Kematian Karpal Singh adalah satu rahmat atau satu kerugian kepada ummah Islam?
Benar nampak tidak sopan apabila kita meraikan kematian Karpal Singh padahal keluarganya sedang dirundung pilu dan sebak. Benar kita perlu ikut cara Rasulullah SAW sepertimana kisah di dalam hadis ini,
'Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: "Tidakkah ia satu jiwa?".
Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).
Kisah Zulkifli Nordin yang mengeluarkan kenyataan Twitternya "Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!"
Ramai orang Islam yang mengutuk kenyataan Zulkifli Nordin dengan hujah mengatakan yang menghalang Hudud bukanlah Karpal tetapi orang UMNO sendiri. Sehingga keluar kenyataan menghina Zulkifli Nordin kerana tidak sensitif.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pula memberi jawapan yang lebih berhemah dan selamat dengan mengatakan beliau 'tidak tahu hakikat' Karpal Singh dan merakamkan ucapan takziah kepada kaum keluarga Karpal Singh.
Mengapa nada kenyataan Zulkifli Nordin lain dan kenyataan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lain? Jawapannya kerana cara dan tahap mereka mengenali mendiang Karpal Singh adalah berbeza. Jadi boleh kita katakan Zulkifli Nordin sebagai seorang peguam dan Karpal Singh juga seorang peguam dia 'lebih tahu hakikat' Karpal Singh berbanding seorang bekas mufti dengan seorang peguam.
Yang sedihnya, adakah para blogger yang terdiri daripada orang Islam sendiri begitu 'tahu hakikat' Karpal Singh? Mereka seperti sangat pasti yang Karpal Singh bersih daripada sikap perkauman dan tiada sikap anti Islam langsung!
Cukuplah kita hanya menghormati Karpal Singh kerana 'ia satu jiwa' sepertimana sabda Rasulullah SAW. Hormati Karpal Singh kerana dia juga seorang bapa, seorang suami dan ketua di dalam Parti DAPnya.
Hormatilah Karpal Singh selayaknya tetapi menyanjungnya adalah tidak layak sama sekali.
Jika anda berasa tidak senang dengan kenyataan di atas sebagai seorang Islam yang sayangkan Rasulullah dan Islam maka kajilah kedudukan anda.
Rasulullah SAW berdakwah kepada orang musyrikin dan apabila Rasulullah ditentang Baginda mempertahankan diri dan Baginda juga turun sendiri ke medan perang. Ikutlah cara Rasulullah SAW ini dan janganlah buat kenyataan yang menyanjung tinggi peribadi seseorang yang menentang Islam Cuma cukuplah hormati dia sebagai 'satu jiwa'.
Janganlah confuse dengan status Karpal Singh. Beliau memang sentiasa berusaha agar Islam tidak menjadi agama dominan di Malaysia. Tak perlulah dinyatakan senarai panjang perbuatan Karpal Singh dalam menyekat syiar agama Islam. Google sahaja dan jika nak lebih 'tahu hakikat' Karpal Singh mohon tanyalah orang yang tepat bukannya orang yang dengar apa orang lain kata.
Jelasnya Karpal Singh adalah seorang ahli politik. Beliau juga seorang peguam yang mahir dengan undang-undang.

Kedua-dua jawatan ini sudah jelas menyatakan bahawa Karpal Singh seorang yang pakar strategi dan pakar menyembunyikan agenda dia yang sebenar. Benar beliau banyak membela kes di dalam hayatnya. Namun, tiada satupun kes yang beliau wakili yang benar-benar untuk membela status agama Islam di Malaysia.
Kenapa berfikir lagi? Jawapannya sudah jelas. Karpal Singh harus kita hormati selayaknya sahaja tetapi elakkan sama sekali daripada menyanjungnya berlebih-lebihan seperti menurunkan bendera setengah tiang, bertafakur di dalam majlis dan mencadangkannya dengan gelaran negara seperti 'Tun'.
Bukan apa, kita takut perbuatan kita itu sebenarnya adalah satu perbuatan 'penderhakaan' terhadap Rasulullah SAW, agama Islam dan Kedaulatan Raja-raja Melayu kita.

Sedarlah.. sayangkanlah Islam dengan ikhlas daripada main wayang politik sahaja.
Wallhuaklam-Allah lebih Maha Mengetahui.
Oleh: KingKebenaran
GR kata: Orang yang baru masuk Islam lebih Islam dari orang Islam.
Sent from Samsung Mobile
Ana setuju dengan Anta..
ReplyDeleteLagipun ALLAH kan telah berfirman.
Firmannya:
Firman Allahu Subhanawataala :
وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ
"Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya.
"Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik."
{Surah At-Taubah Ayat ke-84}
Renung-renungkan dan fikirkan lah wahai saudara-saudara Islam ku yang mengucap dua kalimah syahadah dlm setiap solat, Biar taksub pada ALLAH pencipta kita.. tetapi Jangan kerana taksub pada manusia yang tak pernah ada kesempurnaan kita lupa taraf kita di sisi ALLAH..KITA HANYA "HAMBA ALLAH" YANG MENUMPANG DI MUKA BUMI INI.
Ampuni Dosaku YA ALLAH andai ada Khilafku dalam coretan ini.
Nak tambah satu nas sahih lagi;
ReplyDeleteBerdasarkan hadis Anas bin Malik, katanya: Satu jenazah melintasi Rasulullah SAW, lalu baginda berdiri. Diberitahu padanya: “Itu jenazah Yahudi”.
Baginda bersabda: “Sesungguhnya kita hanya berdiri untuk malaikat”. Direkod oleh Nasai (no: 1929).
Di dalam hadis Abdullah bin Amru, katanya: Nabi SAW ditanya: “Apabila jenazah kafir melalui kita, adakah kita berdiri?” Jawab baginda: “Ya, berdirilah.
Sesungguhnya kamu bukan berdiri untuk jenazah itu, tetapi berdiri kerana membesarkan yang mencabut roh-roh”. Direkod oleh Ahmad (no: 6573), dinilai sahih oleh Hakim (no: 1320), dan Ibn Hibban (no: 3053).
Lain kali puak pembangkang ni belajar sampai habis, guna nas Al-quran atau hadis pun biar sampai habis.
Hebatnya info... moga Allah merahmati dan mencatatkn ilmu yg telah d kongsikn....
ReplyDelete