Friday, December 20, 2013

PM @NajibRazak PERNAH FIKIR TAK ORANG PALING MARAH BILA SEMUA BARANG NAIK? @PMOMalaysia


Semakin hari kita lihat pentadbiran kerajaan di bawah DS Najib Tun Razak seperti sudah hilang taringnya. Adakah PM Najib masih ingin mencuba nasibnya memerintah negara untuk term yang ke 2?

Janganlah ikut rentak pakatan haprak yang suka cuba dan try nasib....jawabnya tergadai nanti apa pun tak guna. PRU13 telah menunjukkan rakyat masih menaruh harapan pada UMNO dan BN untuk mentadbir negara. Janganlah cuba untuk menghilangkan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, tak mustahil perasaan benci itu akan timbul dan pucuk pimpinan yang dipegang akan hilang begitu saja.

Apakah janji-janji BN yang diberikan sebelum ini hanya indah khabar dari rupa? Rakyat sekarang bukan seperti dahulu, mereka lebih bijak menilai dengan fikiran dan penglihatan yang Allah S.W.T kurniakan pada kita semua. Jangan cuba buat rakyat seperti guli...bila diperlukan macam-macam diberi tapi hasilnya sendiri mau ingat.

Barisan kabinet yang ada sekarang, adakah mereka benar-benar boleh buat kerja? Adakah mereka ini layak untuk dipanggil menteri? Adakah disebabkan ada ikatan persaudaraan dan kawan baik mereka diberikan jawatan sedemikian? Tapi hasilnya dalam masa 6 bulan selepas PRU13, apa yang dijanjikan indah khabar dari rupa.

Selepas PRU13, harga minyak naik agak tinggi jugak walaupun beberapa sen. Pernahkah PM Najib terfikir akan golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan ke bawah? Adakah sedar golongan ini juga memainkan peranan tinggi dalam menentukan pucuk pimpinan kerajaan?

Bukan itu saja, jawapan yang diberikan oleh Menteri-menteri juga seperti tak masuk akal. Budak sekolah pun masih boleh berfikir dengan matang....seperti "Jangan makan ayam kalau naik harga"..."Tak apa jika ada rasuah dalam pembelian senjata"..."Jangan beli rumah kalau harga naik" dan macam-macam lagi. Pak Menteri ni semua gunakan otak sebelum bercakap tak? Pak Menteri ni semua pernah merasai apa yang rakyat rasa tak? Senang citer kalau Pak Menteri dan PM Najib duduk dalam situasi rakyat sudah pasti merasai denyut nadi mereka.

GR ingat lagi PM Najib pernah kata Menteri Berjiwa Rakyat. Soalnya berapa ramai menteri yang berjiwa rakyat dalam kabinet sekarang? Seperti kita bekerja mesti ada target pencapaian bila jawatan diberikan pada kita betul tak? Biasanya tempoh percubaan 3 bulan, tapi dah hampir 6 bulan...kenapa masih tiada rombakan kabinet dibuat?

Siapa penasihat PM Najib sebenarnya yang masih nak simpan menteri yang tak boleh buat kerja? Betul juga kata tokoh wartawan tu cakap baik Rosmah jadi menteri....sampai sorang menteri tu diberikan 'amanah' kononnya 'layak' untuk pegang 2 kementerian tapi apa yang dia dah capai?? Menyorok lagi adalah...jangan asyik jawab dalam media sosial itu dah cukup nak kata dia rajin bekerja yer....

PM Najib sedar tak, orang paling marah bila barang naik, semua naik TAPI GAJI TAK NAIK-NAIK. Fikir tak perkara nie??

Siapa yang mampu beli rumah kalau gaji dia RM3k ke bawah terutama sekali di kawasan Lembah Klang dan bandar-bandar besar di Malaysia nie? Walaupun ada skim PR1MA, adakah ianya betul-betul boleh membantu rakyat? Kenapa masih ramai golongan ini merungut kerana terlalu banyak 'pintu-pintu' menyebabkan permohonan ditolak? Mana GLC manaaa???


Pernah tak terfikir kos sara hidup zaman sekarang semakin meningkat. Golongan yang paling terasa adalah golongan muda dan juga golongan pendapatan rendah. Kalau semuanya nak naik apa yang rakyat akan dapat dalam kehidupan mereka. Perlukah naik dengan begitu mendadak?

Contoh perbelanjaan rakyat berkeluarga GR maksudkan seperti berikut:

Belanja pasar : RM 800
Barangan dapur : RM 500
Belanja Susu Anak : RM 160
Sewa Rumah : RM 600
Bil Elektrik : RM 100
Bil Air : RM 30
Bil Astro : RM 80
Bil Telefon: RM 150
Tol : RM 150
Minyak kenderaan : RM 400
Lampin pakai buang : RM 100
Pusat Asuhan : RM 350
Ansuran kenderaan : RM 400      - Jumlah : RM 3820.00

Ini tidak termasuk kos perubatan dan insurans keluarga, sumbangan kepada ibu bapa, aktiviti sosial bersama keluarga dan lain-lain. Bagaimana jika kenaikan ini terus berlaku? Ia pasti meresahkan semua golongan masyarakat.

Kalau PM Najib rasa UMNO dan BN masih perlu dikekalkan untuk PRU14, buatlah yang terbaik. Jangan asyik tabur janji...last-last kena batang hidung sendiri. Dengarlah nasihat yang berguna dari penasihat yang baik-baik...bukan yang pentingkan poket sendiri.

Pandangan GR, kerajaan tak boleh melaksanakan pelbagai kenaikan kos sara hidup secara melulu kerana ia akan memberi kesan dan menimbulkan permasalahan dikalangan rakyat. Kerajaan mesti menjadi tunggak serta harapan untuk  rakyat bergantung harap.

Walaubagaimanapun, kerajaan harus seimbang dalam mengambil kira pandangan-pandangan rakyat yang boleh menguntungkan rakyat dan juga pada masa yang sama tidak rugikan kerajaan. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Nak tunggu rakyat makan megi jer baru nak sedar ker??

No comments:

Artikel pelbagai