Monday, January 23, 2012

VIDEO CNY MESTI TONTON!! DAP NAK KATA APA???




Apa pun GR ucapkan tahniah kepada MCA di atas penghasilan video ini...terdapat mesej yang begitu mendalam untuk semua lapisan masyarakat. GR harap gerak kerja MCA hasilkan akan dapat menarik semula sokongan kaum Cina terhadap Kerajaan.

Agaknya masih belum terlambat untuk GR ucapkan Happy Chinese New Year kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya...


GR kata: Puak-puak DAP tak senang duduk ker?? He he he

TUN M SETUJU PEMIMPIN ISYTIHAR HARTA!!!


KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata menteri kabinet perlu bersifat telus dan jujur dalam apa juga perkara, termasuk mengisytiharkan harta mereka dan keluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas perdana menteri itu berkata sebelum ini menteri kabinet hanya wajib mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja.


"Jadi ia adalah sesuatu yang baik jika dapat isytihar pada satu badan yang tidak ada kepentingan politik dan neutral," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya anggota pentadbiran Persekutuan termasuk menteri kabinet menyerahkan salinan fail pengisytiharan harta mereka dan keluaraga kepada SPRM.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata maklumat tersebut tidak perlu dimaklumkan kepada masyarakat umum kerana ia akan mengundang pelbagai spekulasi dan fitnah.

"Jika ia diketahui umum, akan timbul pelbagai tohmahan dan fitnah. Kita tak mahu perkara itu berlaku. Orang ramai hanya akan memberi perhatian terhadap perkara itu dan bukan kepada soal perpaduan dan pembangunan negara kita," katanya.

Dr Mahathir juga berkata jika mereka yang menjadi menteri enggan bersikap telus, termasuk mengistiharkan harta, mereka patut meletakkan jawatan secara sukarela sebelum dipecat. - BERNAMA

GR kata: Jangan ada pemimpin yang cuba mengelak yer..!!!

PANAS: LARANG BAJU RENANG MUSLIMAH?? EXCO AGAMA ANGGUK SAJA??


Minggu lepas satu acara renang sempena Pertandingan Sukan Selangor (SUKSES) Terbuka diadakan di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam. Teruja dengan pertandingan tersebut, ramai-kanak beragama Islam termasuk pelajar sebuah pusat tahfiz Al-Quran telah menyertainya.

Menyedari betapa pentingnya menjaga aurat, lebih 20 orang daripada mereka yang berumur di antara lapan hingga 12 tahun telah memakai pakaian renang yang mengikut hukum syariat iaitu tidak mendedahkan tubuh masing-masing.

Bukannya memakai jubah atau purdah pun!


Malangnya, hanya disebabkan memakai baju renang khas untuk orang Muslim itu, kesemua kanak-kanak ini dinafikan hak mereka untuk bertanding hingga ada di antara mereka terpaksa ditenteramkan oleh ibu bapa masing-masing kerana menangis diperlakukan begitu.

Jangan kata hendak bertanding, nak masuk dalam kolam pun tak boleh!

Alasan yang penganjur berikan cukup mudah – melanggar peraturan ditetapkan Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA).

Salah ker budak-budak ni nak pakai pakaian renang yang menutup aurat?? Acara renang ni peringkat international ker?? Ramai ibu bapa pelajar-pelajar ini merungut dan sedih anak mereka diperlakukan sebegini... Pembaca fikir dan renungkanlah...


GR kata: Kecik-kecik dah diajar "bogel-bogel"...Exco Agama Selangor duk diam saja ka???

PANAS: APA? PONDAN-PONDAN 'GILAKAN' PAK ANWAR???


Pembaca yang budiman bayangkan, kalau Pak Anwar jadi PM agak-agak Akta 377 dia pinda tak?? Yelah baru-baru ni kan dia cakap akta tu menghina dan mengaibkan?? Kalau pinda melompatlah pondan-pondan kat Malaysia ni kan...Fikir-fikirkanlah....

GEORGETOWN — Tujuh orang pondan termasuk seorang warga Indonesia ditahan di beberapa kawasan di sini tengah malam tadi ketika sedang menunggu pelanggan.

Mereka yang berumur antara 22 hingga 35 tahun ditahan di Jalan Chulia, Jalan Campbell dan Jalan Penang.

“Kesemua mereka dipercayai sedang menunggu pelanggan. Enam daripadanya merupakan warga tempatan dan seorang warga Indonesia,” kata Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Baktiar Kassim yang mengetuai satu operasi bersepadu mencegah jenayah.

Kesemuanya disiasat di bawah Seksyen 377 (B) Akta Seks Luar Tabii dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Dalam operasi yang sama, empat pengurus premis hiburan di Jalan Ranggoon ditahan kerana beroperasi tanpa lesen dan lesen tamat tempoh. Turut ditahan ialah 23 pengunjung pusat hiburan terbabit. — Bernama


GR kata: Dalam Al-Quran pun sebut hubungan sejenis Haram...tapi masih ada yang nak pertahankan..Fikirkanlah...

VIDEO: SISTEM KEHAKIMAN NEGARA ATAU ANWAR YG BETUL??




Pembaca saksikanlah video di atas..fikirkanlah apa mesej yang cuba disampaikan..Jika Hj Anwar itu 'gentlemen' sudah pasti dia berani mempertahankan hak beliau. Betul tak??


GR kata: Berani kerana Benar, Takut kerana Salah!!!!

Artikel pelbagai