Monday, January 16, 2012

TERKINI: SISWA USM UGUT BUNUH YAB PM DIBEBASKAN???


Polis melepaskan dengan jaminan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang membuat kenyataan berbaur ugutan di laman sosialnya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Polis Negeri Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata polis membebaskan pelajar terbabit selama sebulan tetapi boleh memanggilnya pada bila-bila masa sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

"Dia adalah pelajar tahun keempat jurusan kejuruteraan, dan sedang menduduki peperiksaan. Polis membebaskannya bagi membolehkan dia menduduki peperiksaan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Pelajar berusia 24 tahun itu dikatakan telah membuat kenyataan untuk meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri dalam
lawatannya ke USM minggu depan.

Dia ditahan pada 1.30 petang semalam selepas polis mendapat maklumat mengenai kenyataannya itu. Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperutukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Ayub berkata berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelajar itu mengakui kenyataan itu dibuat dengan kehendaknya sendiri dengan niat bergurau.

"Kita bukan hendak menyekat kebebasan bersuara tetapi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab sepatutnya dia tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara dan penggunaan internet sehingga boleh menimbulkan kekecohan dan kemarahan pihak lain.

"Perkara seperti ini sesuatu yang serius dan tidak boleh dianggap main-main, ia melibatkan keselamatan pemimpin negara dan secara tidak langsung orang awam yang lain juga," katanya.

Ayub berkata polis masih meneruskan siasatan mengenai latar belakang pelajar itu serta hubungannya kerana dikhuatiri mempunyai kaitan dengan
anasir-anasir subversif.

Setakat ini terdapat tiga laporan polis dibuat oleh pihak-pihak yang membantah tindakan pelajar itu.- Bernama


GR kata: kalau stress study pun perlu buat idea yang luar jangkaan macam ni???

GOSSIP PANAS: ADAKAH GAMBAR INI PUNCA PENCERAIAN HATTAN???


Fuhhhh...ini gossip baru yang berlegar di sebalik penceraian Hattan dan ini bukan calang-calang gossip ni..Panassssssszzzzzz!!!!!

Semua orang tertanya-tanya apakah punca sebenar penceraian Hattan dan Farah Asyikin yang perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 2 bulan.

Hattan sehingga ke hari ini masih tidak mengeluarkan apa apa kenyataan kepada media namun peminat sendiri nampaknya jumpa beberapa gossip menarik.

Oleh sebab GR pun minat pada penyanyi Hattan, GR doakan agar beliau tabah hadapi dugaan dari Allah S.W.T.

Sumber: RotiKaya

VIDEO: RONNIE LIU KENA EJEK DENGAN RAKYAT SENDIRI?? KEH KEH KEH




Walaupun video ini dah lama diupload ke Youtube oleh rakan GR. Apa yang buat GR tertarik dengan video ini, Exco Selangor ini terkial-kial dan gagap untuk menjawab masalah yang diajukan oleh rakyat dan juga tiada kata putus dapat dibuat dengan masalah tanah yang dialami oleh rakyat.

Exco Selangor Ronnie Liu dihentam oleh penduduk yang membantah tindakan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan hak milik tanah dan beberapa perkara yang berkaitan tanah ibadat kaum Tiong Hua.

Apa pun jom kita layan video di atas dan video seterusnya di bawah sampai habis sesi soal jawab...







GR kata: Syabas DS Noh Omar...Terbaekkkk!!!

Sunday, January 15, 2012

PAKATAN RAKYAT HANYA PANDAI TABUR JANJI...

"Jangan percaya dengan hasutan" - Itulah nasihat YAB PM kepada peneroka Felda hari ini. Mana tak nya apa saja program Kerajaan yang baik untuk rakyat ada saja pihak Pakatan Rakyat akan putar belitkan...

Yelahkan...bukan pembangkang-lahkan kalau tak memutarkan belitkan perkara yang baik. Pada mereka apa saja yang mereka buat betul belaka 100% perfect tapi kalau Kerajaan buat semuanya salah...Kalau apa yang mereka buat semuanya betul kenapa masih ada rakyat di negeri bawah pimpinan mereka yang masih mengeluh dan buat complaint??? Puak-puak PR boleh tolong jawab tak..???


PEKAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta peneroka Felda supaya jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang kononnya cadangan kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia akan merugikan para peneroka tanah rancangan itu.

Perdana Menteri berkata, para peneroka tidak perlu berasa bimbang dan jangan percaya dengan hasutan pihak pembangkang yang mengatakan bahawa penyenaraian itu akan merugikan mereka.

"Jangan bimbang kerana ia tidak merugikan tetapi memberi keuntungan besar kepada penduduk Felda.

"Itu semua hasutan dan mainan politik... mereka (pembangkang) gusar kita mampu buat macam-macam sebab ia akan dapat sambutan masyarakat Felda," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Felda Chini Timur di sini, hari ini.

Najib berkata sebaliknya penyenaraian FGVH merupakan satu lagi bukti bahawa kerajaan sentiasa membela kebajikan peneroka Felda selain pemberian pelbagai bonus dan insentif lain seperti duit raya, pinjaman membesarkan rumah dan sebagainya.

Beliau mengulangi jaminan bahawa semua peneroka Felda di seluruh negara bakal menikmati durian runtuh selepas penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini.

"Seperti yang saya cakap dalam Bajet 2012 lepas, peneroka Felda akan mendapat durian runtuh.

"Saya akan umumkan banyak mana seorang dapat hasil daripada penyenaraian itu pada masa yang sesuai dan ia mungkin melebihi RM500," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut berkongsi dua petua dalam membentuk dan memajukan sesebuah pertubuhan atau kelab kebajikan sekali gus menampilkan imejnya di mata masyarakat.

Katanya, sesebuah pertubuhan itu mesti memiliki seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai hati yang ikhlas, jujur, berdedikasi dan tidak mementingkan diri sendiri.

"Ramuan kedua yang perlu ada ialah ahli-ahli kelab juga perlu mempunyai sifat sebagaimana ketua mereka selain berdisiplin, komited, setia pada pemimpin dan matlamat kelab," katanya.


GR kata: Pakatan Rakyat sudah tidak relevan lagi....

VIDEO PANAS: NAK MAIN? SINI PUN BOLEH!! - KHALID SILA JAWAB!!




Negeri Selangor memang kaya dengan sumber pendapatannya..di antara negeri yang terkaya di Malaysia selain P.Pinang. Sumber ekonomi yang semakin berkembang pesat di Selangor memang tidak boleh dipertikaikan lagi...yelah Selangor merakyatkan ekonominyakan.

Tapi pembaca taukah dari mana hasil ekonomi yang bertambah di Selangor ni..?? Lihatlah rumah urut yang semakin hari semakin bertambah di Selangor sekarang ni seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Adakah pertumbuhan rumah urut ini membuatkan rakyat suka dan selalu berkunjung ke tempat seperti ini?? Atau dengan cara ini bertambahlah ekonomi mereka-mereka yang menguasai perniagaan rumah urut ini?? Adakah rumah urut yang beroperasi ini mempunyai lesen-lesen yang sah?? MB Khalid Ibrahim boleh tolong jawab tak???

Jom kita layan video di atas, bagaimana ransangan ekonomi yang dibawa di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat sekarang ni...

Rujuk juga KhazanahMPM

GR kata: Puak Pakatan hanya angguk kepala jer...yang control DAP kan!!!

Artikel pelbagai