Monday, March 10, 2014

Update #MH370: Jumpa Cermin Pintu Kapal Di Laut Bukan MH370 Yang Punya


SEPANG: Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menafikan bahawa serpihan yang ditemui berhampiran Pulau Tho Chu adalah daripada bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata pihak berkuasa mengesahkan bahawa objek yang terapung di laut kira-kira 100 kilometer di selatan pulau itu tidak sepadan dengan pesawat yang hilang sejak awal pagi Sabtu lalu.

Objek berkenaan ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat Singapura.

"Bagaimanapun buat masa ini kita masih mengenal pasti jika tompokan minyak yang ditemui sepadan dengan pesawat B777-200 berkenaan dengan pihak yang berkaitan," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan bahawa Azharuddin berkata, operasi mencari kini menggembleng bantuan antarabangsa dari Vietnam, China, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, Thailand, Australia dan Filipina membabitkan sebanyak 34 pesawat dan 40 kapal.

Beliau berkata DCA mengetuai operasi mencari dan menyelamat serta proses siasatan.

Setakat hari ini, pencarian dari udara, bermula mulai pukul 7 pagi dan berakhir pada 7 malam manakala gerakan mencari di laut diteruskan.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata operasi mencari dan menyelamat tidak membabitkan kapal selam dari negara-negara yang membantu.

"Mereka tidak menghantar kapal selam, sesetengah daripada mereka menghantar kapal penyelamat termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kedua-duanya berbeza sama sekali," kata beliau.

Zulkifeli berkata dua buah kapal peronda maritim dari Australia akan tiba tengah malam ini, dan pagi esok.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima tawaran daripada rakan sejawatan beliau dari Australia, Tony Abbott, untuk membantu dalam gerakan mencari pesawat itu.

Persidangan media berikut oleh pihak berkuasa akan diadakan pukul 12 tengah hari esok.

Penerbangan MH370 MAS yang membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 pagi pada Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi.


GR kata: Teruskan mohon doa pada Allah S.W.T

2 comments:

Anonymous said...

Saya syak yg. HILANG Passport tu ejen-ejen Mossad-CIA; maka Kem. Luar kita juga harus minta siasatan terperinci terhadap dua rakyat Eropah Itali dan Austria tersebut; jgn. hanya tumpukan pd yg. 'mencuri' passport mereka! Ramai rakyat Eropah yang juga ejen ZIONIS (lihat http://www.presstv.ir/detail/2014/02/22/351741/germany-offers-to-represent-israel/, Germany offers to represent Israel in some Muslim countries, Feb 22, 2014)!

Kem. Luar diharap JANGAN membenarkan perisik Amerika/British mahupun S'pura menyiasat - kerana CIA-MI6 dan perisikan S'pura dikuasai Mossad-ZIONIS (lihat di - http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009)! Baik panggil Kedutaan Russia utk. membantu - yg. punya pakar terkemuka dan bukan pengampu Barat-Zionis! Lagipun kan ada rakyat Russia yg. juga penumpang MAS itu.

Walaupun kita dalam kesedihan ini, jgn. lalai dgn. mempertahankan keselamatan agama, bangsa dan negara, dgn. memberi peluang kpd. musuh-musuh DALANG-DUA-MUKA KAPIR DAJAL mengambil peluang!

Saya syaki, kejahatan perampasan pesawat MAS kita ini, mungkin perbuatan CIA-Mossad, yg. berkaitan politik Geopolitik yg. paling dajal, dgn. tujuan, seumpama peribahasa “killing two birds with one stone” (mensasarkan Malaysia dan China dgn. sekali gus - lihat bagaimana pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas - di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013):

1. Menghuru-harakan China dan menambah kebencian pd. Islam/umatnya, oleh rakyat China dan Bukan Islam di M'sia serta seluruh dunia, kerana 'PENGGANAS' akan dituduh dari umat Islam Uighur Xinjiang kononnya. Tengoklah tuduhan si BETINABANGKAIBABIDAP dan lapuran EVANGELIS Star di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/09/Missing-MAS-flight-Uighur-link/, Missing MAS flight: Authorities not ruling Uighur link out, March 9, 2014.

2. Maka, Malaysia dan China akan dipaksa utk. menerima kerjasama dari Barat-Zionis, terutamanya CIA dan MI6. dan inilah yg. dimahukan si PAP-DAPBANGKAI, yg. disyaki ditaja CIA-MI6-Mossad.

3. UMNO, k'jaan Islam/Melayu dan MAS kita akan terus dipersalahkan. Bahkan rakyat Cina di China juga akan dihasut membenci BUMIPUTERA Islam/Melayu di Tanah Melayu ini.

4. MAS akan dipaksa utk. bergabung dgn. syarikat Barat-Zionis - spt. sy. penerbangan Arab-Islam yg. telah di'Barat-Zionis'kan contohnya Emirate, Qatar dan Etihad Airlines (apalagi MAS makin dipenuhi konsultan luar termasuk dari Barat dan lihat di http://theunspinners.blogspot.com/2013/08/idris-jala-cadang-jual-omar-ong-jadi.html, Idris Jala cadang jual, Omar Ong jadi konsultan sebat komisyen?, by The Unspinners, 8/15/2013 )

Saya juga berharap mana-mana pegawai k'jaan terutamanya yg. Islam/Melayu jgn. bagi lagi maklumat terutamanya di WhatsApp dan Facebook tentang maklumat peribadi yg. menyeluruh atau awam, terutamanya tentang tugasan diplomatik di luar negara dan dlm. negara juga. Facebk dan WhatsApp dikuasai Mark Zuckerberg, yg. disyaki antara Zionis plg. licik tapi plg. mrbahaya - yg. disyaki agen CIA-Mossad.

Semoga ALLAH SWT menyelamatkan penumpang MAS ini semua, INSYA-ALLAH, tapi memang sedih betul.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Haaahaaa.. halusinasi tinggi.

Artikel pelbagai