Thursday, April 10, 2014

ANAK BUAH ANWAR MEROYAN TAK SOKONG #GST, TAPI ANWAR SOKONG PULAK! MANA SATU NIE?


Apa sebenarnya agenda bongok puak pakatan haprak yang beria-ia meroyan menolak GST untuk dilaksanakan di negara kita. Lihat saja gambar di atas, dalam minggu ini bila GST dibentangkan di parlimen, puak-puak memekik terlolong kononnya membantah GST.

Macam nie contoh yang baik ditunjukkan oleh wakil rakyat yang telah dipilih oleh kita? Korang pikir sendirilah yer. Sebenarnya apa saja dasar kerajaan yang baik demi kepentingan rakyat dan negara akan disanggah.

Kita semua tahu, pakatan sudah tiada cara lain untuk menang didalam pilihanraya. Rakyat ternyata menolak politik kotor pakatan. Setiap pembohongan dan kerja jahat mereka sering kali terbongkar. Di luar sana rakyat tidak sebodoh seperti yang mereka sangkakan.

Pasal GST nie, banyak komen yang GR lihat katanya membebankan rakyat. Korang semua tahu ker? Kedai mamak tepi jalan kena GST ker? Warong apek jual kopi kena GST ker? Kalau betul diaorang semua kenakan GST itu semua MENIPU. Perniagaan yang dilaksanakan adalah untuk perniagaan yang melebihi RM500 ribu ke atas, barulah mereka itu layak untuk daftar GST. Ini salah satu contoh dan banyak lagi.

Pada yang meroyan tu, korang tengok sendiri video yang Boss korang cakap nie. Dia SOKONG GST dilaksanakan dan efisyen. Ini pun korang kata menipu ek? He he he...



GR kongsikan sikit apa itu GST pada yang masih buat-buat tak paham tu :

VAT/GST diperkenalkan di Perancis pada 1954 oleh Maurice Lauré, untuk mengganti sistem yang sangat bergantung kepada cukai yang tidak menentu berdasarkan jualan bagi menyeimbang dengan sistem cukai pendapatan yang tidak begitu berkesan.

Kini 138 negara melaksanakan Value Added Taxes (VAT) sementara beberapa negara – terutama US, mengenakan cukai jualan, biasanya cukai pada satu aras sahaja diperingkat runcit. Dalam hamper semua negara cukai-cukai ini adalah sama ada penyumbang terbesar atau penyumabang kedua besar kepada peroleh negara.

GST atau dalam Bahasa Inggeris Goods and Services Tax adalah sejenis cukai di mana apa sahaja barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna mengandungi elemen cukai. Sebab itulah ia juga dikenali sebagai cukai kepenggunaan (consumption tax). Dalam erti kata yang lain, asasnya jauh lebih luas daripada Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang.



GR kata: Jadi pakatan kan senang, semuanya diaorang bangkak. Kalau tak, tak boleh cari makan yer tak?? Hi hi hi....

No comments:

Artikel pelbagai