Saturday, May 25, 2013

Pemimpin PAKATAN Kaki Auta, Depan Lain Belakang Lain! @Zahid_Hamidi

Tanpa diketahui umum, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin pembangkang dan mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman.

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka.

"Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di sini malam Sabtu.

Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu. - BERNAMA

GR kata: Berhimpun sana sini tak capai matlamat tak der guna gak. Rakyat kena tipu hidup2..!!

No comments:

Artikel pelbagai