Monday, June 17, 2013

HOT VIDEO: Macam Nielah Baru Pemimpin Yang Best! Bantu Rakyat Sehabis Baik! @Zahid_Hamidi @cmlimguaneng @limkitsiang


Apa yang mampu GR katakan inilah contoh yang terbaik boleh diambil semua pemimpin di Malaysia. Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim...tapi dia dan sesetengah pemimpin lain boleh faham ker?

Jika ada sebarang permasalah yang berlaku dalam senario politik di Malaysia tolak ke tepi. Apa yang penting bantu rakyat sehabis baik ketika rakyat memerlukan bantuan, apatah lagi ketika ditimpa musibah.

Setiap bencana yang berlaku di P.Pinang baru-baru ini, tidak semestinya dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Sebaliknya kita satu hati, berfikir bagaimana untuk selesaikan bersama masalah yang dihadapi. Rakyat yang ditimpa musibah semua pihak bersama untuk memberikan yang terbaik. 

Tengahari tadi selepas dari  menghadiri Majlis Perasmian Penjara Seberang Perai yang dilakukan oleh TYT Gabenor Negeri Pulau Pinang berhampiran Nibong Tebal, DS Zahid Hamidi yang juga Menteri Kementerian Dalam Negeri sempat meluangkan masa hadir ke kawasan runtuhan rod penebat kilat di Menara UMNO P.Pinang.

Lihat video ini:




GR tabik pada DS Zahid Hamidi yang prihatin dengan apa yang terjadi pada keluarga mangsa yang ditimpa bencana. Tahniah juga pada Ketua Menteri P.Pinang yang memberikan kerjasama yang baik dalam membantu mangsa.


Seperti yang DS Zahid Hamidi tegaskan, walaupun berlainan parti dan ideologi  fahaman politik, perkara yang melibatkan hal kemanusiaan seperti tragedi ini perlulah semua bersatu. Itu yang paling penting.

Keprihatinan DS Zahid Hamidi terhadap tragedi ini amatlah dihargai termasuklah di kalangan majoriti kaum Cina di kawasan berhampiran tempat kejadian.

Terima kasih pada Lim Kit Siang, walaupun bukan ahli parlimen di P.Pinang tapi sanggup turun padang tapi alangkah baiknya beliau lebih fokus kebajikan dan hal ehwal masyarakat di Gelang Patah.


GR kata: Terima kasih pada pemimpin yang prihatin dengan kebajikan rakyat.

No comments:

Artikel pelbagai