Sunday, September 4, 2011

KATA-KATA YAB DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK PEMERGIAN ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL!!!

YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyifatkan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi di Mogadishu,Somalia,sebagai seorang wira Malaysia “yang mewakili negara untuk memberi bantuan di mana sahaja diperlukan”.Sambil melahirkan rasa sedih berhubung apa yang berlaku, Najib berkata: Kita telah kehilangan seorang rakyat Malaysia sangat mulia dan benar-benar berdedikasi. Allahyarham bersedia mengambil risiko untuk memberikan liputan meluas dan terbaik mengenai misi kita membantu orang lain di banyak tempat di dunia.”

Bercakap kepada Bernama semalam, YAB Dato' Seri Najib Tun Razak berkata,lawatannya ke Perth, Australia disingkatkan dan akan pulang ke Kuala Lumpur malam semalam bagi membolehkan beliau berada di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang untuk menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dari Mogadishu hari ini. Katanya lagi, "Allahyarham seorang yang berdedikasi dan individu yang tidak mementingkan diri yang bersedia untuk bertugas di kawasan persekitaran yang mencabar dan ganas seperti di Gaza dan Pakistan,”


Gambar Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang dirakamkan kelmarin oleh rakan setugasnya beberapa jam sebelum jurukamera BernamaTV itu terbunuh setelah terkena tembakan curi ketika menyertai misi bantuan di Mogadishu,Somalia.

~ AL - FATIHAH ~

No comments:

Artikel pelbagai