Showing posts with label Janji Ditepati. Show all posts
Showing posts with label Janji Ditepati. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

BAB NIE PENCACAI PAKATAN CUKUP SUKA..!!


Kalau sebut pasal duit semua orang suka betul tak. Jangan kata suka siap sanggup berebut kalau tiba-tiba ada saudagar kaya ker tabur duit di khalayak ramai confirm kita semua serbu betul tak? Tapi ramai juga orang kata kalau bab duit ni boleh putus saudara dan sahabat. Inilah lumrah hidup dan seharusnya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan pada kita.

Dalam kita bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi ada juga pihak yang tak bertanggungjawab cakap macam-macam. Duit yang kita terima itulah rasuah, duit haramlah, tak bau Syurgalah dan macam-mcam lagi...tapi dalam pada itu mereka ini yang dahulu ke depan untuk menerima bantuan yang diberikan. Inilah dia manusia yang tak faham erti bersyukur.

Gembiran melihat adik-adik kecil kita pada hari ini, sekali lagi Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri telah pun sekali lagi MENUNAIKAN janji mereka dalam Bajet 2013. Bantuan persekolahan RM 100 telah diberikan pada seramai 4.98 juta pelajar sekolah di seluruh Malaysia.

Bantuan ini diberikan untuk kali kedua pada tahun ini adalah kerana pandangan yang baik diberikan oleh ibu bapa yang bersyukur dengan bantuan yang sama diberikan pada tahun lepas. Dengan bantuan ini juga dapat meringankan beban mereka dalam membeli keperluan sekolah anak-anak mereka lebih-lebih lagi diperingkat awal persekolahan.

GR nak beritahu pada mereka yang mengatakan bantuan ini adalah gula-gula politik BN dan juga gula-gula pilihanraya hentikan jelah. Yang berebut ambil pun kalau tak bersyukur pun tak tau lah. Inilah kerajaan zalim yang korang duk kata sejak dulu kan. Kerajaan zalim tapi menjaga serta membantu kebajikan rakyatnya. Macam mana tu?? Fikir-fikirkanlah yer masing-masing dah besar panjang.....


GR kata: Puak yang tak bersyukur ni elok kita bagi depa semua apa??

Sunday, October 14, 2012

Rakyat Kuantan Dapat Bas Baru!? Cayalah #RapidKuantan @NajibRazak


Untuk Siaran Segera

Khamis, 11 Oktober 2012

KUMPULAN PERTAMA 40 STAF RAPIDKUANTAN MULAKAN KARIER BARU


Anak Kuantan, Shamsul Abdul Samad, yang bersama-sama 39 lain menjadi staf pertama RapidKuantan, berazam untuk menggunakan peluang yang dimilikinya sekarang untuk menabur bakti kepada para penduduk bandar berkenaan dan negeri Pahang seluruhnya di samping menyara keluarga.

“Sebagai anak Kuantan, saya faham sangat dengan masalah orang di sini yang menghadapi kesusahan dalam soal pengangkutan awam. Kedatangan RapidKuantan ke Kuantan sememangnya sesuatu yang telah lama dinantikan oleh kami,” kata bekas agen tiket bas ekspress di Terminal Makmur ketika ditemui hari ini.

Katanya: “Apabila mendapat tahu bahawa perkhidmatan bas RapidKuantan akan diperkenalkan di Kuantan ini, saya terus membuat keputusan untuk memohon. Alhamdulillah, permohonan untuk bekerja saya diterima,” kata Shamsul, 42, yang melaporkan diri di pejabat sementara RapidKuantan di Stadium Darul Makmur semalam.

“Sememangnya, keadaan sekarang adalah jauh lebih baik daripada zaman saya sekolah dulu. Tetapi, ianya masih tidak mencukupi kerana perkhidmatan bas di Kuantan ini bergantung kepada perkhidmatan bas yang beroperasi di luar bandar Kuantan.

“Kerana itu, jadual perjalanan bas terlalu sukar dijangka. Saya harap RapidKuantan akan dapat menyediakan kekerapan bas yang lebih konsisten,” kata Shamsul, yang membesar dan bersekolah di kawasan perkampungan di Batu Lima, Kuantan.  

Sehingga bas-bas baru RapidKuantan tiba pada 15 November depan, para pemandu ini akan diberi latihan dalam kelas termasuk mengikuti kursus untuk mendapat lesen memandu kenderaan awam atau PSV. RapidKuantan akan memulakan operasi pada 1 Disember depan dengan fasa pertamanya meliputi tiga laluan.

Laluan-laluan berkenaan ialah laluan antara Gambang dan Terminal Makmur, yang juga stesen bas utama untuk bandar Kuantan; Laluan antara Bandar Indera Mahkota ke Teluk Cempedak; dan laluan daripada Kompleks Mahkamah ke POLISAS di Semambu.

Menurut Pengarah Divisyen Bas Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana), Encik Zohari Sulaiman, misi  RapidKuantan adalah untuk memberikan perkhidmatan pengangkutan bas awam yang efisien dengan menggunakan pengalaman dan pendekatan membangunkan perkhidmatan bas untuk RapidKL dan RapidPenang. 

Untuk ketiga-tiga laluan di Kuantan, Zohari berkata bahawa komitmen syarikat adalah untuk menyediakan perkhidmatan dengan kekerapan pada kadar 15 minit untuk waktu puncak.

Katanya, selain pemandu bas, RapidKuantan akan turut mengambil para pekerja untuk mengisi pelbagai kekosongan lain dalam operasi unit, yang sekarang ini diletakkan di bawah pentadbiran dan pengurusan RapidKL.

“Kecenderungan kami adalah untuk mengisi semua jawatan dengan orang-orang Kuantan. Ini adalah kerana kami juga mahu menjadikan perkhidmatan RapidKuantan ini sebagai institusi meningkatkan taraf kehidupan para penduduk Kuantan dan negeri Pahang seluruhnya.

“Selain daripada terus menyediakan pekerjaan, perkhidmatan bas RapidKuantan akan memastikan mobiliti di bandar. Ini akan meningkatkan produktiviti dan seterusnya merancakkan ekonomi negeri Pahang,” tambah Zohari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana Azhar Ghazali di 019-3837865


GR kata: Mana Fuziah Torron yer..??

Artikel pelbagai