Orang yang bodoh saja akan sokong perjuangan Komunis. Mereka juga buta sejarah tentang penubuhan komunis dan apa perjuangan mereka sebenar.
Ada pulak yang mulut busuk jaja sana sini kata Chin Peng lah pejuang sebenar kemerdekaan Malaysia. Memang bodoh diaorang ni...confirm akal diaorang nie letak kat pungkok kan.
Paling lawak, ada yang kata Chin Peng ini rakyat Malaysia dan Kerajaan lah yang menolak dan tidak memberikan kerakyataan pada CINABENG nie.
Meh sini GR nak bagi tau, orang yang telah menyusahkan hidup rakyat Malaysia patut ker kita angkat sebagai pejuang negara? Orang yang telah membunuh dan menyeksa nenek moyang kita, boleh kita angkat sebagai pejuang negara? Masing-masing ada otakkan...so fikirlah sendiri yer.
Fakta sejarah ada, jadi kita cari dan kajilah sendiri yer. Kenyataan DS Zahid Hamidi GR yakin seluruh rakyat Malaysia menyokong beliau dan Chin Peng tak layak dipanggil pejuang dan PEMBUNUH.
KUALA LUMPUR: Kerajaan tegas dalam keputusannya untuk tidak membenarkan abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa balik ke negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu bagi mengelak individu atau pihak berkenaan membina memorial atau lain-lain, yang seolah-olah mengiktiraf Chin Peng.
"Kita juga perlu mengambil kira perasaan anggota veteran tentera dan polis serta keluarga mereka yang menjadi mangsa kekejaman Chin Peng semasa mengetuai PKM," katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.
Katanya Chin Peng juga tidak pernah mengambil peluang untuk kembali ke negara ini sedangkan kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menawarkan dua peluang kepadanya untuk berbuat demikian selepas Perjanjian Hatyai pada 2 Disember 1989.
"Tawaran itu dibuat atas semangat perjanjian tersebut namun semakan rekod di JPN menunjukkan Chin Peng tidak menghantar sebarang permohonan, melainkan dia menggunakan nama lain," kata Ahmad Zahid.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilapor meninggal dunia pada 16 Sept lepas akibat sakit tua di sebuah hospital di Bangkok, Thailand.
Pada hari samaPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa balik ke Malaysia selepas mengambil kira kekejaman yang dilakukannya.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pertandingan yang dihadapinya bagi mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno pada 19 Okt ini, Ahmad Zahid menyerahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan terbaik.
"Saya berharap tiada sebarang elemen negatif dalam berkempen," katanya yang menyifatkan pertandingan itu sebagai 'mesra dan sihat' bagi meneruskan kesinambungan parti. - BERNAMA
GR kata: Abu mayat Chin Peng campak laut pun tak terima! Sokong tindakan tegas Zahid! #zahidVP01