Showing posts with label Selawat Perdana. Show all posts
Showing posts with label Selawat Perdana. Show all posts

Saturday, March 22, 2014

SEDIH ADA ORANG ISLAM YANG PERANGAI BURUK MACAM NIE! #SelawatPerdana #PrayForMH370


Sebagai umat Islam salahkah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W? Bukankah berselawat itu tanda kasih dan sayang kita pada Allah dan Rasul, kenapa demi kepentingan politik dan peribadi ada pihak yang mempertikaikan perbuatan baik yang dilakukan oleh pihak satu lagi.

Sedih juga bila mana ada pihak yang memperlekehkan program keIslaman seperti Selawat Perdana yang diadakan malam tadi di Putrajaya. Tahniah GR ucapakan pada mereka yang hadir bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pada yang tak dapat  hadir, GR yakin mereka juga turut bersama berselawat bersama, kerana program tersebut dipancarkan secara live melalui TV.

Apa yang GR kata ada pihak memperlekehkan program tersebut, korang lihat video ini dan nilailah sendiri gunakan akal fikiran yang Allah S.W.T telah anugerahkan pada kita:



Kenapa kita selalu disuruh berselawat?


1.  Maksud Ayat 56 Surah Al-Ahzab:

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

سُوۡرَةُ الاٴحزَاب

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (56) Al-Ahzab

Kesimpulannya: Allah S.W.T dan para malaikat pun berselawat ke atas Nabi S.A.W dan Allah S.W.T juga perintah para sahabat dan orang-orang beriman berselawat kepada Nabi S.A.W, lebih-lebih lagi kita nie sebagai manusia biasa.


2. Maksud ayat 107 surah Al Anbiya’

َمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (107) Al Anbiya'


Kesimpulannya: Nabi diutuskan untuk rahmat sekalian alam, mana mungkin berselawat itu tak termasuk dalam menegakkan Islam. Sebab ada pemimpin pakatan kata kerajaan sekarang tak menegakkan Islam....seolah-olah dia dah menolak rahmat yang dibawa oleh Nabi S.A.W....bermakna dia juga menolak Nabi S.A.W ???


GR kata: Khalid Samad and puak pakatan pembangkang lebih sangat Islam diaorang??

Artikel pelbagai