Tuesday, January 17, 2012

PAKATAN RAKYAT HANYA PANDAI TABUR JANJI,BUATNYA TAK!!!


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN berkata masa depan Malaysia terletak kepada kepimpinan parti Barisan Nasional (BN) yang terbukti telah melaksanakan pentadbiran yang berkesan kepada negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat perlu menyokong kerajaan dan dasar-dasarnya supaya apa yang telah dicapai tidak terganggu dan masa depan akan lebih jelas.

Berucap ketika merasmikan Dewan Seri Melati sempena majlis ramah mesra bersama rakyat kawasan parlimen Padang Besar di Beseri dekat sini, katanya rakyat jangan terpengaruh dengan tohmahan pembangkang yang sentiasa berhadapan dengan masalah dalaman disebabkan perbezaan dasar bagi parti-parti yang bergabung dalam pakatan pembangkang itu.

Dewan setingkat bernilai RM3.2 juta itu berkeupayaan menampung lebih 600 orang dan akan menjadi dewan utama bagi kawasan parlimen Padang Besar. Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berharap rakyat menilai masa depan mereka dengan bijaksana walaupun sering diganggu dengan tohmahan parti pembangkang terhadap pelbagai usaha murni kerajaan.

Katanya, PAS juga telah meninggalkan dasar untuk mewujudkan negara Islam jika memerintah negara setelah sekutunya menganjurkan pelaksanaan negara berkebajikan. "Mereka tiada kata muafakat sesama sendiri, tiada wawasan dan pendekatan bersama," kata Muhyiddin.

Menurutnya ketika menjelang pilihan raya umum, parti-parti pembangkang telah membangkitkan pelbagai tohmahan bagi menagih simpati rakyat dengan menuduh kerajaan zalim, tidak bertanggungjawab, rasuah dan tidak membantu rakyat melalui pelbagai cara termasuk menggunakan laman sosial.

Beliau bimbang jika tohmahan itu dilakukan berulang kali, ia mungkin diterima rakyat sebagai satu kebenaran dan boleh meluntur keyakinan rakyat kepada kerajaan. Muhyiddin berkata, kepimpinan negara telah menangani pelbagai masalah secara bijaksana sehingga ekonomi negara terus berkembang secara positif ketika berhadapan dengan krisis ekonomi.

Pada majlis itu, Muhyiddin secara simbolik melancarkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang akan dilaksanakan di Perlis mulai Ahad. Beliau juga menanam pokok mempelam harumanis sempena perasmian Dewan Seri Melati itu yang bakal menjadi pusat kegiatan masyarakat bagi kawasan parlimen Padang Besar.

Kemudian, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman turut beramah mesra dengan orang ramai pada majlis jamuan petang. - Bernama

Baca juga di JM

GR kata: Pakatan Rakyat hanya pandai tabur janji, perlaksanaannya HAMPEH!! Tengok jela apa jadi dengan Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan?? Fikir-fikirkanlah...

VIDEO HASSAN ALI: RAKYAT HARUS TOLAK ANWAR!!!







GR kata: Fikirlah secara logik akal..takkan sorang yang katanya liwat fitnah ke atas dirinya tapi menyokong untuk HALALkan budaya gay di Malaysia..Apa citer tu???

VIDEO PANAS: TARIAN BOGEL MAKIN BERLELUASA DI P.PINANG?? OSTAD PAS DIAM SAJA??





Inilah cara DAP buat duit di P.Pinang yang boleh dikatakan paling mendatangkan income lumayan pada mereka. Ini baru di P.Pinang bayangkan kalau mereka memerintah negara, apa akan jadi?? Fikir-fikirkan-lah....

Mohon pihak berkuasa dan jabatan agama P.Pinang siasat tentang perkara ni dan club tersebut harus dipantau...Adakah mereka mempunyai permit yang sah beroperasi???

Pembaca lihatlah video di atas dan nilaikan....

GR kata: Ostad-ostad PAS P.Pinang mana..senyap jer ker??? Takkan angguk kepala jer???

Monday, January 16, 2012

TRANSFORMASI KERAJAAN DAPAT SOKONGAN RAKYAT - SUDAH TERBUKTI!!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kayu pengukur kepada kecemerlangan dan kejayaan sesebuah kerajaan adalah melalui keulungan idea yang dihasilkan.

Menurut Perdana Menteri, keulungan idea itu bermaksud idea yang dihasilkan oleh sesebuah kerajaan itu adalah lebih baik daripada pihak yang bersaingan dengannya.

"Sebab itu, masa saya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, saya telah ketengahkan pelbagai idea baru yang memberi maksud kepada keulungan idea itu.

"Ia terbukti melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan pelbagai lagi sehinggalah ke projek Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu di Pekan ini," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Padang Rumbia di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhammad.

Mengulas lanjut, Najib berkata, melalui penghasilan pelbagai idea itu, ia membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa melakukan transformasi.

"Ia bukti mengapa kerajaan hari ini terus mendapat sokongan rakyat meskipun dalam keadaan dunia tidak menentu seperti di Mesir yang berlaku apa yang dipanggil 'Arab Spring', tetapi di Malaysia kerajaan sentiasa melakukan transformasi," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, untuk menegakkan keadilan sosial, kerajaan akan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima rumah di bawah projek Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu itu.

"Rumah yang kita berikan percuma ini bukan calang-calang kerana ia berkeluasan 1,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan perabot dan sebuah tong gas memasak.

"Ini sebenarnya soal asas, yakni perumahan dapati disediakan oleh kerajaan untuk rakyat," katanya.


GR kata: Rakyat mula sedar segala transformasi yang dibuat adalah baik untuk rakyat. Pakatan Rakyat dah gegel & duk pikir apa benda yang nak "pusing" lagi.

PANAS: PERGHHH DAHSYAT AWEKS NI...ANAK SAPA NI??


Perghhhhh!!!! Boleh tahan aweks ni kan?? Anak siapa la ni kan?? Difahamkan aweks dua orang ni anak kepada Timb Presiden PKR, Azmin Ali. Apa citer ni bro??? Kalau UMNO/BN semuanya salah..now tengok lu punya anak apa macam??

Gambar ini bukan dah lama bermain di dunia blogesfera. Apa yang GR nak katakan di sini adakah aweks-aweks ni betul dah insaf?? Atau pun wayang jer macam bapak dia jugak. GR terserempak dengan perwatakan baru mereka berdua pada 9 Jan 2012 di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta kerana turut serta bersama ibu dan bapa mereka ke perbicaraan keputusan kes liwat II Anwar Ibrahim.

Jika benar mereka dah insaf baguslah dan harap jangan ini semua wayang Pakatan Rakyat yang kita semua tau mereka memang pandai bermain emosi untuk mendapat simpati rakyat. Lihat gambar di bawah...


Artikel pelbagai