Wednesday, November 20, 2013

APE CITER TEAM #HarimauMalaya BUNGKUS LAGI! JANGAN POYO SANGAT!! @Khairykj @harimaumalaya7


Apa citer player bola sepak Team Harimau Malaya kita? Citer poyo jer lebih, bila kena kritik lebih player mula merajuk dan kata kita semua tak bagi sokongan moral pada diaorang. Nak sokong macam mana lagi kalau player semua dah lembik, semangat untuk harumkan nama negara tu dah tak hilang.

GR yakin ramai peminat bola sepak negara sedih dengan team Harimau Malaya nie. Bila menang, diaorang disanjung tinggi melangit sampai diaorang lupa daratan. Dapat offer main di luar negara, ada yang lupa diri dan paling mengong tak boleh bawa diri. Yang diaorang kejar hanyalah mahukan kemewahan.

Nak jadi macam player-player hebat macam Messi ke, Cristiano Ronaldo ke Torres ke memang boleh. Tapi player Malaysia ni disiplin diaorang cukup tinggi ke? Cermin muka korang sikit. Bila dah menang dapat macam-macam jangan ingat korang ni dah hebat sangat. Tengok sekarang ape jadi? Keluar paper sana sini kata 'Berjanji' akan berikan persembahan terbaik dan juga akan beri kemenangan untuk Malaysia. Aper citer bro...kalah lagi!!

Paling best kapten Malaysia beritahu, rahsia team lawan semua dalam poket. Tu la lain kali jangan confident tinggi sangat. Player bila dikritik oleh boss agensi ke, pemimpin ke jangan cepat merajuk. Kritikan adalah untuk membina diri kita lebih baik. Ambil sebagai cabaran...ini tak melantun macam budak kecik.

Pihak yang berwajib untuk kembalikan mutu bola sepak negara buatlah apa pun demi mengharumkan nama negara. Perlukan rombakan besar dalam FAM atau mana-mana agensi yang berkaitan. Tak guna duduk di atas kalau tak boleh buat apa-apa. Sape pun yang bagi kritikan adalah untuk kebaikan.

Coach tu pulak kalau rasa diri tu masih boleh pakai, carilah idea or skill baru...jangan duk ditakuk lama. Janganlah perasan diri tu hebat sangat. Pelajarilah dari banyak kesalahan dan kesilapan. Player pulak disiplin tu kenalah tinggi. Ini bola sepak negara bukan tahap sekolah rendah, bila kalah tension lebih mula nak main kasar lepas tu gaduh. Pakai otak yer kawan-kawan....


GR kata: Bila dah sanjung tinggi sangat, naik lemak...inilah jadinya!!

No comments:

Artikel pelbagai