Monday, December 19, 2011

BONGKAR: SIAPA SEBENARNYA AZMIN ALI!!??

Azmin ketika berusia 17 tahun

Azmin Ali dilahirkan dalam keluarga yang tidak kaya. Bapanya, Haji Ali bin Omar, seorang pesara tentera dan guru agama mengajar al Quran dan ibunya hanya seorang surirumah. Mereka sekeluarga menetap di Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur.

Untuk menyara kehidupan ketika Azmin berusia 17 tahun, dia terpaksa bekerja sebagai peladang dan pengembala kambing.


Menjadi ‘Anak Angkat’ Dr Mahathir


Azmin cemerlang dalam pelajarannya. Pada tahun 1986 berjaya memasuki Universiti Minnesota, Amerika Syarikat. Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia telah menerima sepucuk surat daripada Timbalan Naib Canselor Universiti Minnesota, Dr.Robert Heller yang menyokong Azmin Ali diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia.

Untuk mengesahkan kebenaran surat daripada Universiti Minnesota itu, Dr Mahathir menghantar duta Malaysia di sana untuk menyelidik kebenarannya.
Surat itu sahih dan Dr Mahathir mengambil Azmin sebagai ‘anak angkatnya’. Ketika itu riuh sekampung, bangga Azmin satu-satu anak Melayu yang berjaya menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia.

Dalam usia 23 tahun pada tahun 1987, Azmin kembali ke Malaysia dan bekerja sebagai Pegawai Khas kepada PM. Ketika bertugas di pejabat PM, Azmin tersempak dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Menteri Pendidikan.

Anwar secara peribadi tertarik dengan keperibadian Azmin. Seorang lelaki muda, berusia 23 tahun, tinggi, kulit putih, muka licin dan berpakaian kemas.

Lantas Anwar memberitahu Dr Mahathir bahawa beliau berminat ‘meminjamkan Azmin untuk beberapa bulan’ di pejabatnya kerana menggantikan Nasaruddin Jalil, Setiausaha Sulitnya yang memohon cuti untuk melanjutkan pelajaran ke London.

Dapat Wang Besar Jadi Setiausaha Anwar


Semasa bekerja dengan Anwar, Azmin dilayan cukup istimewa dengan kemewahan wang ringgit, hinggakan apabila Nasaruddin kembali bertugas di pejabat Anwar, Azmin tidak mahu lagi kembali bertugas di pejabat PM.

Bermula dengan jawatan Pembantu Khas kepada Anwar, dari 1 Oktober 1987 – 3 April 1989, akhirnya Azmin dilantik sebagai Setiausaha Sulit Anwar di Kementerian Pendidikan berkuatkuasa pada 4 April 1989 dan seterusnya disambung kontrak ketika Anwar menjawat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jawatan terakhirnya kekal sebagai Setiausaha Sulit sehingga ke tarikh pemecatan Anwar pada 2 September 1998.

Semasa menjadi Pegawai Khas Anwar, pada 8 Ogos 1988, Azmin mengahwini Shamshida Taharin, kenalan wanitanya ketika sama-sama menuntut di Universiti Minnesota.

Dr Mahathir selaku PM sanggup hadir ke Kelang Gate Setapak Kuala Lumpur untuk meraikan pasangan pengantin itu. Anwar, selaku Menteri Pendidikan ketika itu juga turut hadir. Ketika itu, Anwar sudah merenung tepat kepada Shamshida, kata Ummi.


Rahsia besar Azmin Ali

Ummi mendakwa ‘ada rahsia besar’ yang Nasaruddin (arwah) beritahunya berkenaan Azmin-Anwar yang dia tidak akan dedahkan di blog, tetapi akan mendedahkan di mahkamah dengan memanggil seorang saksi. Menurutnya lagi, ketika bulan pertama Azmin bekerja dengan Anwar, dia membawa pulang sejumlah wang bernilai RM300,000, wang tunai yang dibungkus dalam kertas surat khabar. Wang itu hadiah daripada seorang tokey balak Sarawak, bernama Wong yang merupakan kenalan rapat Anwar. Oleh kerana kali pertama Azmin mendapat hadiah wang besar, dia menggigil ketika itu dan meminta nasihat abang iparnya, Said, yang merupakan pekerja salah sebuah bank. Azmin bertanya abang iparnya, bagaimana mahu menyimpan wang sebanyak itu supaya tidak dikesan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Tidak lama selepas itu, Azmin membuat keputusan semua pemberian hadiah wang itu diletakkan ke dalam akaun isterinya, Shamshida Taharin. Selepas itu, semakin banyak lambakan wang disalurkan ke akaun Shamshida, bayangkan di usia 25 tahun, Azmin sudah menjadi jutawan. Semuanya hasil pemberian Anwar.

Ummi turut menceritakan betapa sayangnya Dr Mahathir kepada Azmin, hinggakan semasa Azmin menjalani pembuangan satu buah pinggang di Hospital Tawakal, Dr Mahathir sering datang melawat.

“Walaupun dia (Dr Mahathir) sibuk sebagai PM. Aku dan mak cukup terharu, satu insiden di mana di depan mata mata kami Dr Mahathir sanggupkan lapkan badan kau dengan tuala suam di seluruh badan kau selepas pembedahan".

“Bergenang air mata kami, sifat mulia seorang doktor yang begitu terserlah sehingga terlupa bahawa dia (Dr Mahathir) adalah seorang Perdana Menteri yang dikagumi di seluruh dunia”, kata Ummi.


Azmin sungguh biadap kerana beliau jugalah yang menyumpah agar Dr Mahathir mati cepat ketika bekas Perdana Menteri itu menjalani rawatan baru-baru ini.


“Malu kami sekeluarga, kerana ketika dia (Azmin) sakit Dr Mahathir lapkan badannya, arahkan pihak hospital menyediakan doktor tebaik, makanan terbaik, ubat terbaik. Tapi hari ini bila Dr Mahathir sakit, ditertawakannya, disumpahnya didepan umum supaya cepat mati”,kata Ummi.



p/s: Inilah manusia yang jenis 'Kacang Lupakan Kulit'...Habis madu sepah dibuang!!!

SAPA KATA SAIFUDDIN SOKONG DEMONSTRASI MAHASISWA???

Pada hari Sabtu yang lepas, kita dikejutkan dengan perhimpunan jalanan oleh kumpulan mahasiswa gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Perhimpunan yang dibuat secara aman bertukar menjadi insiden yang tidak baik berlaku. Di mana segelintir para mahasiswa bertindak menurunkan bendera PM di PWTC.

Alasan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan ini kononnya ingin menyerahkan memorandum kepada Timb Menteri Pengajian Tinggi YB Dato' Saifuddin Abdullah di bangunan UMNO, PWTC. Ingin menyampaikan memorandum perlu berdemo jalanan ker wahai mahasiswa?? Kan ada cara yang terbaik untuk menyampaikan memorandum tersebut..Kenapa perlu ikut cara KOTOR yang dibawa oleh puak-puak Pakatan Rakyat???

GR difahamkan juga kenyataan yang dikeluarkan dibeberapa blog mengatakan YB Dato' Saifuddin menyokong yang dibuat oleh kumpulan mahasiswa ini atas nama kebebasan...Betul ker?? Disebabkan itu ramai jugalah penyokong dan ahli UMNO/BN yang kecewa dengan kenyataan Saifuddin tersebut.


Untuk pengetahuan semua pihak, hari ini Timb Menteri KPT menjelaskan bahawa beliau tidak menyokong akan perhimpunan mahasiswa sambil menurunkan bendera PM DS Najib Razak. Walaupun beliau mendokong semangat politik baru, tetapi kelakuan seperti ini tidak patut dibuat. Pembaca lihat sendiri kenyataan beliau di twitternya.

Padan Muka PKR...Pak Anwar dan Tian Chua, Sila jawab!!!


GR kata:
Kecewa dengan sikap mahasiswa yang tidak berfikiran matang walhal semuanya pandai2 belaka...

KEDAI IKAN RAKYAT 1MALAYSIA


KUALA LUMPUR: Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia yang dilancarkan hari ini, menawarkan barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran pada harga rendah sehingga 40 peratus berbanding harga pasaran.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Raihan Sharif, berkata kedai inisiatif Restoran Ikan Bakar Sekinchan (RIBS) itu harus dicontohi pihak swasta lain dalam membantu kerajaan meringankan beban rakyat.

"Kerajaan akan membantu pihak swasta dalam hal ini seperti mendapatkan bekalan pada harga berpatutan melalui agensi kerajaan yang berkaitan," katanya selepas pelancaran kedai yang terletak di Plaza Centrum, Setiawangsa, di sini.
Beliau berkata, kementerian juga sentiasa memantau kualiti produk di kedai itu yang turut memasarkan barangan industri kecil dan sederhana.

Sementara itu, pemilik RIBS dan Kedai Ikan Rakyat 1Malaysia, Datuk Jamal Yusof, berkata pihaknya mensasarkan untuk membuka 33 cawangan kedai itu di seluruh negara, termasuk tiga yang akan dibuka dalam masa terdekat di Bandar Mahkota Cheras, Setapak dan Bandar Permaisuri.

"Walaupun kami menawarkan barangan pada harga jauh lebih murah, kualitinya tetap dijaga. Setiap hari kami akan pastikan barangan jualan adalah segar. Kedai itu beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 10 malam,” katanya. - BERNAMA


p/s: Nurul Izzah dan Tony Pua pening kepala sebab apa yang Kerajaan buat diterima baik oleh rakyat.

GEMPAR: PELAJAR UNISEL MATI BUNUH DIRI???


Terkejut bila lihat gambar ini diblog rakan GR AnakSeberang. Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Dengan bunuh diri masalah kita akan selesai ker...??

GR difahamkan gambar di atas ialah seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang mati bunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca kematian masih lagi dalam siasatan..

- Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun
- Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai)


p/s: Mohon pihak Unisel mengesahkan kejadian ini...Apakah punca kematian dan kenapa 4 hari mayat macam tu jer??

Sunday, December 18, 2011

PANAS: VIDEO HINA ISLAM!!!




Lihatlah video di atas bagaimana bangsa Kristian dan Yahudi menghina Islam. Walaupun dilakukan dalam rancangan Just For Laugh penghinaan yang mereka lakukan kita sebagai umat Islam tidak boleh terima...

Pembaca lihat dan nilaikan...perlu tentang dan jangan pulak gelak yer tengok video nie.

p/s: Di Malaysia nie pun ada orang sanggup mempermainkan Islam...INSAFLAH yerrr!!!

Artikel pelbagai