Monday, November 19, 2012

JENTERA UMNO/BN WP SIAP UNTUK BERPERANG! @MuhyiddinYassin @RajaNongChik @umbkl #bn4wp

Sekarang berlangsungnya perjumpaan YAB TPM bersama semua Ketua-Ketua PDM seluruh W.Persekutuan, Putrajaya dan Labuan.

Perjumpaan khas ini adalah bertujuan mereka menerima amanat khas dari YAB TPM yang juga selaku Pengerusi BN W.Persekutuan. Apa yang GR lihat kesemua jentera BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU 13 nanti. Mereka juga melafazkan janji untuk bekerja keras membantu rakyat dalam apa segala aspek dan rakyat akan menilai sendiri manakah parti yang benar membela rakyat dan bukannya omong kosong.

Jentera BN W.Persekutuan juga akan bekerja keras demi memastikan parlimen di W.Persekutuan akan ditawan semula oleh BN. Rakyat juga seharus fikir secara matang dan lihat dengan mata sendiri bantuan, pembangunan serta perkara baik yang macam mana lagi warga KL mahukan demi kepentingan rakyat. Fikir-fikirkanlah....

GR kata: MP Pakatan yang ada di W.Persekutuan  ni kenapa malas sangat yer??

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Artikel pelbagai