Thursday, April 17, 2014

KENAPA MASIH ADA MANUSIA YANG BODOH BERTINGKEK-TINGKEK? @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA


Inilah sikap manusia yang boleh dikategorikan sebagai penakut kerana hanya pandai bercakap di alam maya tanpa menghiraukan sikap sensitiviti antara perkauman. Apa yang mereka tahu hanyalah kepuasan untuk diri mereka sendiri atau pun sesetengah pihak.

Hari ini ramai yang bercerita perihal mendiang Karpal Singh. Kemalangan maut yang tragis itu ditangisi oleh puak DAP dan juga geng pakatan pembangkang. Mereka telah hilang orang yang dikatakan dapat memegang 'telur' Anwar.

Apa pun GR ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Sebenarnya adakah kita perasan, setiap kali terjadinya suatu tragedi pasti akan ada komen yang BANGANG di laman sosial. Apakah kematian manusia yang kafir boleh disamakan dengan kewafatan Rasulullah S.A.W?

Adakah acc. Facebook ini fake atau tidak, GR tak pasti. GR yakin masyarakat mahu pihak berkuasa ambillah tindakan sewajarnya pada mereka ini. Jika undang-undang kita tak berapa kuat, PERKUATKANLAH demi masa depan keselamatan masyarakat dan negara terjamin.

Kenapa perlu hina Islam dan pemimpin-pemimpin kita? Tak kiralah parti politik mana yang kita sokong, perlu ker kita menghina satu sama lain?

Pada umat Islam, kita boleh bersimpati atas kehilangan rakan kita yang bukan Islam. Tapi perlukah kita perlakukan mereka seperti orang Islam. Ramai sekarang yang suka berkata R.I.P (Rest In Peace), adakah kita faham dengan maksud yang kita sampaikan pada mereka yang bukan Islam atau pun yang beragama Islam?

GR kongsikan sedikit pengetahuan di bawah:

Mungkin kalau kita tahu bait penuh ucapan “Rest in Peace” atau RIP, kita tidak akan berani mengucapkannya lagi. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan.

Persoalannya, apakah hukum umat Islam mengucapkan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan Islam? Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.

Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

“Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].

Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati.


GR kata: Puak yang suka cari salah orang memang jenis tak der otak!!

3 comments:

  1. Tak perlu nak tarbiah malaun yang hina Nabi SAW. Ini dating dari puak RBA lahanat. Buat jer laopran polis.

    ReplyDelete
  2. HARAP PDRM dapat siasat segera penghina Nabi Muhamad SAW ini, sumbat dalam penjara 30 - 40 tahun padan muka.

    ReplyDelete