Saturday, September 8, 2012
BANGANG! Ada Juga Ibu Kejam Tahap Syaitan!!
KUANTAN: “Hampir menitis air mata saya melihat mayat bayi tidak berdosa itu terperosok dalam lubang tandas, tapi demi tanggungjawab, saya dan tujuh rakan yang lain kuatkan juga semangat untuk menjalankan tugas.”
Demikian, kata seorang daripada anggota bomba ditugaskan mengeluarkan mayat bayi baru lahir yang tersumbat dalam lubang tandas Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini semalam.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 40-an, berkata, dia dan rakan-rakan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas bagi mengeluarkan mayat bayi itu, bermula jam 8 pagi.
“Sebaik saja melihat separuh kepala bayi itu terperosok dalam lubang tandas, kami sedar tiada cara lain untuk mengeluarkannya kecuali memecahkan mangkuk tandas itu dengan berhati-hati kerana bimbang ia mencacatkan tubuh bayi berkenaan.
“Kami mengambil masa lebih tiga jam untuk memecahkan tandas itu perlahan-lahan. Kami bergilir-gilir melakukannya. Ketika itu juga hati saya bercampur baur antara sedih dan geram dengan manusia yang membuang bayi itu,” katanya.
Fakta di bawah bagaimana si ibu yang durjana yang sanggup membunuh anaknya sendiri :
GR kata: Binatang pun ada perasaan sayang pada anak sendiri, manusia pulak yang nak jadi binatang!
PANAS: @Khalid_Ibrahim Dicabar KP Selangor! Berani ka??
Isu bas mewah dan lori trailer yang digunakan oleh Anwar dan siri kempen beliau masih menjadi tanda tanya. Di manakah sumber kewangan yang MB Selangor perolehi untuk membiayai bas dan lori trailer terbabit.
Sebelum ini MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu bahawa beliau sendiri yang menanggung segala kos perbelanjaan untuk bas dan trailer terbabit. Peliknya, banyak betul duit hang yer wahai Pak MB. Boleh percaya ker?? Boleh tunjukkan bukti ker??
GR juga mendapat sumber dalaman memberitahu bas tersebut didaftarkan di bawah nama Khalid Ibrahim. Kenapa boleh macam tu pulak yer? Bukankah kebiasaan didaftarkan di bawah syarikat sebab beli bas mewah tu...bukan beli keta kancil tau.
Semalam Ketua Pemuda Selangor, Sdr Ungku Salleh mencabar Khalid Ibrahim untuk memberikan penjelasan sebenar bas dan trailer tersebut. Khalid Ibrahim jangan mau lari...rakyat mahukan penjelasan yang sebenar. JAWAB!!!
GR kata: Sendiri buat 'wayang'...lagi mau salahkan orang lain ka wahai puak pembangkang??
Friday, September 7, 2012
VIDEO: OPPA #KLStyle JOM LAYAN!!
Asyik kita layan cerita politik pun mesti korang boring gakkan. Apa kata jom kita layan video best nie. Lihat di bawah:
GR kata: Rakyat Malaysia memang kreatif...kredit to Hitz.fm and the geng!!
Pembangkang Tak Ada Modal, Serang Ibu Bapa Ammar Pulak!!
Pelik tul pakatan ni. Nampak sangat KEJAHATAN mereka. Nak meruntuhkan MORAL masyarakat.
Adakah patut menganggap tindakan ibubapa si Tonggeng tu patut dihukum Gantung kerana menyerahkan anak mereka yang BIADAP itu kepada pihak polis!
Nak membandingkan tindakan keluarga Anwar Ibrahim dengan keluarga Ammar? Hahahahhaah jauh lebih baik keluarga Ammar sebenarnya dari aspek bertanggungjawab atas perbuatan anak mereka yang keanakan yang sangat biadap itu.
Kenapa?
Keluarga anwar ibrahinm adalah keluarga 'anakku shazali" ketika si bapa sentiasa melindungi anaknya walau melakukan jenayah. Masih menganggap anaknya sangat baik walau melakukan perkara tidak baik dan merosakkan institusi keharmonian masyarakat.
Kalau dibiarkan sah keluarga anwar ini akan mensongsangkan kemoralan institusi masyarakat negara. Yang melakukan jenayah dilindungi dan yang berani kerana kebenaran dianggap sebagai pesalah!
Keluarga Ammar adalah keluarga "anakku shazali" setelah insaf dan menyerahkan sendiri anaknya yang melakukan jenayah.
Mana yang lebih baik?
Ibubapa yang normal dan waras akan bertindak seperti yang dilakukan oleh ibubapa Ammar. Walaupun malu ketika ini, namun ianya akan menjadi semakin baik . Kerana Ammar telah belajar dari kesilapan dan pu3 yakin keluarga ammar akan sentiasa berada di belakang Ammar untuk menjadi manusia yang baik.
Sama juga macam abah pu3. Dia pernah berpesan pada pu3. Sebagai seorang anggota keselamatan. Sesiapapun melakukan jenayah termasuk anak sendiri tiada berkecuali untuk berhadapan dengan hukuman jenayah yang dilakukan. Andai terbebas mahkamah dunia, mahkamah Akhirat sudah pasti tidak akan terselamat!
Pada 8 orang yang berbaki masih jadi dayus selepas tunjuk hero pada malam ambang merdeka. Eloklah korang tampil. Jangan seronok masa sorakan tapi dah jadi anjing terkepit ekor. Pengecut nak berhadapan perlakukan BODOH ketika itu.
Sumber: PAB
Majlis Hari Raya Aidilfitri KERABAD Meriah! @Zahid_Hamidi
Berkumpul lebih 2,000 ahli Kelab Anak Rantau Bagan Datoh (Kerabad) berkumpul sempena majlis hari keluarga kelab tersebut yang diadakan di sebuah taman tema air di Shah Alam baru-baru ini.
Majlis yang dihadiri Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu diceriakan dengan pelbagai aktiviti sukaneka bermula pukul 10 pagi.
Ahmad Zahid yang ditemui berkata, majlis pertama kali diadakan secara santai itu bertujuan mewujudkan kemesraan anak-anak rantau dari Bagan Datoh, Perak yang bekerja di kawasan Lembah Klang.
Katanya, walaupun jumlah yang berdaftar pada awalnya hanya kira-kira 300 orang, namun beliau gembira apabila bilangan yang hadir mencapai jumlah hampir 100 peratus daripada jumlah ahli Kerabad yang berdaftar dalam laman sosial Facebook.
"Saya fikir ini program yang cukup baik dan sesuai dilaksanakan oleh semua anggota Parlimen lain bagi merapatkan hubungan dengan anak rantau.
"Saya bercadang menjadikan acara seperti ini sebagai program dwitahunan iaitu hari keluarga dan juga sambutan hari raya di masa akan datang," ujarnya. - KOSMO
GR kata: Program yang berjaya mendekatkan diri antara pemimpin dan rakyat. Tahniah!!
Subscribe to:
Posts (Atom)




