Wednesday, January 22, 2014

KES LAHAD DATU, @tianchua SEBENARNYA KALAH DAN MALU DIRI SENDIRI! @NajibRazak

Isu pencerobohan Lahad Datu adalah merupakan sejarah hitam di negara kita. Tumpahan darah pejuang negara berjuang mempertahankan negara harus dikenang sampai bila-bila.

Semalam GR berkesempatan jumpa minum teh dengan lawyer yang mewakili UMNO dalam kes ini yang juga kawan GR. Dalam tengah borak-borak kosong GR pun bertanyakan pasal kes Tian Chua nie.

Beliau menyatakan Tian Chua sendiri yang berjumpa beliau menyatakan kenyataan beliau salah dan mengaku kesalahan beliau. Betul Tian Chua tak mahu mohon maaf tapi beliau KESAL...bukan ker maksudnya sama, betul tak YB??

Pertama: Tian Chua membuat kenyataan kesal sudah jelas menampakkan beliau sudah merasa tidak ada peluang untuk menang isu ini. 

Kedua: Perkataan KESAL dan mohon maaf membawa makna tidak jauh beza dan meminta maaf sama sekali tidak akan dilakukan oleh mana-mana ahli politik Pembangkang yang sombong walau sekalipun.

Sebagai contoh seorang anak yang buat kesalahan besar pada ibu bapanya menyatakan "Saya kesal dan tak akan ulangi perbuatan tu lagi"...Adakah seorang bapa tersebut terima luahan kekesalan anakny....dan rasanya si bapa terima tak? Fikir lah sendiri yer.

Ketiga: Tian Chua masih ada kes lain berkaitan Lahad Datu dan kenyataan beliau menyatakan perasaan kesal ini boleh membantu pendakwaan tersebut barangkali.

Keempat: Dalam isu mahkamah SUK UMNO Dato' Raof yang bertanggungjawab dan menjadi penama rasmi dan keputusan menerima tawaran Tian Chua sudah dirujuk pemimpin atasan oleh beliau sebelum dijalankan oleh peguam bagi pihak UMNO.

Harus kita ingat parti politik dari mana-mana pihak tak boleh untuk membuat tindakan saman mahkamah...itu termaktub dalam undang-undang. Jadi orang-orang UMNO boleh teruskan saman pada Tian Chua demi pertahankan nasib pejuang negara yang berjuang.

Selepas memgetahui cerita sebenar dari kawan lawyer ini barulah GR tahu cerita yang sebenar. Mungkin sebelum kita baca dari semua sumber dan maklumat yang diterima tak 100% tepat.

Dari segi saman fitnah Tian Chua jika kalah hanya perlu membayar sejumlah wang bukan boleh dipenjarakan. Kecuali kes jenayah baru dia boleh dipenjarakan. Tapi dalam kes ini Tian Chua mengaku kesalahan beliau sendiri.

Walaupun digugurkan selepas kenyataan kesal dibuat dan artikel ditarik kembali ia tidak bermakna ribuan laporan Polis yang dibuat sia-sia sahaja kerana ia masih dapat menjadi bukti kemarahan ahli UMNO terhadap kenyataan ahli politik tersebut yang mungkin menjadi punca beliau menarik balik kenyataannya.

Paling jelas Keadilan Daily juga telah setuju menarik balik artikel mengaitkan UMNO dengan kes Lahad Datu sekaligus meranapkan imej mereka sebagai organ rasmi parti pembangkang yang sudah beberapa kali menyiar laporan fitnah dan tidak berasas. Ia akan menjadi rujukan dalam apa sahaja isu untuk menjatuhkan kredibilitinya sebagai organisasi rasmi Pembangkang yang langsung tidak boleh dipercayai.

Kadang kala apabila melihat peguam penasihat undang-undang UMNO yang telah beberapa kali PRU membantu UMNO dalam petisyen dihentam  sebegitu rupa, GR terfikir adakah ada 'duri dalam daging' antara kita hingga dilihat penyokong UMNO melakukan perkara yang mengguris hati banyak pihak?

Menghina sesama kita tidak akan menyelesaikan masalah bahkan menimbulkan lebih banyak masalah.

Kaedah menegur juga perlu dijaga dan sebagai Melayu Islam sudah tentu kita diajar cara kias dan sindiran untuk menyampaikan mesej agar tidak mencederakan perasaan insan sesama agama yang lain.

Kita perlu ingat, saman fitnah dalam undang-undang jika pihak yang menabur fitnah mengaku kesalahannya....apa lagi yang perlu kita buat? Bertindaklah guna akal fikiran yang Allah S.W.T anugerahkan pada kita. Janganlah kita ikut perangai dan rentak puak pakatan haprak yang mahu menjatuhkan Melayu dan Islam di negara kita.


GR kata: Jangan jadi bodoh macam Tian Chua.


Sent from Samsung Galaxy Note

No comments:

Artikel pelbagai