Tuesday, August 14, 2012

EKSKLUSIF: MONORAIL TERKANDAS, PENUMPANG DAN ANAK KANDUNGANNYA SELAMAT! @MyRapidKL @umbkl


Berikut insiden Monorail yang terkandas tempoh hari di Brickfield ada pihak tertentu cuba untuk mempolitikkan insiden tersebut. Apa yang cuba dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini adalah semata-mata untuk mengkaburi mata dan fikiran rakyat Malaysia khususnya yang sentiasa menggunakan perkhidmatan awam.

Dalam insiden terbabit tempoh hari, ada penumpang yang berjaya mengharungi detik cemas ini dengan semangat yang tinggi bersama suami dan anak dalam kandungannya. Inilah semangat jati tinggi yang perlu dicontohi oleh semua rakyat Malaysia.

Ikuti siaran akhbar kisah mereka di bawah :

Untuk siaran segera - Isnin, 13 Ogos 2012

Siaran Akhbar,

PENUMPANG MONOREL TERKANDAS AFIQAH DAN KANDUNGAN SELAMAT


Puan Nur Afiqah Ghazali dan suaminya, Husni Abdul hamid  - dua penumpang dalam insiden tren monorel terkandas di Brickfields Sabtu lepas, menimba kekuatan dan semangat daripada satu sama lain dalam menangani suasana tertekan semasa terkurung dalam tren berkenaan.

“Keadaan sememangnya panas dan sesak. Dan, kami saling memberi semangat sesama kami sementara menunggu bantuan sampai. Saya bersyukur suami saya berada di sisi saya ketika itu,” kata Afiqah, yang mengandung lima bulan.

“Alhamdulillah, segalanya selamat … doktor mengesahkan kandungan saya selamat,” tambah Afiqah ketika dikunjungi hari ini oleh delegasi KL Monorel di rumahnya di Kuala Selangor bersama-sama dengan suaminya.

“Rancangan kami membeli belah pada hari Sabtu lepas terbantut kerana insiden itu. Tetapi, semua urusan membeli-belah itu telah kami selesaikan semalam,” kata guru berusia 25 tahun itu, yang ditemui hari ini selepas pulang daripada mengajar SRJK (Tamil) Ladang Kampung Baru, Kuala Selangor.

Dalam insiden yang berlaku Sabtu lepas berdekatan dengan Stesen Monorel Tun Sambanthan, Afiqah dan suaminya serta 181 penumpang lain terkandas dalam tren monorel yang berhenti tiba-tiba selepas kehilangan kuasa. Mereka kemudiannya dibawa turun dalam satu misi menyelamat oleh pasukan Bomba dan Penyelamat.

Afiqah dan dua mangsa lain termasuk Cik Rosita Aggraeni Lufti yang pengsan dalam insiden berkenaan, dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima lawatan.

“Di hospital, saya terus dimasukkan air kerana saya mengalami ‘dehydration’ …  mujur tiada perkara buruk berlaku,” kata Afiqah kepada wakil kl monorel  Puan Masnizam Hisham yang mengetuai rombongan menemui beliau.

Malam tadi, Masnizam dan anak-anak buahnya juga berkunjung ke rumah Rosita di Bukit Jelutong, Shah Alam untuk melawat beliau. Berwajah ceria, Rosita, seorang pengguna tegar pengangkutan awam di Lembah Klang, berkata bahawa tidak banyak yang dapat beliau ceritakan tentang insiden berkenaan.

“Saya dalam perjalanan ke Bukit Bintang untuk hantar baju yang syarikat saya sewa … tiba-tiba tren berhenti, sejurus selepas itu lampu padam dan ‘air-con’ mati … keadaan panas dalam tren dan orang pula ramai.

“Saya mengalami kesesakan nafas dan saya pengsan … sedar-sedar saya sudah berada di hospital,” Rosita, yang terus menerima intravena air sebelum dibenarkan pulang beberapa jam kemudian.

Sementara itu, Masnizam juga memberitahu bahawa KL Monorel telah menubuhkan satu jawankuasa siasatan bebas dalaman untuk menyiasat dengan lebih lanjut tentang kejadian berkenaan. Menurut beliau, untuk tujuan itu, tren yang terbabit kini dikuarantin dan siasatan itu dijangka selesai awal bulan depan.

“Hasil siasatan ini akan kemudiannya dikemukakan kepada SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat),” tambah Masnizam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali at 019-3837865 atau Haliza Hamid di 019-2210058.


GR kata: Tahniah pada pihak Rapid KL berjaya menghadapi dan menyelamatkan penumpang semuanya dalam keadaan selamat.

Monday, August 13, 2012

PANAS: MONORAIL ROSAK, INI SEMUA SALAH UMNO??


Gambar di atas menunjukkan kes monorail yang rosak di tengah-tengah landasan di stesen Brickfield. Apa yang menariknya, Pakatan Rakyat menujukan kesalahan sebegini terjadi adalah salah UMNO. Kenapa setiap perkara yang salah mesti UMNO/BN dipersalahkan?? Jamban rosak pun UMNO/BN yang salah jugak ker?

Inilah pemikiran puak-puak Pakatan Rakyat yang mempunyai pemikiran yang cetek, pada mereka hanya mereka sajalah yang terbaik. Jika terbaik, pembaca lihatlah apa yang terjadi di Selangor, Kedah, P.Pinang dan Kelantan. Kenapa masih ada rakyat yang mengeluh dan hidup merana??

Baca di bawah ini dari KL StarRail Sdn Bhd berhubung insiden kerosakan Monorail pada Sabtu lepas :

Sunday, 12 August 2012

Media Release

LATIHAN ERP BANTU URUSAN MENYELAMAT INSIDEN DI MONOREL

KL StarRail Sdn Bhd, pengusaha perkhidmatan KL Monororel, hari ini berkata latihan simulasi yang dilaksanakan setiap tahun di bawah program ‘Emergency Response Procedure’ (ERP) telah membantu
menghasilakn operasi menyelamat yang lancar paa insiden di Brickfields semalam, yang menyaksi 183 penumpang terperangkap dalam tren monorail dan dipindahkan dengan selamat dalam operasi pemindahan dari tren ke tren yang pertama dalam sejarah.

“Jelas, pasukan kami mendapat manfaat daripda program latihan ERP yang kami lakukan setiap tahun dengan agensi-agensi berkenaan – Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, hospital, St John Ambulance dan RELA.

“Kami berjaya meletakkan insiden semalam dalam keadaan terkawal dan berjaya membawa kesemua penumpang keluar dengan selamat termasuk mengejarkan tiga penumpang yang memerlukan rawatan ke HKL dengan segera … Kami bersyukur kepada Tuhan kerana tiada kecederaan serius,” kata Abdul Hadi Amran, Ketua Pegawai Operasi KL StarRail Sdn Bhd.

Mengulas insiden semalam, Hadi berkata: “Setiap tahun, KL Monorel dan kedua-dua laluan LRT Kelana Jaya dan Ampang melaksanakan program ERP dengan agensi-agensi penyelamat yang berkenaan bagi memastikan kesediaan jika berlaku kecemasan.

“KL Monorel melaksanakan satu pada tiga bulan lepas denagn senario menyelamat yang sama dariada tren ke tren dan ia melibatkan semua pihak yang ada di sana semalam. Kerana itu, kami berjaya meletakkan suasana dalam terkawal dan operasi penyelamat uang lancar,” tambah beliau.

Dalam kenyataannya, Hadi juga mempertahankan tindakan pemandu tren yang terkandas itu; menegaskan bahawa Mohd Faizal Mohd Fahmi bertindak dengan profesional dan menurut Standard Operation Procedure (SOP).

“Kami difahamkan bahawa beberapa penumpang tidak puas hati dengan Faizal yang enggan membuka pintu tren untuk membolehkan udara segar dan juga menolak permintaan mereka supaya tingkap dipecahkan … Faizal membuat tindakan yang betul dan bertindak dengan penuh profesyenal.

“Sementara kami ingin memohon maaf atas insiden berkenaan, kami juga ingin menjelaskan di sini bahawa semua tren diperiksa dengan komprehensif sebelum dibenarkan keluar untuk operasi.

“Kami mempunyai senarai pemeriksaan Minimum Equipment List (MEL) yang standard tetapi komprehensif terhadap semua tren sebelum mereka keluar. Hanya tren-tren yang lulus sepenuhnya senarai pemeriksaan ini akan dibenarkan keluar untuk beroperasi,” tambah beliau.

Menurut Hadi, insiden itu berlaku apabila tren menghadapi masalah dalam kuasa traction nya, yang seterusnya menyebabkan kuasa utama dan kuasa sokongan dalam tre tidak berfungsi; sekali gus menutup sistem hawa dingin dalam tren.

Walaupun menghadapi masalah berkenaa, pemandu tren dapat berkomunikasi sepenuhnya dengan Pusat Kawalan dan dapat menerima dan mengedarkan maklumat kepada penumpang termasuk operasi penyelamat daripda pasukan Bomba dan Penyelamat yang bakal datang.

“Apabila sistem hawa dingin tidak berfungsi, ada penumpang yang meminta pemandu kami untuk membuka pintu bagi membenarkan udara segar masuk. Dengan arahan daripada Pusat Kawalan, pemandu kami menolak permintaan berkenaan.

“Ini adalah kerana tren ketika itu berada di selekoh dan dalam keadaan condong. Berkedudukan pada ketinggian tidak kurang daripada 30 kaki, adalah merbahaya untuk pintu dibuka khususnya dengan tren ketika itu di tahap hampir kapasiti dengan 183 penumpang. Para penumpang boleh jatuh dan mungkin menyebabkan kematian.

“Kepada permintaan supaya tingkap dipecahkan, pemandu kami juga tidak bersetuju kerana menurut nasihat daripada Pusat Kawalan. Ini adalah kerana sekiranya terdapat tingkap pecah, operasi menyelamat dengan menggunakan kaedah ‘coupling’ dengan tren lain tidak dapa dilaksanakan.

“Ini adalah demi keselamatan penumpang; kerana urusan ‘coupling’ boleh menyebabkan kaca daripada tingkap yang pecah itu akan berterbangan dan boleh menyebabkan kecederaan kepada penumpang. Kerana ada tingkap sydah dipecahkan, kami terpaksa menunggu pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menjalankan operasi menyelamat,” kata Hadi.

Hadi juga berkata bahawa Mohd Faizal adalah pemandu tren yang berpengalaman dan pernah menganggotai pasukan Pertahanan Awam Malaysia. Dia juga fasih dengan prosedur CPR.

“Ketika keadaan di tren panas dan sesak, pemandu kami juga bertindak profesional untuk segera memasang kipas udara segar,” kata Hadi, sambil menambah bahawa sejurus selepas insiden berlaku pada 1.58 petang, satu tren penyelamat dihantar untuk menjalankan urusan ‘coupling’ dan menunda tren yang tersadai itu ke Stesen Tun Sambathan, yang ketika itu kurang daripada 80 meter dari tempat kejadian.

“Kami memahami sepenuhnya dengan keputusan untuk melakukan ‘coupling’ untuk menguruskan keadaan itu kerana mengambil kira jarak yang dekat antara tren yang terkandas dengan Stesen Tun Sambathan.

“Malangnya, urusan menunda itu tidak dapat dijalankan kerana tren yang terkandas itu mempunyai brek kecemasan dipasang secara automatik. Kerana itu, kami perlu menggunakan cara lain dan ketika itu ada orang sudah memecahkan tingkap,” katanya.

Bomba menggunakan tangga dan skylift untuk membawa turun kumpulan pertama 63 orang untuk melegakan keadaan dalam tren. Selepas itu, tenaga elektrik dipasang semula dan tren penyelamat dihantar untuk memindahkan 120 penumpang lain.

“Sejak kami memerlukan operasi pada December 2003, ini adalah kes pertama pemindahan penumpang daripada tren ke tren. Walaupum melakukannya untuk pertama kali, semua anggota yang berugas sudah cukup fasih kerana latihan-latihan simulasi dan ERP yang dilaksanakan,” kata Hadi.

Maklumat selanjutnya, sila hubungi.

Azhar Ghazali
Prasarana Media Affairs Manager
019-3837865

Selanjutnya baca DI SINI

Sunday, August 12, 2012

TAHNIAH! @Lee_C_Wei DAPAT GANJARAN DARI KERAJAAN! @NajibRazak


PUTRAJAYA: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei pada Ahad menerima ganjaran RM500,000 di atas kejayaannya meraih pingat perak dalam acara perseorangan badminton sukan Olimpik London 2012. Ganjaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam majlis di Seri Perdana di sini yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ganjaran meliputi RM300,000 sumbangan Skim Hadiah Kemenangan Sukan, Majlis Sukan Negara dan RM200,000 sumbangan kerajaan Malaysia dalam bentuk Amanah Saham Wawasan. Selain itu, Chong Wei turut menerima hadiah seutas jam tangan yang disampaikan Rosmah, selaku penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Dalam ucapan ringkasnya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah di atas kejayaan jaguh badminton negara itu meraih pingat perak dan yakin ia akan menguatkan lagi azam Chong Wei untuk mencipta kejayaan lebih cemerlang di Olimpik 2016.

"Mungkin kali ini nasib tidak menyebelahi beliau (Chong Wei) untuk meraih emas tetapi beliau sudah berhempas pulas dan berjuang habis-habisan. Itu sudah menunjukkan betapa besar jiwanya untuk mencapai kejayaan dan diharapkan tidak putus asa untuk mencipta kejayaan yang lebih membanggakan," katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan persetujuan mengenai cadangan mewujudkan Akademi Badminton Negara di Pusat Latihan Badminton Stadium Juara Bukit Kiara. Sementara itu, Chong Wei, 30, berkata beliau akan mempertimbangkan hasrat Perdana Menteri untuk melihat beliau kembali merebut pingat emas pertama pada temasya Olimpik Rio de Janeiro, Brazil 2016.

"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri atas ganjaran hari ini, saya akan simpan duit itu. Walaupun tidak dapat membawa balik pingat emas, kerajaan masih memberi sokongan kepada saya. Bagaimanapun saya telah buat yang terbaik," katanya.

Chong Wei berharap dengan sokongan tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk dirinya meneruskan aksi di sukan Olimpik akan datang, sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri.

"Bagaimanapun saya perlu lihat prestasi saya dua tahun lagi iaitu selepas Sukan Asia di Incheon, Korea Selatan dan Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, kedua-duanya pada 2014. Jika masih 'fit'(cukup cergas) saya akan teruskan pada Olimpik 2016," katanya.- BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.6

ANWAR IBRAHIM 'KING OF FROG'!!


PADANG RENGAS 11 Ogos - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa terdapat beberapa lagi pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan melompat parti bukan sesuatu yang menghairankan kerana Ketua Pembangkang itu sendiri adalah contoh pemimpin yang suka melompat parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dakwaan itu tidak akan menjejaskan BN kerana ia adalah perkara biasa menjelang pilihan raya umum.Sambil menyifatkan Anwar sebagai 'bapa segala katak', Mohamed Nazri berkata, tindakan dua pemimpin BN Sabah yang melompat parti baru-baru ini sememangnya sudah dijangka kerana tahu mereka tidak akan dicalonkan lagi.

"Wakil rakyat atau pemimpin UMNO tidak dicalonkan untuk bertanding, jadi mereka telah ambil tindakan awal terpaksa lompat (parti) macam katak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya. Kalau Anwar nak ambil mereka yang tak akan dicalonkan lagi untuk masuk parti dia, ambillah. Anwar pun bapa katak sebab dulu dia dari ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) masuk UMNO dan lompat parti ke PKR (Parti Keadilan Rakyat). Tak hairan kalau dia terima golongan sendiri, katak akan terima katak," katanya.

Sementara itu Mohamed Nazri memberitahu, kerajaan tidak menghalang penganjuran perhimpunan 'Janji Bersih' yang akan diadakan pada 30 Ogos ini selagi ia diadakan secara aman dan bertamadun. Menurut beliau, perhimpunan itu dibolehkan selaras peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kalau mereka hendak berkumpul, tiada masalah kerana ia ada (dibenarkan) dalam Akta Perhimpunan Aman. Tapi biarlah diadakan secara aman seperti diperuntukkan undang-undang. Berkumpul seperti orang bertamadun," katanya. - Utusan


GR kata: Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi2....tapi apa pun tak boleh!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

LIVE UPDATE: ANAK MUDA PUN PANDAI KACAU DODOL LAA!! @rizalmanmokhtar #bn4wp







Sekarang GR berada di Flat Sri Kota, Bdr Tun Razak dan berkesempatan melihat sendiri Program Kacau Dodol 2012 anjuran bersama Pemuda UMNO Bhgn Bdr Tun Razak dengan kerjasama Kelab Warga Emas Flat Sri Kota dan Rukun Tetangga Sri Kota.

Walaupun berada di kota metropolitan Kuala Lumpur namun tradisi turun temurun dibuat setiap tahun dan masyarakat setempat tidak pernah dilupakan. Tradisi tahunan kali ini diteruskan lagi di lokasi yang berlainan supaya rakyat pelbagai lapisan di sini turut sama dapat merasai kemeriahannya.

Program bermula sekitar jam 10 malam dan akan berakhir sebelum waktu Solat Subuh.Sebanyak 7 buah kawah disediakan dan dodol-dodol tersebut akan diedarkan kepada penduduk-penduduk yang berhampiran.

Program ini juga turut disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar juga merangkap Ketua Pemuda W.Persekutuan. Mereka juga turut sahur bersama beramai-ramai.....Memang meriah beb!!!


GR kata: Mana laaaa ahli parlimen Bdr Tun Razak nie yer? Bulan poser nie pun tak nampak batang hidung!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Artikel pelbagai