Showing posts with label BN WP. Show all posts
Showing posts with label BN WP. Show all posts
Wednesday, March 20, 2013
PASAR CHOW KITT NAIK TARAF! TEMPAT BARU UNTUK USAHAWAN CARI REZEKI!
Pasar Raja Bot yang begitu dikenali di Chow Kit di sini akan melalui pembangunan semula dengan peruntukan sejumlah RM200 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.
Muhyiddin berkata, projek itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memodenkan pasar sedia ada, yang diwujudkan pada tahun 1955, kepada ikon mercu tanda.
“Projek ini akan melibatkan 48,000 hekyat yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan di kawasan berkenaan,” katanya yang berucap pada majlis pelancaran projek itu di sini.
Beliau berkata, pasar baru itu dijadualkan siap sepenuhnya pada 2017 akan bercirikan seni bina Melayu, dengan menempatkan 1,527 peniaga sedia ada.
“Gerai-gerai yang lain akan ditawarkan kepada usahawan muda yang mahu menjalankan perniagaan,” katanya, sambil menambah bahawa bangunan bertingkat itu akan mempunyai 800 tempat letak kereta.
Beliau berkata, kawasan sementara akan diwujudkan untuk peniaga yang terjejas ekoran projek itu, yang akan berpindah ke pasar baru secara berperingkat.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.
GR kata: Terima kasih Kerajaan...lepas nie Chow Kitt dah tak ade 'ayam' sepah sana sini.
Labels:
BN WP
Friday, June 15, 2012
RAHMAT ALLAH S.W.T BERIKAN PADA RAKYAT BDR TUN RAZAK! @rizalmanmokhtar @Khalid_Ibrahim #bn4wp cc: @MuhyiddinYassin
Semalam sekali lagi YAB Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan kerja ke Parlimen Bdr Tun Razak. Apa yang bestnya, tahun ini saja sudah lebih 2x YAB TPM mengadakan lawatan ke Bdr Tun Razak. Yang menyedihkan lagi, di manakah Ahli Parlimen Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak menyambut kedatangan YAB TPM di Bdr Tun Razak?? Inikah sikap baik yang ditunjukkan oleh seorang pemimpin??
Lawatan YAB TPM semalam di Bdr Tun Razak bermula dengan sesi soal jawab bersama Persatuan NGO di Institut Latihan DBKL. Selepas menunaikan Solat Zohor di Surau Kg Malaysia Raya, YAB TPM meluangkan masa sebentar menjamu selera bersama penduduk Kg Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.
Ada beberapa permohonan daripada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan, antaranya memohon untuk memanjangkan tempoh pemilikan tanah yang diduduki mereka sekarang. Menariknya, permohonan tersebut telah dipersetujui oleh TPM secara tak rasminya. Selepas itu, YAB TPM ke Pekan Sg. Besi untuk mendengar taklimat pembangunan Masjid Jame' Ibnu Khaldun.
Persoalannya yang GR ingin utarakan kepada Ahli Parlimen Bdr Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim a.k.a Khalid Gagap kenapa tidak pernah turun padang bertemu rakyat. Kenapa tidak boleh meluangkan sedikit masa bersama rakyat di Bdr Tun Razak?? Kenapa tidak ada sebarang perubahan dan pembangunan untuk rakyat Bdr Tun Razak?? Kenapa dan kenapa?? Janganlah menjadikan alasan kesibukan kerja sebagai Menteri Besar Selangor anda tidak boleh turun padang bertemu rakyat. Mandat yang rakyat berikan kenapa tidak digunakan dengan sehabis baik. Janganlah makan gaji buta dan gilakan kuasa yer YB Khalid Gagap...Pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah pemimpin seperti inikah yang perlu diangkat untuk membantu rakyat???
Di atas lawatan kerja YAB TPM semalam, masyarakat Bdr Tun Razak sangat berterima kasih dengan Kerajaan meluluskan pembangunan di Bdr Tun Razak serta menyelesaikan masalah masyarakat Bdr Tun Razak selama ini. Kelulusan bantuan yang diberikan oleh YAB TPM ialah :
- Sambungan pajakan tanah 99 tahun kepada penduduk Kg. Malaysia Raya dan Kg. Malaysia Tambahan.
- Pembinaan bumbung untuk gelanggang futsal Kg. Malaysia Rakya sebanyak RM 300 ribu.
- Peruntukan RM 300 ribu untuk menaiktarafkan Surau sementara di Pekan Sg. Besi.
- Peruntukan RM 300 ribu untuk menaiktaraf Pusat Penjaja di Pekan Sg Besi.
- Peruntukan RM 200 ribu untuk menurap kawasan letak kereta di Pekan Sg. Besi.
- Kebenaran menggunakan Banglo milik MAWIP untuk dijadikan Surau sementara di Pekan Sg. Besi.
- Kelulusan pembinaan Surau di PPR Muhibbah Bkt Jalil sebanyak RM 600 ribu.
- Kelulusan pembinaan dewan masyarakat di PPR Muhibbah Bkt Jalil sebanyak RM 1.3 juta.
- Pembinaan baru Masjid Jame' Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi sebanyak RM 9.5 juta.
GR ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YAB TPM dan Kerajaan BN yang selama ini sentiasa mendengar keluhan rakyat khususnya di W.Persekutuan. Bukan itu saja malah berusaha memberikan kemudahan dan pembangunan yang terbaik untuk rakyat serta keselesaan rakyat demi masa depan yang baik untuk mereka. Tahniah juga GR ucapakan kepada UMNO/BN Bdr Tun Razak yang tidak putus asa sentiasa memberi bantuan kepada masyarakat Bdr Tun Razak. Kepada pembaca sekalian, fikirkanlah yang terbaik demi masa depan kita semua. Jika inginkan pemimpin Pakatan Rakyat menjadi wakil rakyat anda lihatlah apa yang mereka lakukan selama mereka menjadi wakil rakyat untuk anda. Kalau selama memegang mandat sebagai Ahli Parlimen mahupun ADUN turun padang setahun sekali baik tak payah jadi pemimpin....
GR kata: Khalid Gagap MP malas yang makan gaji buta...!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)







