Wednesday, January 18, 2012

TERKINI: ADUN SIJANGKANG DILANTIK GANTI HASSAN ALI!!!

Baru jer pagi tadi GR post perkhabaran calon Exco Selangor yang menjadi pilihan DAP dan PKR iaitu Dr. Rani Osman ditolak oleh pihak Istana Selangor. Nampaknya khabar angin tersebut betul sah. Dan calon yang telah dilantik mendapat perkenan Sultan Selangor ialah ADUN Sijangkang.

Nampaknya Pakatan Rakyat Selangor lagilah pening kepala...mana taknya calon yang diaorang naikkan tak dapat restu..takder Exco yang angguk kepala jer. He he he


SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Beliau kini berada di Istana Bukit Kayangan di sini untuk mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.


GR kata: Tahniah di atas perlantikan...semoga dapat memikul amanah yang diberi dengan tulus dan ikhlas.

PANAS: PERLANTIKAN DR RANI DITOLAK PIHAK ISTANA???


Apa dah jadi ni PAS Selangor? Dah tungkus lumus jatuhkan Dr. Hassan Ali now naikkan Dr. Rani Osman ADUN Meru yang menjadi pilihan DAP dan PKR tapi tak dapat perkenan dari pihak Istana Selangor. Apa cerita ni???

Ini mungkin antara sebab kenapa tertangguhnya penamaan calon Exco Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diumumkan hari Isnin.

Calon pilihan utama sekarang adalah ADUN Sijangkang iaitu Dr Yunus yang mendapat BANTAHAN dari DAP dan PKR. Jika BENAR perkara ini memang kacau bilau pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

GR kata: Pakatan Rakyat Selangor dah resah gelisah sekarang ni....MB sampah rakyat Selangor bila nak angkut???

Tuesday, January 17, 2012

SANTAI: MEMANG CLASS LAH VIDEO NI...





Apa pun GR nak cakap video ni memang class...buat secara spontan di KLIA. Pelancong yang baru sampai di Malaysia pun kagum..Macam ni lah 1Malaysia!!! Terbaekkkkkk!!!!

Jom layannnnn......

PANAS: DUDA & IBU MENGANDUNG KANTOI BEROMEN!!!


AMPANG - Seorang duda dan pasangannya yang sarat mengandung 7 bulan ditahan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam operasi cegah maksiat, awal pagi semalam.

Penguat kuasa agama mendapati lelaki berusia 35 tahun itu berseluar pendek tanpa baju, bersama pasangannya berusia 25 tahun memakai kemeja dan berseluar panjang ketika serbuan dijalankan di rumah sewa mereka di Pandan Indah dekat sini, kira-kira jam 3 pagi.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, pasangan berkenaan tidak mempunyai pekerjaan.

“Duda itu pernah dicekup sebelum ini dan tidak hadir ke mahkamah syariah dan waran tangkap telah dikeluarkan untuknya,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, dalam operasi sama, tindakan seorang gadis menyorok di belakang pintu bagi mengelak daripada dicekup pegawai penguat kuasa agama gagal.

“Gadis berusia 25 tahun itu masih menuntut di salah sebuah institut pengajian tinggi awam, manakala pasangannya juga berusia 25 tahun, hanya berseluar pendek tanpa memakai baju manakala pasangannya berpakaian lengkap,” katanya. - SH


GR kata: Manusia dah tak fikir dan takut dosa pahala sekarang ni..yang penting sedapp!! Fikir-fikirkan lah....

BR1M TERUS DAPAT SOKONGAN RAKYAT!! BUKTI KERAJAAN KOTAKAN JANJI!!!


Pada hari Ahad (15 Jan 2012) yang lepas, pihak Kerajaan telah menunaikan janji Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB PM baru-baru ini iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ianya disampai secara berperingkat kepada rakyat Malaysia yang layak menerimanya.



Pada hari Ahad yang lepas juga, Barisan Nasional peringkat parlimen Bandar Tun Razak turut sama mengadakan majlis menyampaikan bantuan BR1M tersebut. Di Bandar Tun Razak, dalam peringkat pertama (Fasa 1) seramai 3,698 orang penerima bantuan BR1M.


TAHNIAH diucapkan kepada rakyat yang sudah menerima baucar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Gunakanlah wang tersebut dengan sebaiknya dan semoga dapat mengurangkan beban perbelanjaan keluarga dan kos hidup anda.

GR kata: Terima kasih BN!!! Janji Pakatan Rakyat?? Omong kosong saja!!!!!!

Artikel pelbagai