Sunday, October 16, 2011

PANAS: ISU MURTAD TAK SEPENTING KUASA!!!


Kenapalah puak-puak PAS nie masih tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan Akta Murtad yang disarankan oleh Tan Sri Harusani sebelum ini..

Apa yang dijelaskan oleh Presiden PAS hanya menjurus kepada
kuasa semata-mata, bukan kepada persoalan yang ditanya.. Kata Parti yang memperjuangkan Islam????

Ini kenyataan Presiden PAS mengenai Isu Murtad ini :

KUALA TERENGGANU 15 Okt. - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.

Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah.

"Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak. Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?"

Maksud MURTAD ialah
'keluar dari agama Islam'??? Jadi, dalam erti kata lainnya, Hudud ni ada kena mengena la dengan orang bukan Islam. Tak gitu?

Terbukti bahawa
PAS masih GAGAL menjelaskan perlaksanaan Hukum Hudud tu kepada masyarakat bukan Islam. Apa yang dijelaskan hanya memutar belitkan fakta semata-mata.

Renung-renungkan lah

Friday, October 14, 2011

Taubatlah Wahai Bob Lokman !!!


"Buat apa saya hendak hadir, tidak ada kepentingan untuk Islam,"kata Bob Lokman yang enggan hadir memberi keterangan pada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)."Nak tangkap, tangkaplah. Saya tidak akan hadir. Sifat (JAIS) begini bukan hendak jaga keharmonian agama," katanya sambil memberitahu hanya berserah pada Allah.

Nak suruh Bob Lokman terangkan macam mane, takut nanti JAIS suruh dia baca Al-Fatihah or doa qunut tergagap-gagap pulak parah nanti...hehehe. Entah-entah hukum nikah pun dia tak tau. Apa pun tak boleh!!! ;)

BOB LOKMAN DITANGKAP KERANA TAK BERTAULIAH, BUKANNYA DITANGKAP KERANA BOB AJAR AJARAN SESAT.

KITA GENERASI BARU BOLEH FIKIR FIKIRKAN...

Gempa Bumi di BALI !!!

Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi semalam.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak.
Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.

Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.
Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.
“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - SUMBER BERNAMA

Thursday, October 13, 2011

Artis Malaysia join UMNO???


Dah banyak kali kita dengar Artis Malaysia join parti politik... Kenapa mereka tak melibatkan diri dari dulu lagi ek??? Mungkin golongan artis kini dah mulai sedar akan kekuasaan politik yang membuat keputusan dan menentukan masa depan hala tuju sesebuah negara...

Sebelum ini kita dengar Bob lokman masuk PAS dan beberapa hari lepas gempar beliau telah ditahan pihak JAIS kerana memberi ceramah tanpa 'tauliah'... alahai kesian jugak kat dia yaaa... lepas ni jangan lupa buat permit ya... Kita juga pernah dengar Dato' AC MIZAL dan Isteri masuk UMNO Perak dan Mamat Khalid pengarah HKLBR masuk UMNO Bahagian Gopeng dan beberapa lagi artis lain yang telah menggemparkan tanahair kerana ingin melibatkan diri dalam parti politik...Industri Muzik / filem tanahair dah tak boleh cari makan ker??? ;p

Hari ini difahamkan Awie, Zek Zaidi, Adam AF telah menyerahkan borang kemasukan ahli UMNO kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn..

Harapan agar artis Malaysia dapat membantu mencorakkan politik ke arah yang lebih baik dan menunjukkan contoh yang berguna kepada masyarakat... TAHNIAH!!!

KETUA PUTERI UMNO: Low profile!!!


'Jika diberikan peluang saya nak bertemu dengan semua penghuni rumah anak-anak yatim yang berada di seluruh Malaysia...' itulah kata-kata dari YB Datuk Rosnah dalam program Ramah Mesra bersama Anak Yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi...

Kebetulan semalam, SKR dijemput ke Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Yatim….tak tahu pun siapa yang rasmi.. niat dihati nak pergi periksa kesihatan percuma sebab nampak macam ada orang kesihatan…(ada member cakap nak usha nurse-nurse cun..sekali semua dah berpunya daaaa..kih kih kih ;p

Bila sampai majlis dah mula… rupanya Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Yatim bersama YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin…..Timb. Menteri Kesihatan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan juga Ahli Parlimen Papar... memang sempoi habis YB nie… TAHNIAHLAH YB!!!!

YB Datuk memberikan ucapan

Kemesraan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Datuk kepada anak-anak yatim malam tadi sangat membuatkan tetamu yang hahir teruja kerana beliau melayan mereka seperti anak-anak beliau sendiri... Mungkin disebabkan naluri seorang ibu yang begitu sebati dalam tubuh badan beliau menyebabkan anak-anak ini begitu suka dengan beliau...

Hati tersentuh bila tengok anak-anak yatim beramah mesra dengan mereka yang menganggapnya sebagai ibu..tersentuh betul SKR dengan cara YB nie…budak-budak suka…

SKR harap semangat yang ditunjukkan oleh YB Datuk disambut baik dan disokong oleh setiap ahli Puteri UMNO di Malaysia ini... Yang PENTING jangan bersikap hipokrit dan berpura-pura... Lakukan dengan seikhlas hati untuk membantu masyarakat...

Rakyat melihat apa yang pemimpinnya buat... Malah, kalau pemimpin tu menipu pun kita boleh tahu....

Artikel pelbagai