Monday, April 30, 2012
TAHNIAH UST DON! SELAMAT BERTUNANG!!!
Sebelum bercakap panjang lebar lagi, jom kita layan dulu sedikit Biodata Ustaz Don..sedikit sahaja sebab saya dah buat artikel berasingan untuk biodata beliau..Lepas tu kita layan cerita Ustaz Don Bertunang pula.
Biodata Ustaz Don
Nama: Don Daniyal Don Biyajid
Tarikh lahir: 14 November 1984
Tempat lahir: Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi: 171 sentimeter
Berat: 56 kilogram
Pekerjaan: Pensyarah muda & pendakwah bebas bertauliah Pulau Pinang & Selangor)
Dalam diam tak de angina takde rebut..rupa-rupanya Ustaz Don dah bertunang..Gambar bertarikh 6 Mac 2011 ini merupakan salah satu gambar pada majlis pertunangan Ustaz Don..Namun kesahihan majlis tersebut tidak dapat dipastikan kerana kekurangan maklumat dan fakta serta sumber..Hanya gambar ini yang dapat diambil untuk tatapan pembaca semua.. Haaaa kepada semua peminat Ustaz Don melepas la korang kan..tu diaaaa Gambar Tunang Ustaz Don! Tahniah kepada Ustaz Don...
GR kata: Doakan semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin...
EKSKLUSIF: #Bersih3 GAGAL! "I KNOW MY MISTAKE" - AMBIGA..!!
Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat berikutan kekecohan yang melanda perhimpunan anjurannya di Dataran Merdeka semalam.
Sumber Kementerian Dalam Negeri memberitahu Mynewshub, polis dan agensi berkaitan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang menyiapkan laporan dengan segera untuk dihantar kepada Pejabat Peguam Negara bagi tujuan berkenaan.
“Selain laporan melibatkan Ambiga, polis juga sedang menyiapkan laporan melibatkan perusuh yang ditangkap dalam perhimpunan Bersih 3.0,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan secara tepat bila Ambiga akan didakwa namun berkata, ia akan dilakukan secepat mungkin.
“Ambiga gagal mengawal keadaan sehingga ada peserta yang sengaja merempuh masuk ke Dataran Merdeka, sebagai penganjur, dia harus dipertanggungjawabkan,” katanya.
Ambiga dilaporkan mengakui kegagalannya mengawal emosi penyokongnya yang merempuh penghadang polis berhampiran Dataran Merdeka walaupun perkara itu dijanjikannya sebelum ini tidak akan berlaku. Akibat sikap peserta demostrasi berkenaan, polis tiada pilihan selain terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan menggunakan meriam air bagi meredakan keadaan.
Polis telah mendapat kebenaran Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghalang mana-mana kumpulan untuk memasuki Dataran Merdeka bermula semalam sehingga hari Selasa depan. Ambiga tambah sumber itu, harus bertanggungjawab terhadap kecederaan yang dialami peserta dan juga orang awam yang tidak terlibat dalam perhimpunan berkenaan tetapi cedera apabila dirempuh peserta yang lari bertempiaran bila digempur polis.
Sementara itu, sumber yang sama berkata, sepanjang demonstrasi semalam, seramai 113 mangsa dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan 13 daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad.
“Kebanyakkan pesakit dirawat kerana mengalami kecederaan akibat dirempuh peserta yang cuba melarikan diri ketika disuraikan pihak polis,” katanya. Polis yang cedera dan dirawat di HKL katanya adalah seramai 11 orang di mana dua daripada mereka terpaksa dimasukkan ke wad. Dua petugas media juga sedang dirawat di HKL ketika ini, jelasnya. - Sumber
GR kata: Semua bos-bos Bersih perlu didakwa..!!!!
PM @NajibRazak MELAWAT MANGSA DEMONTRASI #Bersih3
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat empat mangsa termasuk dua petugas media yang cedera ketika perhimpunan anjuran pertubuhan bukan kerajaan di ibu negara semalam, di Hospital Kuala Lumpur di sini.
Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat anggota polis trafik cawangan Kuala Lumpur Mohd Nasir Abu Mansor, anggota polis Terengganu Mohd Kamil Paimin serta jurukamera berita Al-Hijrah Mohd Azri Mohd Salleh dan wartawan The Sun Mohd Radzi Abdul Razak yang ditempatkan di wad 15.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Najib yang tiba pukul 5 petang, sempat bertanya khabar mengenai keadaan mangsa dan mendengar pengalaman mereka ketika bertugas pada perhimpunan itu.
Dalam pertemuan tersebut, Mohd Radzi berkata Perdana Menteri berjanji untuk membantu menyiasat dan mencari mereka yang didakwa memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan parah di kepala.
Mohd Radzi, 28, memberitahu pemberita kira-kira 15 orang memukulnya ketika dia cuba menghalang seorang anggota polis daripada dipukul oleh peserta perhimpunan.
"Saya dapat mengecam wajah mereka yang memukul saya berdasarkan rakaman video," katanya.
Sementara itu, Mohd Nasir berkata beliau dan rakannya dipukul teruk oleh peserta perhimpunan yang memakai baju berwarna merah di Kompleks Mara, Jalan Raja Laut. Mohd Nasir dipukul dan ditendang di bahagian perut dan belakangnya. - Bernama
GR kata: Terima kasih PM kerana prihatin pada rakyat...Anwar mana tak pi melawat ker??
WANTED!! SAMSENG #Bersih3 DICARI! GANJARAN MENANTI KORANG!!
Inilah samseng-samseng Bersih 3.0 yang telah membelasah pegawai Polis sampai cedera teruk. Perhimpunan yang kononnya dicanang berlaku secara aman tapi itu semua karut. Lihat saja Bersih 2.0 dan sebelumnya..Pernah amankah??
Perbuatan yang sungguh biadap dan tidak berperikemanusiaan dan macam orang hilang kawalan. Ambiga harus bertanggungjawab atas segala apa yang terjadi. Inilah hasil anak didik Anwar Ibrahim, menambahkan benci pada Polis dalam diri penyokongnya. Penyokongnya pun BODOH, percaya bulat-bulat apa yang Anwar tipu korang. Lupa ker masa beliau di dalam tahanan penjara dulu, membohong kuat kononnya leher patah segala bagai.
Pada pembaca budiman, jika terjumpa 2 ekor beruk Bersih 3.0 ini, lapor terus ke Balai Polis yang berdekatan. Mereka harus didakwa di atas keganasan yang mereka lakukan. Pihak Polis sudah meminta bersurai secara aman, tapi mereka ini sendiri yang berdegil tunjuk hebat...
Senarai anggota Polis yang cedera KLIK SINI
GR kata: Elok tembak jer puak-puak Bersih yang takder otak ni...menyusahkan!!!!
Sunday, April 29, 2012
KEJADIAN SEBENAR PUAK #Bersih3 LANGGAR UNDANG-UNDANG!! @PDRMsia @HishammuddinH20
Lihatlah gambar di atas, siapa yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan?? Bukankah mereka tidak dibenarkan masuk ke Dataran Merdeka tapi pembaca lihatlah sendiri mereka merempuh benteng yang dibuat oleh PDRM dan DBKL. Mana DUDUK dan BANTAH yang mereka war-warkan??
GR sendiri berada di medan rusuhan Bersih 3.0 semalam dan melihat sendiri, pendemo-pendemo ini serupa dah macam manusia yang tidak mempunyai akal fikiran. Memekik terlolong macam orang dah kena rasuk jin. Dari segi perwatakan luaran baik dengan lelakinya berpakaian baik dan perempuannya menutup aurat yang muslimahnya siap pakai purdah lagi. Tapi memekik terlolong, maki hamun, ini ker wajah seorang Islam yang hakiki. Islam mengajar ini semua ker wahai puak-puak Bersih??
Beruk Bersih maki hamun Polis
Pendemo menghalang Bomba
Mulakan provokasi dengan Polis
Jelas, perhimpunan Bersih 3.0 GAGAL ini kerana penganjur perhimpunan ini tidak mengotakan janji dan menjamin perhimpunan ini dijalankan secara aman. Agenda mereka untuk memburukkan negara di mata dunia cukup jelas. Sengaja menimbulkan provokasi dan ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa PDRM satu badan yang zalim dan bertindak ganas. Kata boleh bawa 500,000 rakyat Malaysia turun berdemo, kenapa 15,000 saja yang turun???
GR berpendapat Ambiga, Anwar dan seluruh Pakatan HAPRAK harus bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi pada Bersih 3.0. Kerosakan harta benda awam dan berbagai keganasan yang dibuat oleh puak-puak mereka. Rakyat Malaysia bencikan keganasan dan ini bukan caranya menuntut sesuatu KEADILAN tapi ini adalah cara yang seseorang yang dah tak laku dan syok sendiri...
GR kata: Rakyat Malaysia BENCI Bersih...Rakyat Malaysia sayangkan keamanan!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)










