Tuesday, February 5, 2013
Tahniah Datuk Raja Ideris Bagi Laluan Pada Orang Muda!!
Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lalu, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.
"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.
Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke DUN Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilanda 'tsunami' politik ketika itu.
Pada Pilihan Raya Umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon PAS, Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.
Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata, perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.
Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.
Raja Ideris berkata, pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.
"Apa yang penting pada ketika ini, UMNO dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi dan kerja kuat untuk parti," katanya. - BERNAMA
GR kata: Tahniah Datuk kerana yakin dengan kepimpinan orang muda. BN Pilihan Orang Muda!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
HOT: @Khalid_Ibrahim Bubar DUN Awal Sebab Angkat Bendera Putih!!
Hajat MB Selangor untuk membubarkan Dun Selangor pada 26 Feb 2013 adalah langkah yang terbaik, tatkala Selangor sedang dilanda kemelut air yang sangat serius. Menabalkan sebuah kerajaan yang baru semakin tidak dapat dielakkan dengan kegagalan Khalid Ibrahim menyelesaikan masalah air Selangor dengan tuntas.
Krisis air yang melanda kawasan Ampang, Pandan dan Gombak dua minggu lalu adalah permulaan kepada seriusnya krisis air Selangor yang dijangkan akan bermula pada 2014.
Hasrat Khalid yang akan membubarkan Dun Selangor merupakan usaha terdesak MB yang semakin tidak dapat menahan tekanan dalaman dalam polemik kuasa dalam PKR. Semua tahu bagaimana puak Azmin merasa tidak senang bila Wan Azizah berhasrat untuk bertanding di Dun Sementa atau Bukit Melawati. Kini Azmin dan Wan Azizah sedang bersiap-siap 'memasang badan' sebagai bakal peneraju kerajaan Selangor pasca PRU 13.
Hasrat Khalid untuk melakukan 'stunt' juga boleh dilihat amat canggung kerana Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, negeri-negeri pakatan ini tidak berhasrat membubarkan Dun mereka lebih awal dari Dewan Rakyat.
Adakah Khalid sebenarnya sudah buang tabiat? Itu tanda-tanda orang yang sudah membayangkan kejatuhan nya semakin dekat.
Apa pun setelah lebih 4 tahun 10 bula pakatan PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor, nyata mereka adalah sebuah kerajaan negeri yang gagal.
Krisis dan skandal air, banjir, sampah, jalan berlubang, pasir, TALAM, UNISEL, KUIS, Yayasan Selangor, PKNS, Exco Telanjang, Penasihat Ekonomi seorang peliwat, rumah urut yang melimpah ruah adalah fenomena era Khalid - Anwar 2008-2013 di negeri Selangor.
Rakyat Selangor berhak untuk memilih sebuah kerajaan yang lebih baik serta seorang MB yang lebih bertanggungjawab dalam tahun-tahun yang mendatang.
Hamidzun Khairuddin
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam
2 Feb 2013.
Sumber: GAP
ASTAGA!! ADA JUGA MAK BAPAK PERANGAI KUTUK MACAM NIE!!
KUALA LUMPUR - Gara-gara ketagih judi, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan anak-anak mereka berusia antara empat hingga 16 tahun di rumah untuk melakukan kegiatan haram itu.
Bagaimanapun, kegiatan pasangan itu terbongkar setelah mereka ditahan polis dalam serbuan Ops Dadu di sebuah premis judi di pusat perniagaan Metro Prima, Kepong di sini malam tadi.
Dalam serbuan pukul 8.30 malam itu, sepasukan anggota Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) telah menyerbu empat buah premis di kawasan itu dan turut menahan lima penjaganya serta tiga pelanggan termasuk pasangan terbabit.
Deputi Supritendan Azman Mohd. Isa berkata, polis turut merampas 127 buah komputer dan wang tunai berjumlah RM1,110 yang dipercayai digunakan bagi tujuan berjudi.
Polis percaya kegiatan judi si kawasan ini semakin kurang mendapat sambutan berdasarkan jumlah tangkapan pelanggan.
Pelanggan yang ditahan ialah pasangan suami isteri dan seorang lelaki warga tempatan," katanya ketika ditemui selepas operasi itu di sini hari ini. - UTUSAN
GR kata: Kesian nasib anak-anak....
Monday, February 4, 2013
ADAKAH PEMIMPIN PAS INI BAKAL MENERIMA NASIB MACAM UST NASHA??
GR difahamkan bahawa pencacai-pencacai taksub PAS mengamuk sakan, panas pungkoq bila dapat tahu Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ust. Azizan Razak dilihat menghadiri dan memberi sokongan pada program yang dianjurkan oleh YAB PM dan Kerajaan Pusat semalam..
Kita tunggu dan lihat saja nanti, sama ada Ust Azizan akan menerima nasib yang sama macam Hassan Ali dan Ust Nasha yer... Kah kah kah
GR kata: Perkara yang baik semua orang akan suka buat, bukan macam Bang Non yang tak baik tu dia sanjung tinggi. Isk isk isk....
HOT: OSTAD @tianchua SENGAJA NAK 'KUBURKAN' PAS!!
Sudah jelas lagi nak bersuluh, pengabungan PAS dalam Pakatan Pembangkang hanyalah dijadikan sebagai kambing hitam. Tapi Nik Aziz dan Hadi Awang masih cuba untuk COVERLINE bahawa hubungan PAS dengan DAP dan PKR baik-baik saja.
Apa yang baik tu yer? Kalau ada pemimpin-pemimpin yang menyokong perkara yang baik seperti yang dituntut oleh Islam tapi PAS memecat mereka.
Baru-baru ini seorang pemimpin PAS jatuh sakit masuk hospital. Tian Chua seorang pemimpin yang kita semua tau memang kurang ajar telah menabur fitnah menyatakan pemimpin tersebut telah meninggal dunia.



