Monday, January 5, 2015

SURAT PADA FBI, @Zahid_Hamidi BUKAN BELA PENJUDI PAUL PHUA! KDN SENYAP MACAM NAK SABOTAJ JER? @KDNPUTRAJAYA


Pelik bin Ajaib bila mana ada pihak yang merasakan salah bagi kerajaan untuk memberikan maklumat mengenai rakyat Malaysia apabila diperlukan? Apakah ianya salah disisi undang-undang? Sedikit sebanyak ianya membantu kepada kelancaran atau pegadilan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Macam mana pula ada sesetengah pihak yang terang-terang membela pesalah yang terbukti telah dijatuh hukum tanpa ada sedikit belas kasihan pada mereka yang dihukum tanpa perikemanusiaan. Adakah itu yang dinamakan hak asasi manusia??

Dalam isu surat FBI yang cuba dimainkan oleh pembangkang untuk memburukkan nama DS Zahid Hamidi, ianya adalah tugasan biasa seorang yang mewakili kerajaan untuk memberi penjelasan mengenai rakyat yang terlibat apabila diminta atas keperluan kehakiman.

Apa masaalahnya apabila Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan kepada FBI perihal rakyat Malaysia.??

Merungkai penjelasan yang dibuat oleh Tan Sri Shafee, mahu tidak mahu DS Zahid Hamidi atas kapisiti beliau terpaksa memberi penjelasan apatah lagi ia melibatkan rakyat Malaysia.

Jika mahu dikaitkan menteri ini dengan tauke judi seperti didakwa oleh pakatan pembangkang amat mustahil dan tidak masuk akal. DS Zahid Hamidi lah yang paling lantang dan tegas dalam memerangi kongsi gelap dan perjudian haram seperti Ops Cantas dan tertubuhnya Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (STAGG). Sudah terbukti idea penubuhan STAGG adalah dari beliau sendiri.

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Surat daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) bukan satu tindakan untuk menjamin ahli judi profesional, Paul Wei Seng Phua (Paul Phua) yang ditahan di negara itu, sebaliknya dibuat atas permintaan peguam yang mewakili Paul Phua.

Peguam terkemuka, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, firma guamannya telah bekerjasama dengan firma guaman yang mewakili Paul Phua, Chesnoff & Schonfeld bagi memohon Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan surat tentang pembabitan Paul Phua dalam kegiatan sebuah kongsi gelap bernama ‘14K Triad’ di Malaysia.

“Pada 18 Disember 2014, Ahmad Zahid telah menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F. Giuliano yang mengesahkan Paul Phua bukan seorang ahli kongsi gelap 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.

“Walaupun tidak diminta, dalam surat itu juga, Ahmad Zahid menyatakan Paul Phua pernah beberapa kali membantu kerajaan Malaysia dalam perkara-perkara yang membabitkan isu keselamatan negara,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini sedang dalam tahanan rumah di AS dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.

Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012 dan menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo‚ 100k Super High Roller 2014.

Menurut Muhammad Shafee, Ahmad Zahid telah diminta untuk mengeluarkan surat itu atas kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mempunyai maklumat diperlukan.

“Sekiranya Ahmad Zahid tidak mengeluarkan surat itu sekalipun, kami boleh menggunakan saluran mahkamah untuk meminta maklumat tentang Paul Phua dikeluarkan. Saya ingin menegaskan yang Ahmad Zahid bukannya menjamin Paul Phua, sebaliknya hanya memberi maklum balas terhadap permintaan peguam,” katanya.

Kata beliau, pihaknya amat kesal terhadap tindakan segelintir pihak yang mensensasikan isu surat tersebut seolah-olah Paul Phua mendapat layanan istimewa daripada Ahmad Zahid.

“Berhubung bantuan yang diberikan oleh Paul Phua kepada kerajaan Malaysia, itu tidak dapat saya ulas tetapi sudah tentu perkara tersebut maklumat sulit yang melibatkan keselamatan negara,” katanya.


Paling menghairankan, bagaimana Malaysiakini boleh memperolehi surat yang dikatakan 'MEMBELA' si penjudi nie? Adakah ada pengkhianat atau pun 'tukang kerja' untuk pembangkang di dalam FBI itu sendiri atau pun di dalam KDN sendiri? Proses penghantaran surat yang melibatkan kerajaan dan negara bukankah sulit? Siapa sebenarnya yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal seperti ini?

Apa sebenar fungsi Kementerian, bila mana Bossnya telah dihentam, dibalun sedemikian rupa? Semacam ada pihak dalaman yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti serta ketegasan Menteri Dalam Negeri ini yang ramai tahu bagaimana cara beliau bekerja.

Sehingga hari ini masih tiada jawapan dari KDN mengenai isu ini. Adakah mahu ianya basi sendiri atau pun tak tau nak jawab macam mana? Bukankah Boss-boss dalam KDN tu semuanya cerdik pandai dalam semua bidang.

GR dengar cerita, setiap isu yang berbangkit mengenai KDN, KDN perlu menjawabnya dalam masa 4 jam. Ini dah berapa hari...APA CERITA BRO????

Tolonglah buat kerja wahai pegawai-pegawai dan Boss-Boss KDN yer. Jangan berlagak pandai yer. Mana KSU, TKSU, SUB dan orang-orang UKK KDN??? Rakyat nak tahu penjelasan sebenar yer dari korang semua..We Still Waiting Your Respond Brother!!!


GR kata: Jawab isu 4 jam ke 4 minit?? Surat keluar bukan kawtim pun ada yang bangang boleh percaya yer?? He he he

Saturday, December 13, 2014

OKU MINTA SEDEKAH GUNAKAN WARGA ASING JADI PETUNJUK JALAN! APA @KDNPUTRAJAYA BUAT? @imigresenmy @Zahid_Hamidi


Warga asing dengan status meragukan dipercayai 'berselindung' di sebalik aktiviti minta sedekah dengan menjadi pengiring kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) cacat penglihatan yang menjual tisu.

Kumpulan yang kebanyakannya di kalangan wanita  berusia sekitar 30 hingga 45 tahun ini juga dikenali sebagai 'penarik' akan bersama OKU berkenaan menjual tisu atau meminta sedekah dari meja ke meja makan pelanggan restoran di kawasan tumpuan ramai.

Lebih mengejutkan apabila ada pengiring celik ini yang dikatakan diupah pihak tertentu dan mengambil kesempatan terhadap sebilangan OKU buta yang mencari rezeki dengan menjual tisu.

Pekerjaan ini menjadi sasaran pihak berkenaan yang berperanan umpama sindiket ini kerana ia antara sumber pendapatan yang menjanjikan pulangan tinggi kepada golongan istimewa itu seperti mana pendedahan mStar Online baru-baru ini.

Lebih menarik lagi, maklumat terbaharu ini diterima daripada golongan OKU menerusi emel sebagai maklum balas terhadap laporan portal berita ini yang mendedahkan mengenai OKU buta menjual tisu mampu meraih pendapatan lebih RM2,500 sebulan.

Pengirim emel itu juga mengakui ramai OKU buta yang ditindas pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan 'kekurangan' mereka untuk mendapat untung atas angin dan meminta mStar Online mendedahkan kegiatan itu.

"Mereka akan berkumpul di gerai-gerai makan sebelum memulakan operasi dan kembali semula ke kawasan itu setelah selesai operasi untuk mengira hasil pendapatan.

"Saya yakin dan percaya kebanyakan warga asing ini tidak mempunyai permit kerja yang sah,e tetapi menjadi 'penarik' kerana kerja itu mudah dan lumayan," kata seorang OKU cacat penglihatan melalui emel yang dihantar kepada mStar Online.

Dia yang tidak mahu mendedahkan identitinya menyatakan kebimbangannya jika aktiviti ini berlarutan, golongan OKU akan terus ditindas, manakala pihak lain yang mengaut keuntungan 'atas angin'.

Katanya, disebabkan aktiviti mengemis dan menjual tisu ini, golongan OKU buta yang hidup berdikari dan bekerja terkena tempias dan terpaksa berdepan persepsi negatif masyarakat.

"Penglibatan warga asing dalam kerja menjaja tisu kononnya sebagai pengiring orang buta menggalakkan kebanjiran pendatang asing kerana pekerjaan tersebut mudah dan lumayan," katanya yang berkerja dalam bidang refleksologi.

Seorang lagi OKU cacat penglihatan yang membuka perniagaan sendiri berkata, ada situasi di mana wanita warga asing yang menjadi 'penarik' berkahwin dengan OKU buta.

"Bila sudah berkahwin, hasil jualan tisu akan jadi pendapatan bersama.

"Ada juga kes di mana OKU buta keluar bergilir-gilir, kadang-kadang dengan isteri sendiri, kadang-kadang dengan penarik warga asing," katanya yang juga tidak mahu mendedahkan identiti.

Diminta mengulas dakwaan OKU berkenaan, Ketua  Pegawai Eksekutif Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Datuk Ganesan Supayah berkata, pihaknya sedar akan kebanjiran warga asing berpasangan dengan OKU buta di sekitar ibu kota.

Katanya, kegiatan mereka ini dapat dilihat di Kuala Lumpur terutama sekitar Brickfields kerana kawasan tersebut 'mesra OKU' dan menjadi tumpuan ramai.

"Orang asing itu paling membimbangkan kita terutama kerana status mereka diragui.

"OKU buta pun kita bimbang. Kita tak tahu mereka datang dari mana, tetapi yang pasti semakin hari mereka semakin ramai," katanya sambil menambah di Brickfields sahaja terdapat kira-kira 1,000 OKU cacat penglihatan.

Beliau berkata, agensi-agensi penguatkuasa seperti Jabatan Imigresen, Polis Diraja Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu sentiasa menjalankan pemantauan dan bertindak pro-aktif dalam usaha menangani isu ini.

Beliau menambah, MAB juga sedia berkerjasama dengan agensi-agensi tersebut untuk memastikan kegiatan ini dikurangkan.


GR kata: Jangan buat kerja ikut musim yer!! Warga asing masyuk salah siapa??

Friday, December 12, 2014

MANA PEMIMPIN NEGARA DIKALA #HarimauMalaya MENGAUM DI BUMI HANOI? #AFFSuzukiCup2014


Bila menang disanjung tinggi, sampai di muka akhbar dalam seminggu dua tu cerita tentang bola saja. Sampai ada kawan-kawan kedai kopi cakap tak der cerita lain ker? Menang tu memang lah dan tahniah diucapkan ada pasukan Harimau Malaya kerana berjaya berjuang hingga ke Final.

Tapi bila kalah mereka dicemuh, dan macam ada satu 'sindiket' yang cuba mencetuskan huru hara untuk memburukkan nama negara di Stadium Shah Alam tempoh hari. Apakah niat sebenar mereka? Bukankah bola sepak telah menyatukan rakyat Malaysia tak kira kaum mau pun berlainan ideologi mereka.

Kita lihat kain rentang tertulis “Bolasepak Membantu Kita Menjadi Sahabat, Jangan Lakukan Yang Sebaliknya,” menghias satu ruang tempat duduk penonton di Stadium My Dinh di Hanoi malam tadi pada perlawanan separuh akhir kedua antara Vietnam dan Malaysia.Su

Ia sebagai satu tanda selamat datang kepada para penyokong Malaysia yang menyokong Harimau Malaya. Penyokong pasukan Malaysia yang melakukan onar menyerang penyokong Vietnam pada saingan di Shah Alam, Ahad lepas sepatutnya malu dengan penyokong Vietnam.

Biarpun pasukan mereka kalah dalam keadaan yang agak memalukan 2-4, para penyokong Vietnam tidak pun bertindak mengejek pun para penyokong Malaysia apatah lagi menyerang mereka.

Pada perlawanan Ahad lepas, ada penyokong Vietnam cedera di kepala selepas dipercayai dipukul oleh penyokong Malaysia. Ia adalah antara sebab kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kempen anti-samseng dalam bola sepak bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Ada betul juga cakap sorang peminat bola sepak tanahair pada GR semalam. Mana perginya pemimpin negara di Vietnam? Adakah benar mereka tidak turun hadir memberikan sokongan pada pasukan negara? Atau pun terlepas pandang, camera tidak fokus di kaca TV?

Ada sumber mengatakan mereka ini TAK CONFIDENT pasukan Harimau Malaya boleh menang dan takut nak malu. Betul ker??

Apa pun berilah sokongan yang padu pada anak buah tak kira menang atau kalah. Bola itu kan bulat yer tak!! Fikir-fikir la yer...


GR kata: MALAYSIA BOLEH!! GO HARIMAU MALAYA!! MALAYSIA TANAHAIR KU!!

Friday, November 28, 2014

#PAU2014: AKTA HASUTAN, ADA YANG KATA PM NAJIB KAKI U-TURN? @NajibRazak


Pertama sekali GR nak ucapkan terima kasih dan tahniah pada PM Najib sebab pertahankan Akta Hasutan 1948. Nampaknya PM Najib sekalu Presiden UMNO dengan berani menyuarakan pendapat dari akar umbi yang mahukan akta ini dikekalkan.

Ada pihak yang dah mula panas punggung bila Akta Hasutan ini dikekalkan dan ditambahbaikkan. Biar pun ada juga yang mula cakap-cakap kenapa PM Najib cakap macam keling paria?

PM Najib akhirnya sedar keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada tahun 2012 yang bakal digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional sebenarnya tidak mendapat respon dari seluruh rakyat Malaysia.

Siapalah yang pandai sangat bagi nasihat kepada PM Najib untuk mansuhkan Akta Hasutan pada tahun 2012 itu? Adakah niatnya berjaya menghapuskan ISA dan kemudiannya cuba untuk menghapuskan Akta Hasutan pada ketika itu?

Bidang kuasa di bawah KDN pada tahun 2012 sepatutnya memberikan input yang jelas kepada PM Najib bukan hanya angguk kepala semata-mata... Ni pembangkang dah main isu PM kononnya menipu, walhal beliau hanya ikut kehendak rakyat...!!

PM Najib dan Anwar geng kaki U-Turn ke? Korang fikirlah sendiri kronologi yang GR kongsikan bersama nie:

Famous U-Turns in recent years:
PM Najib
2012: I will abolish Sedition Act and replace with National Harmony Act.
2014: Sedition Act will stay and be strengthened coz no one (including Pakatan Rakyat) support my proposed National Harmony Act. Kesian me.

Anwar Ibrahim
2013: I will retire from politics and be a lecturer if Pakatan don't win GE13
2013: I will not retire from politics as we did not lose GE13 and got cheated by 40k bangla
2013: We will not swear-in to parliament as we got cheated
2013: We will swear in to parliament and I will teh-tarik with Najib within parliament while my supporters guling outside parliament. Retirement? What retirement? I got say meh?

2013: We will cancel Lynas if we win GE13
2013: We can allow Lynas to proceed if we win GE13

2013: BN is flying in 40,000 foreigners. Banglas in Banglasia will help BN retain power.
2013: I never mentioned about 40k Bangla. Tidak ada!

2014: (after langkah kajang starts) : I have no wish to be MB of Selangor.
2014: I will be MB of Selangor as first step to Putrajaya.

2014: Wan Azizah is the one and only choice for MB Selangor as she is the only one who has majority support and this is inline with the Constitution. We will not accept anyone else nor propose anyone else. There is no compromise!!
2014: We fully support Azmin Ali as MB Selangor.

2014: I was not there at the Sodomy crime scene. I have 13 witnesses including my wife who can prove my alibi. I will call them to court to testify.
2014: Uhm..... I didn't know you all got CCTV recording. hehe.. Why you all never tell me earlier there got camera?

Tony Pua
2013: I have no doubt that Khalid is completely clean and corrupt-free
2014: Khalid Ibrahim does dodgy deals and close to UMNO

Pakatan Rakyat
2014: Water restructuring deal is crony deal and we will cancel the deal once we change MB
2014: Water restructuring deals must be completed as soon as possible

2014: KIDEX is a dodgy crony deal and tolls are against Pakatan Manifesto. We will cancel KIDEX once we change MB
2014: We have no objections to KIDEX

2013: We da best! Selangor ran 6 years of surplus and we now have RM3billion reserves
2013: (MB Azmin) Actually hor... Khalid useless! Selangor ran 6 years of deficits but I also dunno how come we end up with RM3 billion

2013: PAS can be trusted! We are all kawan. One vote for PAS is one vote for DAP and PKR.
2014: PAS cannot be trusted! Hadi always ponteng meeting and PAS is close to UMNO. PAS must get out from Pakatan.

Tokong
2013: Tolls are against Pakatan Manifesto and when we win GE13, we will remove all tolls
2013: I have signed Penang Tunnel agreement and allow 30 years tolls.

2011: I am great and we have attracted highest investment in our state due to our CAT and our hard efforts.
2014: I am not so great. Investments have fallen but it is not my fault. It is MIDA and Federal Govt fault.

2013: I promise in my new years address that we will not increase any rates for Penang next year in order not to burden the rakyat
2014: We have no choice but to increase stall rental charges by 100%, increase water charges (3rd time in 6 years) and also increase assessment rates next year so that I can spend more and I dunno where all the money from the billions of land sales have gone to.

DAP Penang:
2013: We have solved 40 years of flooding problems in 9 monts
2014: Responding to criticism why Penang floods so frequently recently, Tokong says "If no rain then no flood lah".

GR lihat sikap liberalisasi,keterbukaan dan transformasi PMNajib dibuat mungkin dalam keadaan tergesa-gesa. Apa sebenarnya yang dibuat oleh punahsehat hingga Perdana Menteri dilihat buat sesuatu keputusan yang longgar yang boleh diubah-ubah apatah lagi tunduk kepada desakan pembangkang.

Bukankah menjadi seorang pemimpin negara mestilah bersifat berani dalam membuat keputusan demi keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan negara. Bukankah dengan tindakan seperti ini perlihatkan kelemahan beliau setelah beberapa nama besar di dalam dan di luar parti mendesak agar Akta Hasutan dikekalkan.

Adakah UMNO sekarang dilihat menggunakan kisah sejarah 5 bersaudara zaman Melaka berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara? Siapakah Hang Tuahnya dan siapakah Hang Jebatnya? Sama-samalah kita fikirkan bersama yer....


GR kata: Ucapan TPM di perasmian 3 sayap, perghhhh mantopp!!

Tuesday, November 25, 2014

GENERASI MUDA HARUS DITERIMA DALAM UMNO JANGAN DISEKAT! @Zahid_Hamidi #PAU2014 @NajibRazak


Adakah UMNO Sudah matang? Adakah strukturnya sudah lengkap? Apa maksud meremajakan parti? Adakah dengan menerap masuk pemimpin muda bawah 40 tahun parti jadi remaja? Semuanya berfikiran seperti orang muda?

GR masih percaya kepada kematangan, Presiden dan pimpinan atasan perlu melihat keputusan yang diambil perlu ada kematangan untuk semua lapisan. Laksanakan seperti pimpinan terdahulu, pelapis diangkat kerana melihat masa depan parti.

Percaya kepada anak-anak dalam struktur parti itu amat penting. Mereka ini sudah pastinya bergelumang dengan masyarakat dan program yang mendatangkan faedah secara berterusan, bukan lagi sibuk anjurkan program yang 'Syok Sendiri'.

Lebih penting, mereka sudah melalui proses kematangan Nasionalis selain punyai segulung diploma mahupun ijazah sebagai benih ilmu untuk membuat keputusan. Anak muda bukan meminta. Jauh sekali managih jawatan. Ianya satu keperluan dalam struktur kelangsungan parti. Ianya seperti aur dengan tebing....

PUTRAJAYA 23 Nov. - Era pemimpin lama menyekat peluang generasi muda mendapat tempat di dalam parti sebenarnya telah lama berlalu dalam UMNO.

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin parti perlu sedar bahawa jawatan yang dipegang itu bukanlah milik keturunan mereka untuk selamanya.

“Selain itu, kita bukan ketua perang yang menganggap jawatan dalam parti menjadi kepunyaan kita dan harus dimiliki oleh keturunan kita atau dipegang oleh kita.

“Saya fikir bila tiba masanya, kalau sudah mendapat tanda bahawa kita tidak lagi dikehendaki, maka cara terbaik ialah mengundurkan diri sebelum kita diundurkan,” katanya.

Beliau mengulas gesaan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak agar golongan muda diberikan ruang di dalam parti dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival 60 Tahun Lembaga Penapis Filem (LPF), di sini hari ini.

Najib berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara pagi ini.

Dalam ada itu, Ahmad Zahid berkata, mesej yang disampaikan oleh Presiden parti itu jelas menunjukkan bahawa ruang terbuka luas untuk generasi X dan Y menyertai UMNO.

Beliau berkata, keterbukaan itu termasuklah dengan mengubah peruntukan kemasukan ahli baharu ke dalam parti.

“Antaranya, ahli boleh menyertai UMNO tanpa perlu melalui cawa­ngan sebagai mana cara biasa tetapi boleh dilakukan melalui ibu pejabat.

“Tujuannya adalah supaya dipermudahkan kemasukan golo­ngan profesional dan anak muda yang dulu kononnya disekat oleh ketua cawangan dan bahagian tertentu untuk menyertai UMNO,” katanya.



GR kata: Ada pemimpin yang pegang cawangan ke bahagian lama sangat langsung takder impak apa2 sudah-sudahla tu yer...

Artikel pelbagai