Monday, September 17, 2012

Inilah Dia Si Penghasut No. 1 Negara! Malaysia Bakal Hancur Ditangan Beliau!!

Walaupun isu PTPTN ini agenda yang boleh dikira lapok tapi ianya harus dipandang serius oleh semua lapisan masyarakat. Jika kita lihat dan dengar dalam setiap ceramah-ceramah Anwar & The Geng perkara yang sama diceritakan oleh mereka. Tidakkah pembaca fikir logiknya apa yang disampaikan oleh mereka...mereka cuma mahu mengkaburi mata dan fikiran rakyat dengan penipuan yang diberikan.

Oleh itu pendedahan oleh akhbar Cina, Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata. Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma. Percuma dari segi ape? Anwar lupa ker Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya. Mana logiknya untuk  Anwar mempraktikkan pendidikan percuma? Jika ingin berikan pendidikan percuma kenapa nasib pelajar-pelajar di bawah Yayasan Selangor jadi begitu teruk? Untuk pengetahuan semua, zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan. Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengaburi mata rakyat dengan 'Janji Manis' beliau.

Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap diusung oleh Anwar & The Geng sudah dianggap seperti si penjual ubat & makjun kesihatan dijalanan (lebih kurang dalam cerita P.Ramlee - Do Re Mi). Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk diguna pakai. Dari sudut lain pula, bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui, apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab?

Walhal, jika PTPTN itu membebankan, lebih baik dari awal lagi dijauhi. Anwar lupa, majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya. Baik Melayu, Cina, India, kadazan, Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula. Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya, mereka akan bercakap perkara yang sama - hutang wajib dibayar.

Kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri, mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar. Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN, itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.

Jelaslah, Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman. Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan pembangkang yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab. Semua juga sedia maklum, PTPTN juga akan bertukar kepada biasiswa kepada pelajar yang berjaya dalam pelajaran mereka dengan mendapat 3.6 pointer ke atas. So....belajarlah rajin-rajin, kalau dapat benda FREE sekali pun pelajar boleh success dalam pelajaran ke? Renung-renungkanlah....

GR kata: Negara perlukan kualiti bukannya kuantiti dalam pembangunan negara maju...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tahniah! MPS Cipta Rekod Baru!!

PULAU REDANG 16 Sept. - Sambutan Hari Malaysia hari ini lebih meriah selepas sembilan penyelam skuba Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berjaya menaikkan Jalur Gemilang terbesar dari dasar laut.

Jalur Gemilang yang mempunyai ukuran 9.43 x 4.13 meter itu dinaikkan pada pukul 10 pagi oleh penyelam skuba berkenaan sambil dibantu oleh krew Pusat Selam Skuba Sea Monkey dari kedalaman 7 meter di pantai Teluk Kalong di sini. Program sempena sambutan Hari Malaysia itu turut tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR) dan sekali gus memadamkan rekod terdahulu yang pernah dilakukan pada 2010.

Pengarah Program 'Malaysia Day Dive 2012' MPSepang, Mohamad Firdaus Mohamad Marji berkata, penganjuran program itu sedikit sebanyak memberi ingatan kepada para peserta mengenai kedaulatan negara selain kebanggaan Jalur Gemilang sebagai panji-panji Malaysia.

"Kejayaan yang kami lakukan ini menunjukkan apa pun terjadi, Jalur Gemilang yang menjadi kebangaan setiap rakyat Malaysia harus dipertahankan demi kedaulatan negara dalam apa jua situasi. "Walaupun sukar seperti selam skuba, namun dengan usaha yang dijalankan, Jalur Gemilang berjaya dikibarkan (dinaikkan) dari dasar laut," katanya di sini hari ini.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Taman Laut, Kamaruddin Ibrahim dan dianjurkan bersama oleh Kelab Sukan dan Kebajikan MPSepang, Jabatan Taman Laut, Pusat Selam Skuba Sea Monkey dan diiktiraf oleh MBOR. Keseluruhan laporan langsung program ini boleh diikuti secara langsung di Utusan Online di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pg=special/CIL/malaysia_day_dive.html. - UTUSAN

GR kata: Tahniah MPS cipta rekod baru...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, September 16, 2012

Hasrat Anak Muda Ini Pada 16 Sept. Lebih Hebat Dari Hasrat Anwar Ibrahim!!

ATAS minatnya yang mendalam terhadap sukan bola sepak, seorang anak Malaysia yang lahir pada 16 September, Mohamad Faiz Mohamad Samuri amat berharap bahawa sejajar dengan kemajuan negara pada masa kini, prestasi sukan bola sepak juga akan meningkat naik.

“Saya amat berharap Malaysia dapat mengulang semula kejayaan dalam bidang sukan terutama bola sepak seperti zaman kegemilangan Allahyarham Mokhtar Dahari yang pernah menjadi juara Pesta Bola Merdeka yang turut disertai banyak negara seperti kuasa besar bola sepak Asia sekarang, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi. Ketika itu negara kita amat disegani di rantau Asia," katanya.

“Tetapi malangnya, setelah bola sepak negara merudum ke tahap yang amat teruk, Pesta Bola Merdeka jatuh tarafnya sehingga disertai oleh beberapa kelab luar negara sahaja,” kata Faiz kepada Sinar Harian Online.

Pemuda yang bekerja sebagai jurutera teknologi maklumat di Shah Alam ini juga berharap atlet-atlet negara masa kini lebih menumpukan kepada untuk mengharumkan nama negara, selain tidak terlalu ghairah mengejar glamor serta wang ringgit dalam meneruskan perjuangan dalam bidang sukan.

“Itu sajalah harapan saya aga dapat melihat Malaysia layak untuk bertanding di temasya Piala Dunia," katanya lagi.

“Selain itu, saya turut kagum dengan pencapaian cemerlang atlet negara pada kejohanan Olimpik baru-baru ini, di mana atas semangat kesukanan serta keazaman yang tinggi akhirnya, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong berjaya menyumbangkan pingat buat negara,” katanya.

Bercakap mengenai keadaan Malaysia hari ini, Faiz menjelaskan, “saya lihat hanya di sini kita boleh lihat keharmonian antara tiga kaum utamanya terjalin mesra." "Saya rasa perkara ini tidak berlaku di mana-mana negara," kata beliau.

“Oleh sebab itu, saya berasa bersyukur hidup di bumi bertuah ini dan saya juga amat mengagumi kepimpinan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Bagi saya mereka merupakan pencetus kepada kemajuan ekonomi kaum Melayu khususnya dan kita lihat sekarang semakin ramai orang Melayu terlibat dalam bidang perniagaan sejajar dengan hadis Rasulullah SAW, ‘sembilan daripada 10 sumber rezeki datangnya daripada perniagaan’,” katanya.

Sementara itu, ketika diajak berbicara mengenai pandangannya mengenai generasi muda dan belia kini yang semakin terhakis nilai-nilai budaya timur dan lebih senang terikut dengan budaya luar, Faiz menjelaskan, “perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan sewajarnya semua pihak harus berganding bahu untuk menyemai kembali nilai serta sifat-sifat positif kepada generasi masa kini kerana merekalah yang akan mencorak masa depan negara pada masa akan datang."

“Antara penekanan yang boleh dilakukan adalah dengan memberi kursus seakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), yang tidak hanya terhad kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, sebaliknya diberi kepada semua lapisan masyarakat agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat di hati dan sanubari mereka,” katanya. - SH

GR kata: Hasrat Anwar pada 16 Sept asyik membohong jer..... Selamat Hari Malaysia!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tak Puas Hati Bawa Bincang, Jangan Sabotaj Parti - @Zahid_Hamidi

ROMPIN - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hampir semua masalah dalaman yang dihadapi Umno di kesemua 222 kawasan Parlimen berjaya diselesaikan. Beliau berkata kejayaan itu dicapai hasil kerjasama semua pucuk pimpinan parti yang diketuai Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang bagi menyelesaikan masalah dalaman itu.   

Mengambil contoh di Perak, beliau berkata kekalahan semasa pilihan raya umum ke-12 pada 2008 adalah disebabkan masalah dalaman yang berlaku di tujuh kawasan Dewan Undangan Negeri.   

"Sekarang hanya tinggal 10 peratus sahaja kawasan yang masih ada masalah dalaman...jangan nanti bila calon dah ditentukan oleh pemimpin, ada rasa tidak puas hati dan akan menimbulkan masalah baru pula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Rompin di sini hari ini.   

Dalam pada itu beliau menasihati anggota parti agar tidak berasa selesa dengan kedudukan Umno sekarang dan hanya melayan masalah dalaman sehingga mengabaikan akar umbi jika mahu menang pada pilihan raya umum ke-13 kelak.   

"Jika ada perkara yang tidak puas hati perlu berbincang, perpaduan dalam parti adalah penting bagi memastikan kita dapat semula majoriti dua pertiga dan tawan kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang," katanya.   

Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan dibina di kawasan antara Rompin-Pekan, bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut. - Bernama

Published with Blogger-droid v2.0.9

SELAMAT HARI MALAYSIA, SAYANGILAH MALAYSIA!


Seorang Wartawan bertanya kepada seorang remaja.

“Apa yang adik faham dengan Hari Malaysia?”, tanya Wartawan.

“Emmm.. Tak tahu la. Saya tahu makan je. Hehe.”, jawab remaja itu tanpa rasa bersalah.

Wartawan itu bertanya pula kepada seorang pemuda lain yang berada di situ. “Apa yang saudara faham dengan Hari Malaysia?”.

“Hari Malaysia tak penting bagi saya, sebab bos saya susah nak bagi cuti. Asyik kerja, kerja, kerja!”, jawab pemuda itu dengan perasaan tidak puas hati!

Fenomena golongan muda buta sejarah negara memang amat membimbangkan. Mungkin  kerana telah selesa dengan kesenangan yang diperolehi, sehingga lupa dengan jerih pedih golongan terdahulu mempertahankan negara. Mungkin juga selalu terlelap semasa kelas Sejarah di sekolah!

Itulah resam manusia, kita kebiasaannya tidak pandai menhargai jika bukan kita sendiri yang mengusahakannya. Setuju tak?

SEJARAH HARI MALAYSIA

Pada tanggal 16 September 1963, Tanah Melayu (semenanjung), Borneo Utara (Sabah), Serawak dan Singapura telah diisyitiharkan sebagai sebuah negara yang diberi nama MALAYSIA. Pengisytiharan itu dilakukan di Stadium Merdeka. Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

Pembentukan ini dirancang pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia telah memperlambatkan pengisytiharan kepada 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan referendum di Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

16 September setiap tahun adalah hari cuti am di Sabah. Mulai tahun 2010, 16 September dijadikan hari cuti am di Malaysia.

Nasihat GR kepada mereka-mereka yang selalu menghina negara, tak perlu menghina jika berasa benci. Jika benci, duduk sajalah di planet Pluto! Insya-Allah, tiada yang mengacau anda di sana!

Al-Fatihah buat pejuang-pejuang negara yang bertungkus-lumus membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Kita doakan supaya Malaysia terus dalam keadaan aman dan damai, tiada persengketaan politik yang terlampau dan terhindar dari anasir-anasir jahat yang berusaha menjatuhkan negara....

 Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947. Al-Fatihah

Artikel pelbagai