Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts
Tuesday, June 10, 2014
ANALISA #PRKTelukIntan: BUKAN SALAH DYANA, DAP KALAH DENGAN BANGSANYA SENDIRI!
DAP yang sebenar sudah kalah di Teluk Intan tempoh hari. DAP tidak kalah 238 undi. Tetapi sebenarnya hilang lebih 7,000 pengundi pada 31 Mei lalu.
Dalam pilihan raya kecil itu, Dyana Sofya Mohd. Daud meraih 19,919 undi berbanding 27,399 oleh calon DAP, Seah Leong Peng pada PRU-13. Ini bermakna DAP hilang 7,480 undi. BN menerusi Datuk Mah Siew Keong pula mendapat tambahan 71 undi. DAP hilang 15 peratus sokongan pengundi kaum Cina yang menyokong parti itu sebelum ini.
Peratusan sokongan kaum India merosot sebanyak 10 peratus kepada 52 peratus sahaja. Ini juga bermakna peralihan daripada calon India DAP, M. Manogaran (menang di Teluk Intan pada PRU-12) kepada calon Cina, Leong Peng membawa kemenangan kepada DAP. Namun begitu, apabila diletak calon Melayu, DAP tumbang. Kini, sudah terang lagi bersuluh bahawa dalam kawasan majoriti pengundi berketurunan Cina (42 peratus) di Teluk Intan, DAP tidak wajar sama sekali meletakkan calon Melayu.
Tidak hairanlah Lim Guan Eng dan terutamanya Gobind Singh Deo menyinga benar. Sukar untuk mereka menerima kekalahan. Difahamkan, sehingga pukul 3 petang pada pengundian di Teluk Intan, yang dibualkan dalam 'war room' DAP adalah pemimpinnya masih tetap percaya mereka boleh menang dengan majoriti 3,000 undi.
Agresif dan angkuhnya DAP untuk mengecap kemenangan di Teluk Intan dikatakan sampai sanggup menyediakan bas untuk membawa 'pengundi mereka' ke Teluk Intan daripada sejauh Singapura dan Johor. Tetapi khabarnya semua bas, yang dianggarkan berjumlah lebih 50 buah kosong belaka - yang tidak pernah berlaku pada PRU-13.
Pengundi mereka tidak mahu pulang. Antara yang dikeluh mereka, dulu di Kajang diletak calon Melayu (Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail), kali ini pun hal yang sama berlaku, calon Melayu diturunkan ke gelanggang di Teluk Intan. Pengundi luar tidak pulang mengundi kerana pada mereka, kemenangan DAP kali ini tidak akan memberikan sebarang kesan positif. DAP tidak pernah melakukan apa-apa penambahbaikan kemudahan rakyat. Sebaliknya hanya berjanji dan terus berjanji untuk memanjangkan persoalan itu untuk diselesaikan oleh Kerajaan Pusat.
Satu hal yang zahir, pasangan sepupu orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Ngah Kor Meng langsung tidak 'beri muka' kepada Lim Kit Siang dan anaknya, Guan Eng. Mereka kurang komitmen untuk membantu Dyana Sofya. Demikian juga dengan Pas tidak turun padang. Ini berlaku selepas Dyana Sofya mengisytiharkan dia tidak akan sokong hudud di Parlimen jika menang.
Kekalahan Dyana Sofya jelas menunjukkan betapa cauvinisnya penyokong DAP sehingga memaksa sebahagian ahli parti itu menyertai sama kumpulan kira-kira 7,500 pengundi yang beralih arah menyokong BN. DAP sendiri terpedaya dengan `pengamatan indah' khalayak yang membanjiri ceramah mereka mencecah 10,000 orang. DAP tertipu dengan petunjuk ini kerana unsur syok sendiri terus menyelubungi minda juru kempen pakatan pembangkang.
Malang bagi mereka, akhirnya sikap yakin mampu menang ini akhirnya memakan diri. Sejurus selepas kemenangan Siew Keong, mula pemimpin DAP membuat kenyataan yang mendedahkan belang mereka yang sebenar. Mula hudud Pas dipersalah.
Andai sebelum ini, Pas menggunakan tahaluf siyasi dengan DAP sebagai musabab untuk menerangkan hudud, sekarang, walaupun selepas pemergian mendiang Karpal Singh, DAP tetap berkeras menentang hudud. Usaha Pas selama ini ternyata gagal. Alasan yang tinggal untuk Pas terus bersama dengan Pakatan Rakyat sekarang ini hanyalah atas dasar kemaruk kuasa kerajaan Persekutuan.
Dalam kempen yang berjalan di Teluk Intan, Pas dikatakan cukup berusaha mendiamkan diri daripada mengulas mengenai hukum hudud. Pas bimbang DAP akan menyalahkan parti itu seandainya Dyana Sofya tewas. Tanpa menyentuh hal hudud, Pas sebenarnya terbukti tidak jujur dengan perjuangannya.
Apabila Gobind secara terbuka menyalahkan perjuangan hudud Pas sebagai punca kekalahan di Teluk Intan, siapa yang sanggup berdepan dengan anak Karpal Singh ini? Ke mana menikusnya suara lantang daripada Pas seperti Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Khalid Samad? Mengapa sekadar menghantar Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan untuk bergasak dengan Gobind.
Justeru, tentunya kita wajar memberi tabik hormat kepada Dr. Mahfodz yang ternyata sungguh kecewa dengan tuduhan Gobind.
"Memang mudah menuding jari kalau kalah namun DAP sudah menang di Bukit Gelugor, kenapa tidak salahkan hudud? Tindakan (Gobind) ini menghina perjuangan Pas kerana hudud adalah salah satu perjuangan kita. Dia (Gobind) boleh cakap 'setuju untuk tidak setuju', tidak setuju tak mengapa tetapi jangan menentang (hudud). Ada juga tindakan mereka lakukan yang kita tidak setuju macam pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), kita tidak setuju tapi tak bising pun," kata Dr. Mahfodz. Nada tidak senang turut ditunjukkan secara terbuka oleh Nasruddin terhadap Gobind.
Katanya: "Ketika hudud mula menjadi isu panas di dalam negara, kita menang di Kajang dan kita menang Bukit Gelugor. Kenapa tewas di Teluk Intan lalu hudud di kambing hitamkan? Kenapa pula masa menang kita bergembira di kala kalah kita menyalahkan hudud?
Mohd. Amar turut memperlekehkan 'analisis' Gobind. Mohamad Sabu mungkin terlalu banyak meluangkan masa bersama pemimpin DAP dan sanggup diperkudakan, menyebabkan mulutnya terkunci kemas.
Jadi, siapa lagi Pas hendak percayakan? Antara UMNO yang berterus terang menyokong hudud untuk dilaksanakan atau DAP yang secara terbuka menentang hudud?
Di mana rasionalnya untuk Pas terus menjauhkan diri daripada UMNO? Waktu memerintah di mana-mana negara sekali pun, pasti akan ada ketirisan. Tidak banyak, sedikit. Bahkan, Pas sendiri tidak maksum. Semasa memerintah Kelantan dan Terengganu suatu ketika, tidak sedikit desas-desus mengenai kepincangan pentadbiran kerajaan Pas.
Dyana Sofya cuma "window cosmetic" dalam konteks politik Teluk Intan. Ini apabila begitu ramai cuba bergambar selfie dengannya. Kalau menanglah dia, tentu dia akan terus dikawal oleh supremo DAP dek kerana kematangannya masih belum cukup untuk menepis persepsi.
Adalah sesuatu yang menarik di mana didapati pengundi muda melayu dan India kembali ke BN. Di saluran 3 dan 4 (pengundi muda) Pusat Mengundi Sek.Keb. Selabak, Teluk Intan 31 Mei lalu, BN mengatasi DAP dengan kedudukan undi 296-86 dan 266-74. Senario sama diperlihatkan di Sek. Jenis Keb. (Tamil) Ladang Scotia di saluran 3 dan 4 (BN 259-DAP 173 dan 214-160).
Tetapi ini tidak berlaku di dua saluran sama di pusat mengundi Sek. Keb. Perempuan Methodist, Jalan Changkat Jong dengan posisi sebaliknya - DAP 207, BN 123 dan 217-79.
Politik yang penuh dengan keangkuhan terbukti tidak mendapat tempat di Teluk Intan. Sebaliknya politik berhemah menempa kejayaan. Orang Cina dikatakan pandai mengamalkan politik yang sangat berhati-hati. Keputusan politik mereka strategis. Yang Paling penting, survival Cina itu sendiri. DAP bukan kalah 238 undi di Teluk Intan. Tetapi kalah 7,480 undi yang pernah didukungnya dulu.
* DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa
Sunday, June 1, 2014
TERIMA KASIH PENYOKONG PAS, HADIAH BERMAKNA BUAT TELUK INTAN! #PRKTelukIntan #BattleOfTelukIntan @dyanasmd @NajibRazak @DPPMalaysia @PASPusat

Semalam adalah merupakan hari yang cukup bermakna, bulan Mei 2014 juga cukup bermakna buat UMNO/BN kerana berjaya merampas kembali parlimen Teluk Intan. Terima kasih pada pengundi Teluk Intan kerana memberi kepercayaan kembali pada BN. Tahniah Datuk Mah Siew Keong!!
Jelas di sini signal yang diberikan pengundi mereka mahukan pemimpin yang boleh buat kerja dan kotakan janji mereka. Mereka tidak mahu lagi pemimpin yang datang dan pergi tanpa membuat sebarang pembaharuan di kawasan mereka.
Slogan 'Ubah' dipukul canang oleh pakatan pembangkang nampaknya kena pada batang hidung mereka sendiri. Pengundi sendiri yang menghukum mereka dengan mahukan perubahan yang mendadak dalam PRK Teluk Intan kali ini.
Tidak kiralah jumlah majoriti yang sedikit tapi itu lah adat dalam setiap pertandingan, ada kalah dan menang. Yang kalah usahlah berikan alasan dan janji mahu lakukan yang terbaik demi rakyat. Kenapa baru sekarang nak bersama rakyat? Kenapa tidak dari awal lagi buat kerja? Kenapa baru sekarang nak berkenalan dengan rakyat Teluk Intan dan tahu selok belok hati rakyat serta kawasan setempat?
Kepada calon yang menang, teruskan beri perkhidmatan yang terbaik pada pengundi. Merekalah raja untuk suatu kawasan kerana berikan mandat untuk anda berkhidmat pada mereka. Jangan hanya pandai lontarkan janji, bekerjalah dengan kuat demi kemajuan parlimen Teluk Intan.
Jangan memilih ketika berkhidmat, berilah bantuan yang sama rata pada semua kaum dan bangsa yang ada di Teluk Intan. GR yakin inilah masanya Daerah Hilir Perak akan meningkat maju kerana ketiga-tiga Parlimen ini kini milik BN.
GR ingin ucapkan terima kasih pada orang-orang PAS kerana telah memberikan 'tunjuk ajar' yang terbaik pada DAP dalam PRK kali nie. Dikhabarkan ada setengah mereka telah memberikan undi pada calon BN dan ada setengahnya pula tak keluar mengundi. Sepatutnya keluarlah mengundi kerana itu adalah tanggungjawab kita demi memastikan kemajuan untuk agama, bangsa dan negara kita.
Perjuangan PAS dalam untuk melaksanakan Hudud GR yakin tidak terbantut di sini saja. Teruskanlah berjuang kerana UMNO menyokong pelaksanaan Hudud ini dijalankan jika tidak ada udang sebalik mee dalam perjuangan politik mereka. Islam itu adalah suci dan Islam adalah yang terbaik serta membawa kita kejayaan dunia dan akhirat.
Marilah kita sama-sama doakan semoga Ustaz Hadi Awang sembuh seperti sedia kala dan kembali perjuangkan Islam yang sejati dengan sempurnanya.Sesungguhnya Allah S.W.T yang memberikan penyakit dan menyembuhkan penyakit.
Berikut adalah beberapa faktor yang menyebabkan Dyana kalah di Teluk Intan:
1) Faktor Superman - DAP Teluk Intan mahukan calon lain iaitu Superman untuk bertanding disitu. Khabarnya, mendiang Seah Leong Peng ketika sakit pernah berpesan agar kerusi itu diberikan kepada Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman. Dyana terpaksa mengambil gambar dengan Superman di saat saat akhir untuk memujuk hati pengundi DAP untuk mengundinya, namun masih lagi gagal.
2) Faktor PERKASA - penipuan Dyana tentang penglibatan dia dan emaknya dalam PERKASA amat memberi kesan kepada pengundi tegar DAP. Dyana beri kenyataan yang berlainan pada 21 Mei dan 26 Mei yang akhirnya memerangkap dirinya sendiri bila ada bukti bergambar Dyana terlibat dalam PERKASA.
Emaknya juga hanya isytihar diri keluar PERKASA setelah didesak soalan bertalu talu dalam satu sidang media. Hanya keluar PERKASA tetapi tidak keluar UMNO menjadikan pengundi DAP lebih curiga dengan emak Dyana.
3) Perpecahan Dalam DAP - Dua faktor di atas telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalaman yang serius dalam DAP. Mereka terpecah kepada tiga kem iaitu Kem Nga Kor Ming / Ngeh Koo Ham, Kem Sivakumar dan Kem Dyana (disokong oleh Kit Siang, Tony Pua, Guan Eng dan Ketua Wanita DAP).
Kem Nga/Ngeh ada calon sendiri begitu juga Siva yang mahukan Superman menjadi calon di Teluk Intan. Disebabkan perpecahan teruk ini, Kit Siang terpaksa berkampung 24 jam di Teluk Intan bagi memastikan calon proksinya iaitu Dyana menang. Namun calon yang dicadangkan oleh Tony Pua kepada Kit Siang itu akhirnya gagal juga.
4) Kelemahan Jentera DAP - Disebabkan faktor ketiga maka jentera DAP menjadi begitu lemah kecuali jentera penerbitan poster yang diketuai oleh orang luar.
Tiada jentera DAP tempatan, Dyana terpaksa membuat tawaran kepada umum untuk menjadi jenteranya. Seawal hari penamaan calon lagi tiada kelihatan jentera tempatan bersama dengan Dyana.
Biarpun ramai jentera dari PRK Bukit Gelugor datang membantu tetapi masih lagi gagal pengaruhi pengundi tempatan.
Jentera luar yang diharap membawa 20 buah bas pengundi luar hanya mampu bawa 3 buah bas sahaja.
Lebih memburukkan keadaan, jentera luar DAP balik seawal jam 1 tengahari selepas mengetahui Dyana akan kalah di Teluk Intan.
5) Mah Masuk Kabinet - Ini adalah satu tawaran yang membawa kerugian jika ditolak oleh rakyat Teluk Intan. Tawaran yang dibuat oleh PM pada 30 Mei 2014 ini telah menjadi laporan utama di akhbar akhbar Cina.
Guan Eng sendiri akui dalam Malaysiakini pada 30 Mei bahawa jika DAP gagal menangkis tawaran PM itu dengan baik dalam masa 24 jam maka DAP boleh kalah dalam PRK. Pada waktu itu, bacaan peluang kemenangan DAP hanya tinggal 51% dan BN meningkat 49% daripada 40% sahaja.
6) Kekuatan Jentera BN - Sasaran BN untuk cari 9,210 pengundi kategori putih yang gagal keluar dalam PRU13 menampakkan hasil. BN mensasar untuk meningkatkan sokongan Melayu dari 72% kepada 80%, sokongan kaum India dari 45% kepada 60% dan kaum Cina dari 22% kepada 40%. Ini berjaya dilakukan.
Jentera IPF, Gerakan, MIC, Puteri, Wanita & Pemuda UMNO yang berkampung menggunakan strategi yang pelbagai untuk menarik sokongan pengundi. Cara kempen Mah sendiri adalah lebih baik berbanding cara kempennya pada PRU13.
7) Penipuan Dyana - beberapa kenyataan Dyana yang nampak berbelit tentang status guamannya, keahlian ibunya dalam Perkasa dan statusnya sebagai PA bukannya Setiausaha Politik Kit Siang adalah titik besar kelemahan Dyana.
Lebih buruk lagi bila mikrofon Dyana dirampas dua kali oleh Kit Siang dan Tony Pua dalam sidang akhbar secara terbuka. Faktor ini menjadikan kedudukan calon DAP itu makin teruk ditambah faktor satu hingga empat tadi. Poster dan perlakuan sebenar tidak seiring.
Tindakan Dyana membuat poster bertudung dan tidak bertudung memberi kesan kepada pengundi dan menampakkan Dyana seorang yang hipokrit dan penipu.
8) Kempen Propaganda DAP Yang Keterlaluan - Tindakan Red Bean Army (RBA) menyebarkan gambar bikini model Filipina dan menyamakan dengan Dyana telah memakan diri.
Tindakan itu membuatkan lebih ramai orang percaya Dyana lebih berfikiran liberal, bebas dan terlalu terbuka bila pada hari pertama kempen, Dyana sudah menghentam UiTM sebagai bukan milik UMNO tetapi milik rakyat. Bikini dan hentam UiTM adalah kempen yang keterlaluan.
Lebih memburukkan keadaan bila RBA cuba membuat superimpose gambar Dyana minum arak untuk menuduh perbuatan itu dibuat oleh jentera BN pada malam malam akhir. Gambar itu juga memakan diri.
9) Dyana Tolak Hudud - Mengapa wartawan Malaysiakini perlu bertanya kepastian tentang hudud daripada Dyana sehari sebelum penamaan calon? Dyana pula menjawab beliau akan bersama dengan pendirian parti DAP iaitu tolak hudud. Ramai orang PAS terluka dengan kenyataan Dyana.
Manakala Hadi Awang pula membalas dalam Sinar Harian, sehari sebelum kehadirannya di Teluk Intan bahawa jika tidak faham tentang hudud maka jangan bercakap soal hudud. Bila tiba di Teluk Intan, Hadi Awang langsung tidak mahu ditemubual untuk mengulas lebih lanjut tentang hudud.
Ini memberikan signal kepada orang PAS bahawa dalam hati kecil Hadi Awang, beliau kecewa dengan kenyataan Dyana menolak hudud. Lebih meninggalkan kesan bila Hadi Awang diberitakan sakit di Istanbul pada malam akhir sebelum pengundian dan menimbulkan lebih banyak serba salah dalam diri orang PAS. Ramai menyangka yang tidak turun mengundi adalah masyarakat Cina tetapi ramai juga ahli ahli PAS yang tidak turun mengundi Dyana.
10) Manifesto DAP Longgar - apa yang dikempen oleh Mah lebih dekat dan realistik dengan pengundi. Lebih-lebih lagi ayah Mah sendiri memang dikenali sebagai seorang yang dermawan di Teluk Intan.
Berbanding manifesto yang DAP bawa terlalu longgar dan berada di awang awangan. Lebih membuatkan rakyat Teluk Intan tidak yakin adalah kerana Dyana adalah orang luar, tiada rumah dan saudara di Teluk Intan. Kebarangkalian untuk Dyana lari ke kawasan lain pada PRU14 dan tidak menunaikan janji membuatkan ramai pengundi DAP protes dan tidak turun undi.
Statistik di bawah ini membuktikan DAP hilang banyak undi dari pengundi Cina dan ahli PAS yang protes dengan Dyana. Undi BN tidak banyak berubah, tambah 71 undi . DAP hilang undi sejumlah 7,480 undi berbanding PRU13.
Pada orang muda yang galak nak kejar kuasa memerintah, fikir-fikirkanlah. Jika tak cukup ilmu di dada janganlah cakap yang kita nie 'Jaguh' dalam semua bidang. Tepuk dada tanyalah hati, adakah kita ini dilahirkan sebagai pemimpin. Adakah kita ini sedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan pada kita? Bukankah itu semua akan disoal di akhirat nanti....Fikir-fikirkanlah!!
GR kata: Nak jadi ketua kelas pun pening kepala inikan nak jadi pemimpin pada masyarakat!!!
Friday, May 30, 2014
KEMPEN TERAKHIR DAP CUBA BANGKITKAN SEMANGAT MELAYU? #PRKTelukIntan @rsnrayer @dyanasmd @PDRMsia
Siapa sebenarnya yang perjuangkan agenda bangsa Melayu? Siapa sebenarnya yang pertahankan bangsa Melayu?
Siapa sebenarnya yang mempertahankan nasib anak-anak Melayu? Siapa yang pertahankan institusi Melayu?
Siapa yang cuba runtuhkan semangat bangsa Melayu? Siapa yang cuba bakar semangat Melayu?
Lihat kenyataan Adun Seri Delima di atas, adakah benar kata-kata baru ini? GR lakukan research dan bertanyakan sendiri di dalam geng pakatan pembangkang dan DAP...mereka sendiri tidak tahu langsung kenyataan baru ini.
Kenyataan yang sebelum ini si ADUN Seri Delima ini mengatakan UMNO celaka memang benar mereka dengar dan lihat sendiri. Jelas di sini, ini satu propaganda jahat DAP melalui RBA yang cuba untuk memecahkan kaum.
Mereka cuba untuk menimbulkan isu perkauman, kononya mereka ini membela nasib Melayu. Dengan meletakkan calon Melayu bertanding di Teluk Intan, mereka kononnya berhak dipanggil perjuang bangsa Melayu yang sebenar.
Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas GR rasa tidak sama sekali dikeluarkan oleh YB Adun Seri Delima ini. Wahai YB ADUN Seri Delima adakah kenyataan ini BOHONG semata-mata?
Jelas ada agenda disebalik batu yang dikeluarkan oleh RBA untuk supaya tercetus pergaduhan antara kaum.
Dalam perjuangan mereka kononnya mereka perjuangkan hak bukan Melayu, mereka menuntut hak sama rata semua kaum dan ingin menghapuskan hak keistimewaan semua bangsa. Mereka hanya mahukan Malaysian Malaysia...tapi kenapa mereka mengeluarkan kenyataan di atas yang TIDAK BENAR sama sekali.
Pemimpin-pemimpin DAP tolong jawab....kalau dah tahu sokongan rakyat pada korang semua dah menurun 20% gunakanlah cara yang bijak untuk menarik sokongan rakyat. Jangan asyik menipu jerk...tau la korang ni jenis kafir tak der halal haram nyerrr....
GR kata: Melayu yang bijak boleh fikir...Melayu yang bodoh, otak letak kat mana???
Sunday, May 25, 2014
AMBIGA BUAT LAWAK BANGANG SELEPAS LAMA MENYEPI! @Zahid_Hamidi @Ambiga_S #PRKTelukIntan #Battle4TelukIntan

Akhirnya muncul kembali di nenek tua kaki penghasut tahap dewa selepas dah lama menyepi. Adakah beliau masih diterima oleh rakyat dengan pelbagai kata-kata yang berbau sampah? Adakah rakyat masih boleh menerima si peguam tua nie, selepas beberapa siri demo haram anjuran beliau dan kuncu-kuncunya tiada sebarang tindakan dan hasil yang dibuat oleh mereka.
Hanya mengajak rakyat ke jalanan tapi hasilnya entah apa-apa. Masih ingat dengan siri pembohongan mereka bahawa kononnya sistem pilihanraya tidak telus dan SPR menipu. GR ingin meningatkan semua, mana bukti-bukti 40ribu Bangla yang dikatakan 'membuang undi' pada BN? Mana bukti tempat pengiraaan undi blackout?
MANA BUKTINYA, SEHINGGA SEKARANG TIADA SEBARANG LAPORAN POLIS DIBUAT? HINGGA SEKARANG TIADA BUKTI PASSPORT BANGLA YANG MENUNJUKKAN BERI UNDI PADA BN!!! MANA WAHAI SI PEGUAM TUA NAK MAMPOS!!!
Atas sebab dirinya tak laku, GR lihat beliau cuba unutk menaikkan namanya kembali dalam arena politik negara. Semalam, ucapan DS Zahid Hamidi dikatakan berbau ugutan. Adakah beliau faham maksud ugutan dan juga gurauan??
Apakah kenyataan pemimpin pakatan selama ini tidak pernah berbau ugutan atau hasutan? Jika benar kenyataan DS Zahid Hamidi berbau ugutan, di manakah bukti undian pengundi yang benar memihak kepada UMNO/BN?
Ambiga tau tak bahawa pembekalan baju baru pada RELA telah lama dipersetujui oleh kabinet dan telah pun diseragamkan. Cuba kita fikir, janji pakatan pada rakyat pernah ker mereka tunaikan? Ada tak mereka pedulikan tuntutan rakyat, yang mana selama ini mereka perjuangkan. Kononya lah...jadi mangsa rakyat diperbodohkan macam kerbau.
Korang tengok sendiri kenyataan si peguam tua ni. Pandangan GR, kenyataan ini seharusnya untuk mereka sendiri. Rakyat perlu menunjukkan bukti tanda sokongan mereka dengan undi. Tapi undi yang macam mana? Rakyat yang bijak saja boleh menilai demi masa depan mereka yang lebih baik. Adakah mereka inginkan pemimpin yang hanya pandai bercakap sana sini, atau mereka mahu pemimpin yang boleh buat kerja?
Siapa yang sebenarnya mengamalkan politik keganasan? Demo sana sini, rosakkan harta benda awam dan jejaskan ketenteraman awam...itu politik namanya wahai si Ambiga peguam tua. Bukannya GR tak tau agenda tersembunyi anda dalam aktiviti Sister In Islam. Tungguuuuuu...pendedahan akan dibuat demi menyelamatkan umat Islam di Malaysia.
Korang fikirlah dengan bijak, Zahid betul ke Ambiga cuba jadi bijak pandai dengan putar alam yang dia buat. Orang macam dia, biasalah kan tak putar alam memang tak sah. Kih kih kih.....
GR kata: Alamak Dyana, pakai diadoren tak? Kih kih kih....
Friday, May 23, 2014
CALON DAP DAN BN TOLAK HUDUD? APA NASIB ORANG MELAYU ISLAM DI TELUK INTAN? #PRKTelukIntan #Battle4TelukIntan
Betul ker apa yang cakap-cakap dalam jentera UMNO yang 'bersuka-ria' di Teluk Intan mengatakan bahawa calon muka manis dan cute ni Dyana Sofya akan menang dengan majoriti besar dalam PRK kali ini.
Selama GR di Teluk Intan bersama dengan kedua-dua jentera parti yang bertanding, pemimpin DAP yang berasal dari kawasan merasakan TIDAK PUAS HATI kenapa orang luar diletakkan sebagai calon untuk PRK kali ini. Mereka sudah mula ada perasaan was-was dengan pucuk pimpinan DAP. Ada dikalangan pemimpin di Teluk Intan yang bersiap sedia untuk menjadi calon dan layak dipandang sebelah mata oleh boss-boss mereka.
Pernah tak kita terfikir, jika calon BN diletakkan seorang wanita yang lebih cantik dari Dyana Sofya dan tidak bertudung...apa akan jadi? Sudah tentu jentera pakatan hentam calon BN ini secukup-cukupnya. Tapi sekarang, kenapa PAS berdiam diri? Jentera UMNO/BN juga lebih ramai suka dari hentam diaorang. Kenapa tak temberang jugak??
Salah satu perjuangan Dyana di Teluk Intan, hapuskan UiTM. Kenapa tak berani nak hapuskan SJK (C)?
Wahai Dyana, janganlah dipertikaikan kewujudan UiTM. UiTM tidak pernah menjadi milik UMNO pun, tetapi adalah milik mutlak bangsa Melayu bumiputera bagi membantu mereka merapatkan jurang sosioekonomi kaum lain yang lebih terkehadapan.
UiTM menjadi pengimbang sosioekonomi Melayu bumiputera agar bangsa Melayu seperti Dyana tidak lagi memerlukan tongkat untuk maju dalam kerjaya dan kehidupan. Tahniah Dyana, anda tidak lagi memerlukan tongkat itu, tapi anak-anak dan cucu-cucu kamu mungkin masih memerlukan selagi jurang sosioekonomi terus wujud.
Persoalannya mengapa gemar sangat DAP menyentuh institusi pendidikan ulung istimewa orang Melayu bumiputera itu. Adakah kerana ia semakin hebat sekarang? Institusi itu ternyata cemerlang dalam melahirkan siswazah yang cukup berjaya dari dulu hingga sekarang.
Mengapa Dyana terlalu terharu apabila Kit Siang melinangkan air mata kerana UiTM. Mengapa Dyana tidak melihat berapa ramai lagi bangsanya sendiri yang menangis kerana keciciran?
Siapa yang memenuhi kolej-kolej dan universiti-universiti swasta yang tidak mampu dimasuki oleh pelajar-pelajar miskin? Korang ada fikirkan tak??
Dyana kata, UiTM milik UMNO...untuk pengetahuan Dyana, sekolah Cina juga bukan milik MCA atau DAP. Ia adalah milik rakyat. Maka itu ia sepatutnya menjadi seperti sekolah rakyat atau sekolah kebangsaan. Sebagai sekolah milik rakyat ia harus menggunakan bahasa rakyat Malaysia iaitu bahasa kebangsaan sahaja.
Bagaimana pula dengan Datuk Mah? Adakah keinginan beliau untuk mencuba nasib sekali lagi di Teluk Intan? Ramai dikalangan pakatan pembangkang dan BN bercakap Datuk Mah ada peluang untuk menang. Ini kerana trend pengundi sekarang sudah mula beralih arah, ini disebabkan undi mereka sebelum ini meleset atas sebab marah pada Kerajaan.
Adakah orang Teluk Intan boleh berikan mandat pada kawan mereka sendiri di Teluk Intan? Kawan yang GR maksudkan adalah Datuk Mah sendiri yang merupakan ANAK JATI Teluk Intan. Pengundi membuat pilihan atas sebab rupa paras atau pun gerak kerja yang boleh membantu mereka dalam semua aspek.
Dua-dua calon cuba nak tolak Hudud, korang rasa siapa yang betul? Pandangan GR tengok pucuk pimpinan parti yang menyokong dan berusaha untuk direalisasikan Hudud ini. Rasa-rasanya siapa yang perjuangkan, siapa yang memain dan siapa yang cuba tidak menyokong dan menghalang pelaksanaan Hudud nie? Korang fikirlah sendiri!!
GR kata: Pilih pemimpin yang boleh buat kerja, bukannya pemimpin yang tak boleh jawab soalan dan kawal semua benda!!
Friday, May 16, 2014
#PRKTelukIntan: Adakah Pengundi Dah Lama Menyampah Dengan UMNO/BN Atau....??
PRK Teluk Intan adakah UMNO/BN masih sedap membuta buat air liur basi, tengah sedap mimpi basah atau pun sebaliknya??? Adakah pemimpin-pemimpin UMNO sedar atau tidak bahawa prestasi mereka sekarang sudah mula merudum...
Betul atau tak?? Apa pendapat korang?
Jika benar penamaan calon nanti DAP meletakkan calon awek cun ini, adakah pengundi Teluk Intan yang majoritinya Cina boleh memberikan mandat baru pada calon awek Melayu nie atau masih kekal dengan sentimen perkauman??
Kalau kita ajukan soalan kepada pimpinan UMNO apakah Melayu sudah kembali menyokong UMNO? Jawapan selamba tahan konfiden mereka akan berkata 'Off Course Bro!"
Adakah mereka tahu dengan peratusan pengundi muda yang dah mula 'menyampah' dengan UMNO/BN? Jika mereka tahu, apa yang Pemuda dan Puteri UMNO/BN buat? Masih ditakok pemikiran lama ker? Tolonglah bro...jangan duk mengalamun lama sangat, nanti apa pun tak boleh tau!!
Malah ramai pimpinan UMNO berpendapat pada PRU 13 2013 yang lalu, hanya undi kaum CINABENG sahaja yang membuatkan UMNO/BN senak perut disemua peringkat samada DUN mahupun Parlimen. Mereka yakin bahawa pengundi orang melayu yang keluar mengundi pada tanggal 5 Mei 2013 pastinya telah pun memangkah UMNO-BN pada kertas undi masing masing.
Menjelang PRK Parlimen Teluk Intan sudah berkumandang cerita DAP mahu 'check-mate' pengundi pengundi melayu di Teluk Intan. Anak muda berbangsa melayu kelahiran famili UMNO akan menjadi taruhan parti paling Chauvanist dalam dunia.
DAP diberitakan akan meletakan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon. Awek Melayu kacukan cina berusia 26 tahun yang bertugas sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang ini akan digilap untuk menggantikan 'aura' Nurul Izzah sebagai Ikon anak muda.
PM Najib, TPM Muhyiddin dan semua pemimpin UMNO/BN harus fikirkan kenapa ramai pengundi muda tidak lagi berminat dan berselera dengan UMNO/BN? Kenapa mereka lebih cenderung dan lebih meminati untuk menyokong Pakatan Pembangkang?
Kalau dibuat segmentasi diagihkan pecahan kelompok pengundi, sudah pastilah golongan pengundi muda amat sukar untuk menyokong penuh pimpinan UMNO/BN.
Kalau dibuat perbandingan, tradisi dan budaya UMNO-BN masih lagi membariskan ramai pimpinan yang dah melepasi waktu maghrib dan Isya'. Maksudnya golongan usia '5 Series'. Terlalu sedikit tokoh tokoh muda yang mewakili UMNO.
Tolonglah buka mata, lakukan sesuatu demi menyelamat dan mempertahankan Kerajaan yang mentadbir sekarang. Jika DAP berjaya dengan 'muslihat' mereka di Teluk Intan ini, nampak gayanya sentimen pengundi bukan atas dasar RACIST...bukan atas dasar calon cun melecun...tapi mungkin hati mereka dah MENYAMPAH teruk dengan UMNO/BN. Fikir-fikirkanlah....
GR kata: Rakyat masih sayangkan kerajaan?? Pikirlah sendiri....
Subscribe to:
Posts (Atom)








