Wednesday, August 15, 2012

ANWAR PAKAR DALAM BIDANG #JanjiDitaburi



KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'pakar menabur janji'.

Beliau berkata pembangkang pandai menabur janji-janji yang diketahui tidak berupaya melaksanakannya.

"Mereka boleh membuat janji-janji besar (kepada rakyat) tetapi mereka tidak perlu untuk memenuhinya," kata Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi selepas satu ceramah di Kota Marudu.

"Ia jelas dilihat bahawa Anwar hanya tuan pembuat janji," katanya merujuk kepada janji-janji yang dibuat Anwar ketika berceramah di Kota Marudu pada hari Ahad.

Ongkili berkata janji Anwar untuk memberikan RM650 untuk setiap warga emas dan RM100 untuk setiap kanak-kanak sehingga mereka mencapai umur 18 tahun adalah satu lagi contoh janji yang dilakukan pembangkang yang tidak perlu mereka penuhi.

"Jika Pakatan Rakyat ikhlas mereka sepatutnya melaksanakan apa yang dijanjikan itu di negeri yang dikuasai mereka," katanya ketika melancarkan Gerakan Biru Kota Marudu pada Ahad. - mStar


GR kata: Apa jadi dengan manifesto Pakatan PRU lepas, ditunaikan tak rasa-rasa yer??

No comments:

Artikel pelbagai