya.

Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.

"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.

"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.

Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Program Perintis BL1M Lesen B2 tersebut.

Sementara itu, bagi penerima BL1M, Mohd. Hazwan Abd. Halim, dari Kuala Pahang di sini, dia tidak menyangka akan memperoleh lesen memandu yang diidamnya selama ini secara percuma.

"Saya gembira dan tidak menyangka kerajaan akan memperkenalkan program seperti ini kerana selama ini hanya diumumkan bantuan buku atau pakaian sekolah.

"Tetapi kali ini lesen turut diberikan percuma. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ," katanya yang merupakan seorang juruteknik.

Bagi Nur Afifah Abu Talib, 21, dari Kampung Padang Polo di sini, program BL1M itu berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki lesen memandu.

"Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki lesen memandu kerana masalah kewangan.

"Saya juga tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya sendiri," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut.

Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan program Jom Check Mata kendalian Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pergerakan UMNO Bahagian Pekan.

Menerusi program itu, kira-kira 1,200 orang hadir membuat pemeriksaan dan sebanyak 451 orang menerima cermin mata masing-masing secara percuma.

Dalam pada itu, seorang penerima cermin mata, Riana Fitri Lukman, 19, berkata, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma dapat mengurangkan beban terutama golongan yang kurang berkemampuan.

"Kos membuat cermin mata pada masa kini boleh dikatakan agak tinggi dan saya lihat program seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar seperti saya.

"Sehubungan itu, saya harap program bermanfaat seperti ini wajar diteruskan demi kesejahteraan rakyat," katanya. - Utusan


GR kata: Dah dapat lesen jangan nak salahgunakan pulak yer...

Artikel pelbagai