Monday, April 21, 2014

HOT: PENERBANGAN MAS DILANDA BALA BERTINGKEK-TINGKEK! @HishammuddinH2O @NajibRazak @MAS @dsjamilkhir @buletinTV3 @MOTMalaysia @501Awani

Lepas satu persatu insiden melibatkan penerbangan MAS dilanda musibah. Kenapa insiden ini berlaku sekarang tidak dahulu dan semakin menjadi-jadi? Adakah perkara ini terjadi disebabkan diri sendiri yang sudah lupa pada Yang Maha Pencipta?

Insiden pesawat MH370 yang hilang masih tiada petunjuk dan entah di mana mereka berada. Petanda yang kononnya dijumpai oleh negara-negara terlibat membantu dalam misi pencarian seakan menemui jalan buntu.

Selepas MH370, awal pagi tadi penerbangan MH192 pula ditimpa musibah dan alhamdulillah pesawat tersebut dapat membuat pendaratan cemas di KLIA dengan selamat. Tahniah GR ucapkan pada juruterbang kerana bertindak dengan cemerlang.

GR bukan ingin menuduh sesiapa dalam perkara ini, malah ucapan jutaan terima kasih dan tahniah pada semua pihak yang sudi memberikan bantuan dalam misi pencarian.

Pernahkah kita terfikir, kita muhasabah diri kita sendiri? Pernahkah syarikat penerbangan MAS melihat diri mereka sendiri? Banyak persoalan yang bermain di mata masyarakat sekarang, kenapa MAS perlu meniru seperti syarikat penerbangan negara luar?

Pertamanya, kenapa dalam pesawat MAS menyediakan minuman keras untuk para penumpang? Walaupun ianya perlu dibayar tapi bukankah tiada KEBERKATAN dalam penerbangan tersebut.

Sedangkan dalam Islam juga menyebut, rumah yang ada minuman arak malaikat tidak masuk dalam rumah tersebut inikan pula dalam kapal terbang.

Keduanya kenapa syarikat penerbangan MAS tidak memulakan perjalanan dengan bacaan doa menaiki kenderaan? Sedangkan pelbagai cara boleh digunakan sebelum memulakan perjalanan. Bukankah doa ini diturunkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran untuk keselamatan hambaNYA dan diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menaiki kenderaan.

GR bukan ingin menuduh pada sesiapa, tapi ini adalah cadangan yang mungkin boleh dibuat perubahan untuk kebaikan semua.

Kepada Allah S.W.T jua kita memohon serta bertawakal dan daripada DIA jugalah yang memberikan petunjuk serta memberikan pertolongan. Wallahu'alam


GR kata: Bertaubat sebelum terlambat!!

Sent from Samsung Mobile

No comments:

Post a Comment