Monday, March 11, 2013
SALASIAH BETUL KER SABAH MILIK KESULTANAN SULU?
Ya!!! Memang benar! Sejarah telah membuktikan Kesultanan Sulu pernah memerintah Sabah. Akan tetapi lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu dan Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram terlupa sesuatu, "baginda" atau dia mungkin terlupa pada tahun 1878, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian dengan Syarikat Borneo Utara British (SBUB) dan akhirnya bersetuju untuk "menyewakan" negeri Sabah (Borneo Utara) kepada SBUB dan akhirnya menyerahkannya kepada British (Sebelum pembentukan Malaysia).
Yang menariknya, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah dijajah oleh Jepun? Jika benar "Baginda" mempunyai hak di Sabah, adakah "baginda" pernah menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan Sabah? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Malah sebelum Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintahan baginda di Borneo Utara kepada Filipina yang ditadbir Presiden Macapagal pada 12 September 1962 untuk menghalang pembentukan Malaysia. Ini secara tidak langsung menunjukkan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" dan bersikap "lepas tangan" dan akhirnya pada 1989 kerajaan Filipina telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia.
Malah sehingga sekarang, Kerajaan Malaysia tetap & masih membayar Rm5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, tetapi "baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "baginda" berhak mendapat 50% wang hasil ekonomi Sabah. Mungkin "Baginda" belum sedar yang penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "baginda" sebagai Sultan Borneo Utara lagi kerana Sabah sekarang adalah milik penduduk Sabah dan bukannya milik kesultanan Sulu lagi.
Dan perkara yang paling menjadi persoalan sekarang adalah :
Mengapa baru sekarang "Baginda" yang sudah berumur 70 tahun baru terhegeh-hegeh hendak menuntut kembali 'Hak' ke atas Sabah?
Mengapa 'Baginda' tidak melakukannya sejak awal-awal lagi??
Mengapa 'Baginda' memilih waktu sekarang? Kenapa????
GR kata: Renung-renungkan...jangan terpedaya dengan tipu helah Anwar dan sekutunya. Musuh negara harus dihapuskan serta merta.
Sunday, March 10, 2013
PRIHATIN! ANAK KECIL HILANG, BANTUAN MENCARI DIPERLUKAN! @PDRMsia
Kepada semua pembaca yang berada di pantai timur mahu pun di mana saja, marilah kita bantu keluarga ini. Jika terjumpa adik kecil ini segeralah laporkan pada pihak Polis atau pun terus telefon keluarga ditalian yang tertera di bawah :
Yusma Aliff
"Assalamulaikum kwn2..saya ingin minta pertolongan dan kerjasama anda...anak buah saya hilang di Terengganu dalam pukul 11 pagi tadi. Kalau ada nampak tolong lapor di balai polis berdekatan atau hubungi saya di no 0179782756.
"Nama dia Sarah. Umur 2tahun..kerjasama anda amat saya hargai..."
UPDATE NEWS #lahaddatu: LANUN SULU KURANG AJAR NAK BAKAR DAN BUNUH ORANG KAMPUNG!
Tragedi berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Seri Jaya, Simunul di sini menakutkan penduduk kampung selepas mereka mendengar khabar angin kumpulan pengganas itu merancang MEMBAKAR kampung mereka.
Seorang penduduk, Nazmah Datugis, 40, berkata, sejak tercetus khabar angin itu, dia dan ahli keluarga membuat keputusan meninggalkan kampung itu buat sementara kerana bimbang dengan khabar angin tersebut.
“Kami terpaksa meninggalkan rumah kerana kumpulan tersebut tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh,” kata Nazmah yang sedang berkemas untuk meninggalkan kampungnya semalam.
Wandi Ipong, 52, pula berkata, khabar angin sejak kelmarin itu membuatkan dia dan penduduk kampung berasa tidak selamat walaupun menyedari pihak polis memberi jaminan keadaan di kampung tersebut masih terkawal.
“Kami dan beberapa penduduk tidak sanggup menanggung risiko untuk terus tinggal di sini,” kata Wandi.
Tambah Wandi lagi, dia dan keluarga akan berpindah buat sementara waktu ke rumah kenalannya di kampung berhampiran dan hanya akan pulang semula selepas keadaan benar-benar aman.
Sementara itu, Ketua Kampung Seri Jaya, Panglima Ramlee Saraman berkata, beliau tidak dapat menghalang tindakan beberapa penduduk yang ingin berpindah ke tempat lain.
“Saya sudah menasihati semua penduduk supaya bertenang namun ada sebahagian penduduk tetap mahu pindah,” kata Ramlee.
Sementara itu, tinjauan di pekan Semporna mendapati walaupun keadaan tenang namun penduduknya hidup dalam keadaan berjaga-jaga.
Beberapa kedai dilihat hanya membuka separuh premis untuk urusan perniagaan.
Selain itu, difahamkan, sebahagian nelayan turut enggan turun ke laut kerana bimbang dengan kejadian berdarah yang merebak ke sini.
Seorang nelayan, Ibrahim Jailani, 40, berkata, nelayan-nelayan terutamanya dari Kampung Seri Jaya mengambil keputusan untuk tidak menangkap ikan sejak Sabtu lalu.
“Jika esok keadaan lebih tenang, baru nelayan bercadang turun ke laut. Hasil tangkapan ikan merupakan sumber pendapatan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui semalam.
Bagi Abdullah Sapayani, 55, pula, walaupun tiada serangan terbaharu di pekan ini namun penduduk masih berada dalam ketakutan.
“Tindakan polis menyerbu dan menembak balas tindakan kumpulan pengganas yang membunuh anggota polis merupakan tindakan tepat,” kata Abdullah.
Seorang suri rumah, Norpaidah Samat, 40, berkata, sejak tinggal di sini pada tahun 1970, ini merupakan insiden berdarah pertama yang dilaluinya.
Sejak tercetus pergolakan itu, Norpaidah berkata, dia sekeluarga terpaksa menggunakan tilam dan kusyen tempat duduk untuk diletakkan di dinding rumah sebagai benteng.
“Saya takut. Anak-anak saya juga ramai yang masih kecil,” katanya. – Kosmo
GR kata: Agenda Anwar nak huru harakan negara, lepas tu lepas tangann. Baguslah pemimpin bertopengkan Iblis!
UPDATE NEWS #lahaddatu: 2 ANGGOTA KESELAMATAN DITEMBAK BUKTI KIRAM 3 PEMBOHONG!!
11.05 pg - Pengawasan di Kawasan Operasi pihak keselamatan di kawasan hutan dara yang menjadi tempat musuh bersembunyi. Pertempuran malam tadi membuktikan penceroboh tidak berniat untuk melakukan genjatan senjata
11.00 - Sidang akhbar pagi dilakukan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib:
- Anggota yang tercedera berusia 25 tahun dan dihantar ke Hospital Sandakan
- Menafikan tindakan kejam dan tidak berperikemanusian kepada rakyat Filipina di Sabah.
- kematian di pihak penceroboh tidak dapat dipastikan bagi pertempuran malam tadi yang tamat pada jam 4 pagi
- mayat-mayat penceroboh masih tidak dapat dikeluarkan kerana keadaan masih merbahaya di kawasan pertempuran
- Anggota yang tercedera dari PGA Batalion Miri yang ditembak seorang di bahagian betis dan seorang di bahagian peha- "Orang awam" yang memasuki zon Merah seramai 60 orang juga ditahan
- Malam tadi pukul 8 malam anggota keselamatan bertempur selama enam jam dan dua anggota keselamatan cedera. Pertempuran berlaku di Tg. Batu
- 85 orang ditahan bagi membantu siasatan (tali barut penceroboh)
10.10 pg - PDRM menimbang untuk menambah anggota keselamatan di Lahad Datu dan Pantai Timur Sabah
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan membina sebuah pondok kawalan di Felda Sahabat bagi membanteras kegiatan pencerobohan dan pelanunan di perairan kawasan
GR kata: Doakan anggota keselamatan sentiasa dilindungi Allah S.W.T dalam misi pertahankan negara.
FUHHH...SEKSANYA BAJU NASHA AZIZ NIE!!
Walaupun sudah beberapa bulan berlalu namun kisah mengenai gambar intim model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz, 42, bersama seorang jejaka sewaktu di sebuah konsert sempena sambutan malam tahun baru yang lalu, masih hangat diperkata ramai. Bertebaran gosip mendakwa jejaka itu adalah Nur Iman Tang (Iman Tang), lelaki yang pernah dikaitkan dengan selebriti jelita ini, satu ketika dulu.
Bertemu dengan Nasha pada majlis pertunjukkan fesyen sempena pelancaran perisa terbaru ais-krim Magnum, Malaysian Digest.com berkesempatan bertanyakan kepada empunya badan mengenai sejauh mana kebenaran dakwaan cintanya bersama lelaki itu kini kembali bertaut.
“Oh, tentang gambar itu, sudah lama. Kebetulan dia ada terlibat dengan konsert itu. Saya pula suka tengok konsert, jadi kami pergi bersama.
“Antara kami tidak pernah ada ikatan apa-apa, jadi tidak timbul soal saya kembali semula pada dia dan sebagainya. Perhubungan kami adalah sebagai teman rapat. Kawan adalah kawan. Saya mempunyai ramai kawan dan dia salah seorang teman rapat saya”, katanya Nasha Aziz.
Manakala mengulas pula tentang aksi mereka sewaktu di konsert tersebut yang dilihat cukup mesra bagaikan pasangan kekasih, kata pelakon yang pernah membintangi filem Laila Isabella ini,
“Tentang itu? Saya memang suka orang mengambil berat dan menyayangi saya. Saya enjoy dengan orang di sekeliling saya”, ujarnya.
Nasha juga mengakui dia kini masih solo dan seorang yang cukup memilih baik soal percintaan mahupun hal-hal yang berkaitan dengan kariernya.
“Saya masih solo. Memang saya seorang yang memilih. Itu memang prinsip saya seajk dari dulu. Kalau nak kata ‘mr. right now’, memang banyak… tapi kalau ‘mr. right forever’, setakat ini saya belum jumpa lagi”, katanya dengan nada bergurau. - MD
GR kata: Sapela yang dapat kahwin dengan Nasha nie kan? Hi hi hi
Subscribe to:
Posts (Atom)




