Tuesday, October 11, 2011

Plan 100 hari Pakatan HAPRAK!!!


Wahhhhh... nampaknya Pakatan Rakyat dah siapkan 'Plan 100 hari' jika mereka menang PRU-13 nanti... nak hapuskan ISA..bukan ker YAB PM (BN) dah umumkan pemansuhan ISA...depa nie dh nyanyuk kot.. Sebelum buat apa2 janji kepada rakyat..KOTAkan dulu 'janji manis' Pakatan Pembangkang di negeri-negeri hangpa semua perintah naaaa..

Ada WiFi percuma tue..tapi sebenaqnya Kerajaan BN dh lama duk buat..di kampung-kampung dah ade WiFi...Jangan duk tipu rakyat pancing undi dgn kabo WiFi PERCUMA... Korang semua boleh pakat pikir leh PERCAYA ker puak-puak depa nie...

Lepak Kopitiam n mamak skang pun ade WiFi FREE gak...hehehe


Mesyuarat PKR Cabang K.Selangor berGADUH


Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya menjadi kecoh apabila beberapa orang ahli mempertikaikan tentang pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang tersebut.

Pertengkaran ini bermula apabila Ketua Cabang Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan demi soalan daripada ahli PKR menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.


Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Bernama Melaporkan, Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti..

Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang..

Monday, October 10, 2011

WAJIB TONTON PAK ANWAR!!!!



Sawadikap kapkunkap...

Ingatkan dah abis cite or koleksi video Dato' Seri Anwar Ibrahim nie... ade lagi rupanya...ape pun korang tengok lah yer...

Puak pembangkang kata nie bukan Anwar tapi 'Paman' dia... kita anggukkan jelah...

angguk-angguk geling-geling.. hahaha

Sunday, October 9, 2011

PERKARA HEBAT DALAM SEJARAH MALAYSIA !!!

Ringkasan Bajet 2012

Petikan teks Bajet 2012, Bajet kali nie nampak begitu rakyat dengan merasai nadi rakyat, membantu rakyat yang memerlukan dan apa yang penting memastikan kesejateraan dan BERPAKSIKAN RAKYAT....

Sesungguhnya, sokongan besar rakyat amat penting untuk mempastikan perjalanan kita akan menemui kejayaan yang diimpikan menuju gapura Malaysia yang maju, makmur sebagai oasis harapan dan kestabilan dalam lautan dunia yang tidak menentu..

Sememangnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak tunduk kepada tekanan atau apa-apa paksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul demi warga Malaysia. Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukannya dibuat-buat atau sebuah ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan syaksiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak. Perjuangan kami warisan mulia zaman berzaman meniti generasi..

Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah sebuah Bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah..

Inilah kata-kata pemimpin No.1 negara YAB Perdana Menteri, bilamana mengakhiri ucapan pembentangan bajet yang cukup baik dalam membantu rakyat..

BN WILAYAH PERSEKUTUAN DAH BERSEDIA???

Penerangan demi penerangan, telah dilakukan oleh UMNO/BN & parti kompenan dalam memberi penerangan kepada rakyat mengenai perkara sebenar apa yang akan dilakukan dan diperjuangkan oleh parti keramat ini terutamanya dalam usaha memenangi Pilihanraya UMUM ke13 yang dijangka bila-bila masa saja lagi...


YAB PM ketika memberikan ucapan

SKR lebih rasa bangga dan terharu, YAB Perdana Menteri tidak putus-putus berjumpa dengan rakyat setiap hari, masa dan ketika... Pagi ini, PM telah hadir dalam Majlis Penerangan Perdana anjuran BN Wilayah Persekutuan yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Pengerusi BN Wilayah Persekutuan... Seramai 8 ribu orang ahli BN WP yang telah hadir untuk mendengar Majlis Penerangan Perdana yg disampaikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri...

Kalau kita tengok dalam Twitter kawan-kawan berusaha untuk update apa sahaja yang diucapkan oleh YAB Perdana Menteri dalam setiap program... Seperti biasa apa jua ucapan daripada YAB Perdana Menteri memberikan impak yang bermakna kepada mereka yang mendengarnya... Itulah karisma yang ada pada YAB Perdana Menteri... Sehinggakan ada kata-kata yang SKR dengar pada hari ini 'Brand nama NAJIB lebih mahal dari bran nama UMNO/BN'...hehe ;)

Kepada sesiapa sahaja yang bergelar pejuang tanahair, selamat berjuang dan pastikan matlamat perjuangan dapat dicapai... andai tidak, teruskan usaha dalam perjuangan kerana yang pastinya 'Perjuangan Belum Selesai'...

perkongsian: Antara ucapan YAB Perdana Menteri pagi tadi:


@NajibRazak: kita akan berjuang habis-habisan, insyAllah BN akan menang sekali lagi, kita mendahulukan kepentingsn rakyat..

@NajibRazak: kita jgn angkuh,jgn bongkak..Jgn TIPU rakyat..7 hari semggu buat KERJA utk Parti menang dan berkhidmat utk rakyat..

@NajibRazak: "Rakyat Didahulukan" bukan suatu sya canang bila Pilihanraya sudah dekat. Sudah lebih 2 tahun kita janji dan TUNAIKAN..

@NajibRazak : Elak definisikan diri sendiri sbg "WINABLE CANDIDATE" dan bila tak dicalonkan, khianati calon yg terpilih..


Artikel pelbagai