Monday, January 30, 2012

Labur RM5000, Tiap Bulan Dapat RM134?? Apa benda ni..???


Hujung bulan ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ni. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500,000,000 (RM500 juta).

Apa yang terkandung dalam SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) ni??

1. Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

2. Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

3. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah

4. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.

Cara Memohon Sara 1Malaysia (Borang Permohonan)

1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

2. Jika anda berjaya, pihak akan menghubungi sendiri anda kelak.

3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti :
  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Syarat Kelayakan Permohonan Sara 1Malaysia


1. Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun.

2. Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. Bermakna di sini, jumlah pendapatan kasar suami dan isteri mesti tak lebih RM3,000. Jelas?

3. Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman.

4. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000

5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar

6. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman.

7. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja.



GR kata: Cepat jangan lepaskan peluang yang mungkin datang sekali dalam hidup kita. Terima kasih Kerajaan!! TQ Najib!!!!

PANAS: KPN MENINGGAL DUNIA..???


Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan khabar angin bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah meninggal dunia di London.

"Khabar angin itu yang menyatakan Ketua Polis Negara telah meninggal dunia di London adalah tidak berasas sama sekali," kata PDRM melalui laman Facebook.

Ia berkata Ismail dalam keadaan baik dan berada di London bagi lawatan kerja bersama polis United Kingdom.- Bernama


GR kata: Hal-hal kematian janganlah dibuat main...sapalah punya keja ni???

Wajib Baca: BONGKAR!! Janji KOSONG Pakatan HAPRAK PRU 12!!!


Pada PRU 12 yang lepas, Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri tetapi dalam masa yang sama Pakatan Rakyat masih belum menunaikan janji-janji mereka kepada rakyat. Itu pun masih nak tabur bermacam-macam janji palsu kepada rakyat untuk PRU 13 nanti.

Antara janji-janji PRU 12 di bawah ini:

Urustadbir Berwibawa
  • Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
  • Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri (dalam proses )
  • Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
  • Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
  • Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
  • Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)

Sosial dan Kebajikan Rakyat
  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
  • Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti (belum laksana)
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
  • Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
  • Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
  • Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)

Kesihatan Rakyat
  • Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
  • Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
  • Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
  • Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas (belum laksana )

Ekonomi Rakyat
  • Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
  • Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
  • Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
  • Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
  • Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
  • Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)

Keselamatan Rakyat

  • Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
  • Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
  • Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)

GR kata: Pembaca nilailah sendiri janji-janji Pakatan Rakyat PRU 12. Dan sekarang ni sibuk janji lagi untuk bagi macam-macam pada PRU 13 nanti. Semua janji KOSONG!!!! APXB!!!

Alahai Tak Boleh Kritik ker?? Untuk Kebaikan Jugakan...


Jangan sesekali senarai hitamkan mana-mana ahli UMNO yang dilihat berani bersuara dan memberikan pendapat dalam sebarang isu melibatkan kepentingan parti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Marshitah Ibrahim berkata, budaya berkenaan perlu dikikis dari parti jika mahu melihat parti lebih berdaya saing terutamanya menghadapi pilihan raya akan datang.

“Jangan takut kepada intelektual yang ada dalam Umno dan mendengar pandangan yang berbeza dari akar umbi, sedangkan pujian lebih menakutkan dan teguran amat baik dalam keadaan sekarang.

“Ini kerana intelektual dan profesional akan rasa lebih dihargai jika diberi tempat. Tidak perlu risau, tidak akan berebut dalam Umno kerana ada kekuatan, sebaliknya jika parti menafikan mereka kita bukan hanya akan kerugian, malahan lebih parah sekiranya diambil pihak lawan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menubuhkan jawatankuasa tatatertib bagi mengendalikan kes-kes disiplin termasuk sabotaj menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Sebelum itu, beliau yang mengadakan lawatan ke Karnival Karangkraf 2012 yang melahirkan rasa terkejut dengan sambutan masyarakat terhadap karnival dan melihat budaya membaca di negara ini masih segar.

Menurutnya, teguran kepada parti adalah juga seperti seorang doktor berjumpa pesakit, di mana doktor akan mengarahkan pesakit makan ubat, bukannya sahaja mengesahkan seseorang itu sakit.

“Itulah yang dilakukan, tetapi sering disalah anggap. Menegur dan memberikan pendapat berbeza adalah input berguna demi kemajuan parti, janganlah salah anggap dengan apa yang dilakukan untuk parti.

“Anggap mereka ini ikhlas dalam idea yang diberikan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan Wanita Umno, beliau berkata, Wanita hendaklah berani tampil menyatakan pendirian berhubung apa jua isu yang dihadapi termasuklah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya, pemimpin datang dan pergi, jadi parti hendaklah diutamakan, bukannya individu yang menjadi pertaruhan.

“Apa yang saya lihat, Wanita lompang dengan pemimpin pelapis bagi menggantikan sesuatu kerusi yang dikosongkan.

“Saya percaya kita tidak bersedia ke arah itu, bukan bermakna menidakkan pemimpin sedia ada tetapi hakikatnya perlu disedari segera,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pemimpin yang perlu diketengahkan Wanita hendaklah mempunyai ciri kewanitaan dan keibuan dalam kepimpinan, memahami kehendak parti dan berani menyatakan kebenaran dalam apa jua halangan. - SH


GR kata: Kritikan adalah perkara biasa bagi seorang ahli politik...Fikir-fikirkanlah...

Sunday, January 29, 2012

Siapakah Bakal Juara AJL 26 Malam ni...??


Mengikut statistik undian rambang peminat muzik tanahair berkaitan siapa juara Anugerah Juara Lagu ke 26 (#AJL26), Beribu Sesalan dendangan Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah mendahului senarai dengan 24% undi.

Tetapi, ramai penganalisis dunia hiburan menjangkakan yang malam ini merupakan malam untuk Yuna menebus kembali ‘maruah’ beliau dengan kemenangan mutlak untuk lagu Penakut.

Atau, lagu kontroversi bawaan Najwa Latif, Cinta Muka Buku bakal ternobat sebagai juara malam ini. Atau pun Faizal Tahir bergelar juara pada malam ini. Siapa tahukan?? Sama-samalah kita saksikan malam ini...


GR kata: Minat lagu Kisah Hati... Hi hi hi

Artikel pelbagai