Monday, June 18, 2012
PANAS: ARTIS KUMPULAN POPULAR BAKAL KE TALI GANTUNG??
Pasti ramai pembaca membesar dengan lagu kumpulan New Boyz. Tidak kiralah samaada anda menyukainya atau membenci, namun mahu atau tidak tetap mengenali lagu-lagu mereka yang begitu popular suatu ketika dulu. Sehinggalah New Boyz mula suram dan ahli kumpulan bersilih-ganti sehinggalah Tomok membawa haluan secara solo dan akhirnya kekal popular hingga ke hari ini selepas memenangi pertandingan One In a Million.
Bagaimana pula dengan yang lain? Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau Zack merupakan pemain bass untuk kumpulan itu. Seingat kami, Zack bukanlah ahli asal kumpulan New Boyz tetapi menggantikan pemain Bass asal yang mengundur diri ketika itu. Kalau tak silap kami, Syuk ke atau apa namanya. Apapun itu semua kisah lama.
Apa yang terkini, Zack kini berdepan dengan hukuman gantung apabila didakwa atas tuduhan mengedar 1.321 KG ganja di sebuah kondominium di Damansara, dua tahun lalu. Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari berturut-turut.
Sebelum ini juga, ada banyak pihak yang berasa pelik dengan kehidupan Zack yang dikatakan terlalu mewah dan ramai yang mempersoalkan pekerjaannya. Apapun kita tunggu sahaja perkembangan kisah ini selepas perbicaraan bersambung nanti.
GR kata: Jauhi Dadah kerana boleh membunuh serta merosakkan masa depan diri dan negara.
Sunday, June 17, 2012
VIDEO PANAS: PAKATAN HAPRAK CONFIRM MENYIRAP DARAH!!
GR tak nak cakap banyak...apa pun video ini terbaik. Apa yang rakyat dapat selama di bawah pemerintahan Pakatan Haprak. Apa pun pembaca lihat dan nilaikan sendiri. Welcome to Selangor! Welcome to Kelantan!!
GR kata: Nak minum air kena beli kat Giant or 7Eleven ker??
FOTO PANAS: ANWAR PASTI 'SAYANG SANGAT' DENGAN LELAKI INI!!
Pembaca lihatlah gambar ini, apasal lelaki ini terus -terang menentangnya, dengan memakai baju TIBAI yang membawa maksud ‘Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim’ dan ini terbukti dakwa Anwar mengatakan rakyat semuanya sayang serta menyokong kepimpinannya selama ini adalah PEMBOHONGAN beliau saja.
Jelas terbukti rakyat Malaysia menolak Anwar Ibrahim. Di mana-mana saja rakyat Malaysia menolak kepimpinan Anwar Ibrahim. TIBAI ada di mana-mana..!!!
GR kata: Asal Bukan Anwar Ibrahim
SOAL CALON ITU HAK PRESIDEN - @Rosnah_ARS
Puteri UMNO menyerahkan keputusan sepenuhnya kepada presiden parti, sama ada mahu meletakkan calon dalam kalangan pergerakan itu bertanding pada pilihan raya umumakan datang atau tidak. Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, dalam hal itu, pihaknya tidak akan membuat sebarang tuntutan dalam usaha memastikan ahlinya wajib dicalonkan.
“Soal sama ada pucuk kepimpinan parti akan meletakkan calon daripada Puteri, itu saya serahkan kepada kebijaksanaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. “Bagaimanapun saya yakin, akan ada tempat kepada calon muda daripada Puteri untuk bertanding nanti,” katanya, di sini, kelmarin.
Dalam perkembangan sama, Rosnah menyuarakan keyakinan dengan kemampuan jentera pergerakan itu disemua peringkat dalam menghadapi pilihan raya.
“Saya yakin semua ahli Puteri mampu menggalas tanggungjawab yang diberikan dan boleh memberikan impak positif dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya nanti,” katanya.
Buat masa ini, Puteri Umno diwakili tiga calon iaitu Rosnah sebagai (Ahli Parlimen Papar) dan dua Adun iaitu Dr Wan Norashikin Wan Noordin (Adun Kampung Gajah) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Adun Tualang Sekah). - SH
GR kata: Teruskan perjuangan membantu rakyat....
Published with Blogger-droid v2.0.4
PANAS: APA MAYA KARIN BUAT DI UKRAINE??
Ramai artis lain sibuk bergaduh, naik turun mahkamah, cerai berai dan banyak lagi masalah.Lain pula ceritanya dengan Maya Karin.
Pada Khamis lalu, Maya Karin telah memuat naik dua keping gambar dia sedang menonton EURO 2012. Namun, ia bukan di rumah mahupun di kedai mamak berskrin besar bersama rakan-rakan. Sebaliknya, dia kelihatan ayu memakai jersi Jerman bersama ribuan penonton di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine.
“Best dapat sokong satu daripada dua negaraku semalam!,” jelas Maya menerusi laman sosial twitternya.
Ini kerana Maya dilahirkan di Jerman dan bapanya, Gottfried Roelcke juga berbangsa Jerman. Mungkin ini yang membuat dia merasakan Jerman dekat di hati. Nampaknya Maya sanggup berbelanja ke Ukraine untuk menonton perlawanan pasukan kegemarannya itu.
Tapi, Maya pergi bersama siapa? Ramai peminat yang cemburu melihat gambar Maya menyaksikan perlawanan secara langsung bersama ribuan penonton di dalam stadium tersebut. - mynewshub
GR kata: Jelesnyaaaaa, dapat tengok live tu....
Published with Blogger-droid v2.0.4
Subscribe to:
Posts (Atom)




