Wednesday, August 7, 2013

UCAPAN KU UNTUK KAMU SEMUA! SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!


Selepas sebulan berpuasa, kini sudah tiba masanya bagi kita yang beragama Islam menyambut hari perayaan penuh bermakna, Hari Raya Aidilfitri.

Buat para pembaca Gossip Rakyat sekalian, tak jemu disajikan dengan berita politik, hiburan dan sebagainya. Dari dalam dan luar persisiran, semuanya GR paparkan.

Namun disebalik semua artikel yang ditulis, diharap tidak ada hati yang terguris. GR juga insan biasa, tersilap tulis maaf dipinta. Menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf sekali lagi. Terima kasih juga GR ingin ucapkan di atas sokongan yang diberikan oleh pembaca semua.

Kepada para pembaca sekalian, berhati-hatilah ketika memandu. Berayalah dengan cermat. Elakkan aktiviti merbahaya seperti bermain mercun dan perhatikan keluarga dan anak anda setiap masa.

Di kesempatan ini, GR ingin ucapkan kepada semua umat Islam, dan khususnya kepada rakan-rakan blogger dan FB. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Ampun dan maaf dipinta, kiranya ada salah dan silap yang disengaja atau tidak. Semoga kedatangan Syawal kali ini dirai dengan seribu kesyukuran. Wassalam.



GR kata: Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga selamat ke destinasi yang dituju dan ingatlah orang tersayang.

No comments:

Artikel pelbagai